Pages

Lagu


Saturday, April 14, 2012

Pilihan untuk dipilih. Antara kekal bergelumang dosa atau bangkit mencari sinar..





Di dalam keheningan pagi tatkala embun masih belum lagi disejat mentari, berdiri seorang gadis di gigi pantai. Hempasan ombak yg membasahi kakinya seakan-akan tidak memberikan apa – apa kesan kepada dirinya. Dia begitu resah dihambat dilema nuraninya.

Semalam, wajahnya yang dilihat hasil pantulan di dada Tasik Kenyir itu jelas penuh tercoret dengan dosa-dosa semalam. Semalam dan kelmarin, sebulan dan setahun yang lepas. Kesilapan-kesilapan yang sama namun tetap terus dilakukan olehnya.

Bukan tidak mengetahui tegahan syarak, bahkan jauh sekali cuba mencabar kemurkaan Ilahi. Cuma kedaifan diri menangkis asakan fatamorgana duniawi yang menggamit sejuta keasyikan. 

“Tahniah”, dirinya tetap “istiqamah” untuk kekal bersama keadaan itu lantaran teguh mengenggam ‘fatwa-fatwa’ para ‘sahabat sejatinya’….

Siti, kita ni manusia je… Hamba Allah yang lemah,tak lari dari dosa.

Tidak lari dari berburuk sangka, susah nak kawal diri dari berkecil hati…

Sekuat mana pun kita berusaha, kita tetap hambaNya yang tidak sempurna…

Jadi hiduplah seperti mana yang “ telah Allah tentukan”

begitu bernas nasihat yang sering ‘Ustazah’ Farah berikan terhadapku…

Ya, akan ku jadikan pesanan itu sebagai azimat menempuh kehidupan ini…

Namun begitu, kuliah pagi “Tanyalah Ustazah” di TV9 pagi itu begitu menjentik mindaku. Memaksa fikiran ini untuk menilai kembali falsafah yang ku pertahankan selama ini…


“Para pendengar yang dikasihi Allah sekalian. Terdapat perbezaan yang nyata antara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini.


Golongan pertama yang digelar golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan Allah. Kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya.


Para pembacasekalian, iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali solat iaitu

“ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,” (Surah al-Fatihah, 5)”

Secara jelasnya kandungan ayat ini menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan Allah. Islam menuntut kita berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Boleh jadi kehendak Allah sama dengan kehendak kita. Namun jika tidak, sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan bertawakal di atas usaha kita itu.


Golongan kedua yang akan kita kenali digelar sebagai golongan Qadariyyah. Mereka pula beriktikad bahawa setiap perbuatan yg dilakukan oleh manusia ialah menurut kehendak sendiri. Hingga menafikan Qudrat dan Iradat Allah di dalam kehidupan ini.
Perkara ini juga jelas disangkal dengan adanya ayat di atas. Kerana jika kita mempunyai qudrat mengatasi Qudrat Allah, nescaya tidaklah kita sebagai hambaNya berhajat untuk meminta pertolongan Allah dan menyembahNya.

Nauzubillahiminzalik…


Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula, iktikad kita ialah segala pekerjaan yang dilakukan itu dijadikan oleh Allah Taala manakala usaha itu dilakukan oleh hambaNya (manusia).

Hal ini dapat kita lihat di dalam ayat ini;

“ Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yg kamu perbuatkan itu, ” (Surah Ash-Shaaffaat,96)
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya…. ” (Surah Al-Baqarah, 286)


Secara analogi yang mudah, saya ambil perbuatan makan. Allah menjadikan kita dapat makan. Manusia yang memilih untuk memakan makanan yang halal ataupun yang haram.
Hal yang sama juga dengan nafsu syahwat, Allah menciptakan perkara itu dan membenarkan ianya disalurkan. Manusialah yang memilih sama ada ingin berkahwin ataupun berzina.

Namun seandainya manusia memilih untuk berzina atau memakan babi misalnya,bolehkah Allah menghalang kita?  Sudah tentu boleh sahaja.

Namun dibenarkan ianya berlaku meskipun Allah cukup murka mengenainya. Ini kerana dunia merupakan medan ujian ketaatan hambaNya. Melalui sifat Rahman (Maha Pemurah) Allah, kesemua makhlukNya menerima nikmat. Namun hanya dengan sifat ar -Rahim (Maha Penyayang) Allah, seseorang hamba diizinkan memasuki syurgaNya.
Namun, berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh allah?

Siti terus melayan perasaannya itu. Dia mengenangkan banyaknya kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya.

Kurnia yang diterima oleh mereka yang beriman mahupun yang kuffur.

Kurnia yang menjadi dugaan bagi menguji hambaNya di dunia ini.

Kurnia yang mana akan menentukan kebahagiaan hakiki di SyurgaNya atau azab yg tidak tergambar di NerakaNya.

Deruan angin pantai itu seakan-akan meniupkan semangat baru ke dalam diri Siti…

Ya Allah, terimalah taubatku… Bimbinglah diri ini ke arah yang diredhaiMu…

Biarlah apa orang nak kata lepas ini, aku akan cekalkan hati berubah, 
Kerana ku cari redha Ilahi, bukan sanjungan duniawi,
Akan ku jaga sebaik-baiknya hidayahMu ini Ya Allah….
.
* Renungan *
Hadis 42 – Keluasan Keampunan Allah S.W.T 

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t  telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.
Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
[ Hadis riwayat Tirmizi ]


*perkongsian seorang sahabat.

Sunday, April 8, 2012

Model Musyawarah Rasulullah



Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua rakan2,teman2 serta follower2 yang setia.Setelah sekian lama kalam artikel tidak saya terbitkan di laman blog saya ini atas faktor kekangan masa mungkin.Apa-apa pun,kali ini terdetik hati dan diri saya in untuk kembali mengaktifkan ruangan blog ini denga beberapa artikel2,pandangan2 serta pendapat2 samada ilham dari saya sendiri mahupun munculnya dari pelbgai sumber lain.

Sebelum itu,kalimah “basmalah” didahului kerana dalamnya bacaan ini terdapat keberkatannya.Malah pada permulaan surah-surah Al-Quran,sentiasa dimulai dengan bacaan tersebut.Inilah akhlak Al-Quran yg perlu kita contohi dalam aplikasi kehidupan seharian.

Baiklah,saya sebenarnya tertarik dengan perkongsian pandangan dan juga artikel yg dikeluarkan oleh pensyarah UIAM iaitu ustaz Azrul Azlen Abd Hamid yg juga meneruskan legasi seorang mahasiswa di universiti tersebut peringkat sarjana muda dan ijazah.Beliau berkongsi tentang satu model bentuk musyawarah Rasulullah SAW.Ini adalah salah satu intisari pedoman sirah baginda.Model musyawarah ni(berbincang) bertepatan dengan satu hadis baginda iaitu:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yg selalu mengajak para sahabat bermusyawarah,kecuali baginda,”(HR al-Hakim).

Rasulullah SAW seorang yg terkenal dengan kebijaksanaannya meneruskan pelbagai perkara,daripada sekecil-kecil urusan rumah tangga hinggalah sebesar-besar perkara seperti urusan pemerintahan.

Teman-teman sekalian,saya Cuma ingin kongsikan bentuk/kaedah/model baginda dalam 
berbincang khusus dalam pengurusan organisasi.

Kebiasaannya,pengurusan ini selalunya dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin negara, negeri, daerah hatta pemimpin di peringkat kampung sekalipun yg mempunyai autoriti/kuasa dalam melaksanakan sesuatu perkara.Tidak dilupakan juga pemuda-pemudi mahasiswa/ di segenap kampus samada IPT di seluruh negara. Sudut perbincangan merupakan perkara asas dan utama yg digerakkan bagi menjayakan sesuatu urusan gerak kerja seorang mahasiswa/i di IPT.

Dalam perbincangan sesebuah organisasi,kebanyakan cadangan seorang pemimpin ditolak bukan disebabkan cadangan itu tidak baik tetapi disebabkan cadangan tersebut tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak yg terlibat.Justeru,timbullah rasa ketidakpuashatian,kecewa dan sebagainya dengan hasil keputusan yg dijalankan hanya disebabkan tidak dibincangkan.Namun,saya yakin masih terdapat jga perkara2 yg mana peru dibincangkan bersama dan perkara2 yg perlu diputuskan dengan segera mengira situasi yg berlaku ketika itu.Apapun,inilah prinsip yg diamalkan oleh Rasulullah apabila baginda ingin membuat satu keputusan yg BESAR,maka musyawarah adalah platformnya.

1)Tidak membuat keputusan terburu-buru.

Baginda tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan kerana percaya bahawa keputusan bersama lebih hebat dan tepat.

2)Tidak bermati-matian mempertahan cadangan sendiri.

Apabila Rasulullah SAW mempunyai sesuatu cadangan,Baginda akan membentangkannya terlebih dahulu.Ini bermaksud,pandangan baginda bukanlah suatu cadangan yg muktamad,sebaliknya ia adalah satu rancangan yg bersifat tentatif sahaja.Cadangan tersebut masih boleh dpinda dan dibuka utk perbincangan.Baginda bukanlah seorang pemimpin yg autokratik yg membuat keputusan sendiri tanpa melibatkan para sahabat dan org dibawah pimpinannya.

Sebagai contoh dalam peperangan Uhud,setelah berita mengenai kemaraan tentera Quraisy sampai kepada umat Islam,Baginda SAW telah mengadakan satu perbincangan ketenteraan bagi membincangkan perancangan dan strategi terbaik yg bakal diambil untuk menghadapi musuh yg semakin mara menghancurkan umat Islam.

3)Tidak menolak terus mana-mana idea.

Rasulullah SAW tidak terus menolak mana-mana idea yg disampaikan oleh para sahabat walaupun pada mulanya kelihatan seperti tidak sesuai atau tidak praktikal.Baginda percaya,penolakan idea tanpa dibincangkan terlebih dahulu akan mematikan semangat org yg memberi idea tersebut.Justeru itu,Baginda sering menggalakkan para sahabat dan rakyat di bawah pemerintahan baginda untuk mengemukakan pendapat atau idea.

Sebagai contoh,sebelum bermulanya perang Khandaq,baginda bersama-sama para sahabat telah berbincang tentang strategi pertahanan utk mempertahankan kota Madinah.Baginda membuka peluang kepada para sahabat utk mengemukakan idea dan pendapat.Ketika itu,Salman al-Farisi r.a mencadangkan agar mempertahankan kota Madinah dengan menggali parit di mengelilinginya.

Setelah mengadakan sidang rundingan,Rasulullah SAW dan para sahabat telah bersepakat utk menerima idea,pengalaman dan kepakaran Salman.Selepas itu,baginda telah mengarahkan kepada setiap 10 lelaki supaya menggali parit seluas 40 hasta.

4)Menghargai sumbangan.

Rasulullah SAW sering menghargai sumbangan para sahabat dan tenteranya melalui pujian dan doa.Baginda mengadakan sidang perbincangan peringkat tertinggi.Di sini,baginda SAW bertukar-tukar pendapat dengan semua anggota tentera serta para pimpinannya.Ketika itu,Abu Bakar as-Siddik,Umar al-Khattab,al-Miqdad bin Amru dan Sa’ad bin Mua’dh memberi pandangan masing-masing.Rasulullah SAW amat gembira dengan pandangan tersebut,lalu memuji dan mendoakan kebaikan utk mereka.



Berdasarkan analisis terhadap model musyawarah yg diamalkan oleh Rasulullah SAW.

     i. Tidak membuat keputusan terburu-buru.Berbincanglah terlebih dahulu.

    ii.  Mengikis sikap ego terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan.

 iii.  Tidak mementingkan pendapat kita sendiri,sebaliknya cuba meraikan setiap pandangan yg diberikan oleh anggota organisasi.

   iv.  Mencatatkan semua cadangan yg dikemukakan dan dibentangkan utk perbincangan.

   v. Tidak menolak mana-mana idea yg diberikan secara melulu.Sebaliknya,amati dan kaji dengan teliti idea2 yg diberikan.

   vi.  Sekiranya keputusan telah diperoleh,tolaklah idea2 yg lain yg dikemukakan dengan cara yg baik dan betul.

  vii.  Hargailah sumbangan yg diberikan oleh anggota organisasi kerana mereka telah sedaya upaya utk memberikan pendapat utk kejayaan sesebuah organisasi.Pujian dan hadiah salah satu cara utk menghargai mereka.

Sekian dari saya.Terima kasih sudi membaca. Kalamku zikir,diamku fikir.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails