Mungkin
timbul beribu persoalan di fikiran pembaca sekalian dengan title entry ni.
Memori 3 bulan sebagai peserta Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) sedikit sebanyak
mengajar aku erti kehidupan yang bermakna.
Aku
mendapat tawaran untuk sertai program ini sebelum bermulanya peperiksaan akhir
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di Sek Men Agama Persekutuan,Kajang. Ketika
itu,aku masih ingat aku sedang mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan di
bilik study. Apabila mesej sampai dengan tawaran untuk sertai kem ini, fikiran
aku mula kacau dan risau bagaimana aku mahu hidup di kem PLKN nanti. Biasalah,
isu plkn ini mula tersebar dengan pelbagai persepsi negative contohnya kem ini
tempat geng-geng gangster, pelatih plkn ni garang, ‘kau tak cukup tidur’ dan
bla bla bla…
Namun,aku
putuskan untuk tidak terlalu fikir tentang itu kerana fokus utama aku ketika
itu ialah persiapan untuk SPM.
Beberapa
hari sebelum ke kem PLKN...
Selesainya
spm,persiapan aku lebih terarah untuk ke kem plkn. Aku mendapat tawaran di kem
Merang Suria di Setiu,Terengganu. Dalam fikiran aku,aku terbayang dengan apa
yang bakal berlaku sepanjang 3 bulan di kem tersebut. Kes buli, tak cukup
tidur, tempat ‘keras’ semua ini kuat terngiang-ngiang beberapa hari sebelum
bertolak ke sana.
Aku
tidak hiraukan semua itu, aku sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Aku
tahu, kekuatan mental,fizikal dan spiritual akan membantu diri seseorang itu
untuk menghadapi apa jua kemungkinan samada baik atau buruk. Sejak itu,aku mula
bersiap dari aspek semua itu. Solat malam aku tidak tinggal, bacaan al-Quran
aku tidak putus. Tidak lupa juga dengan kecergasan tubuh badan aku,setiap pagi
aku akan bersenam bagi memastikan tubuh fizikal aku tidaklah senang dibuli
orang. Haha..
Aku
punyai impian untuk dicapai sepanjang kem plkn ini. Antaranya aku mahu
kenalpasti apa kekurangan dan kelebihan diri aku ini supaya aku dapat perbaiki
segala kekurangan dan dapat menyumbang pada ummah atas apa kelebihan yang aku
miliki.
MSHC..
Sebaik
tiba di Merang Suria Holiday Camp (MSHC),hati aku sedikit gerun melihatkan
gaya-gaya yang pelbagai daripada peserta2 lain. Ada yang rambut pacak,
berseluar jeans, berbadan tegap, muka gangster dan lain-lain. Gaya penampilan
rambut sudah cukup buatkan aku gerun dan lemah jantung. Namun,hari pertama plkn
ini kami dikehendaki untuk memotong rambut sehingga nipis(nampk kulit). Ini
antara syarat kepada peserta di semua kem plkn. Aku sangat setuju kerana sebaik
sahaja masing-masing berambut pendek, tiada lagi menampakkan gaya gangster,muka
rock,kaki buli dan sebagainya. Nampak baik je semua. Haha..
Memasuki
2,3 minggu pertama,aku masih ‘kekok’ atau janggal dengan suasana di kem.
Aku ditempatkan dalam kumpulan Alpha(merah). Untuk pengetahuan pembaca,kem aku
dibahagikan kepada 4 kumpulan besar iaitu Alpha(merah),Bravo(biru),Charlie(kuning)
dan Delta (Hijau). Kebetulan dorm aku pula paling hadapan dengan pusat kem atau
pejabat latihan pentadbiran. Suasana kem ini sangat nyaman,ini kerana kawasan
ini berkedudukan hampir dengan pantai. Udara di waktu malam sangat sejuk,nyaman
dan menyenangkan. Petang-petang jika aku berkelapangan,aku akan rajin kaki
ambil angin di tepi pantai. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan.
Sukan
Di
kem ini,aku berpeluang mencuba pelbagai aktiviti sukan dan lasak. Antaranya
seperti latihan menembak,flying fox,berkhemah,berkayak,jungle trekking, futsal,kawat
kaki dan lain-lain. Banyak aktiviti baru yang aku tidak pernah buat selama ini
terdapat di plkn ini. Aku sangat beruntung dapat merasainya secara percuma.
Alhamdulillah,kesemua aktiviti-aktiviti ini aku dapat lakukan dengan sebaik
mungkin.
Sukan
kayak walau ini kali pertama,namun tak sangka mendapat tempat kedua berduo.
Aktiviti menembak juga tidak kurang hebatnya. Tidak disangka juga kawat kaki
kumpulan aku dinobatkan johan dalam pertandingan akhir. Sukan kegemaran aku
iaitu futsal tidak ketinggalan. Aku berjaya dipilih untuk mewakili kem ini ke
kejohanan futsal antara kem-kem plkn seluruh pantai timur. Pasukan aku mendapat
tempat ke-empat keseluruhan. Pencapaian yang sangat membanggakan. Namun ia
kurang baik buat aku kerana dengan aktiviti futsal ini lah,aku mengalami
kecederaan serius di pergelangan kaki kanan akibat terseliuh ketika sesi
latihan.
Apa-apapun,aku
bersyukur dengan penampilan dan penglibatan aku dalam aktiviti fizikal ini. Air
mata aku kekadang menitis saat aku menghitung nikmat yang Allah bagi kepadaku
melalui kelebihan fizikal tubuh badan ini. Sejauh mana aku manfaatkan dengan
sebaiknya nikmat pinjaman Allah ini. Di sinilah,ia mengajarkan aku lagi tentang
nikmat bersyukur dengan kurniaan ini. Alhamdulillah,terima kasih Tuhan.
Cerita
tentang surau..
Aku
sebenarnya juga tidak lupa dengan seorang guru pelatih yang sangat tegas namun
cukup taat dengan agama. Nama beliau ialah Anuar. Kami panggil Cikgu Nuar.
Orangnya tegas,badan tegap,tiada kompromi bab agama. Semua orang hormat beliau
walau beliau sebegitu. Hebat seseorang itu, jika rapat dengan Allah.
Beliau
antara pelatih yang sentiasa memantau pergerakan kami termasuk hal disiplin
waktu sepanjang kem berlangsung. Ini termasuk juga waktu solat serta tidur bangun
kami. Pernah suatu ketika rakan-rakan aku disimbah dengan air kolah kerana
masih liat untuk bangun pagi,sedangkan ketika itu 15-20 minit belum masuk waktu
subuh. Bila mengenangkan balik,cara sebegini juga bagi kesan kepada kami untuk
lebih kuat bangun solat subuh. Kami diajar dengan kekerasan pada awalnya,namun
ia menimbulkan kesan baik kami di hari berikutnya. Satu part yang kelakar ialah
apabila seorang kenalan aku yang berbangsa Cina turut disimbah air oleh cikgu
Nuar,ini kerana rupa wajahnya memang sebijik seperti orang Melayu. Haha..
kenangan yang tak dapat dilupakan.
Kami
diajar untuk hadir ke surau 5 minit sebelum azan waktu solat. Ulang,5 minit
sebelum azan solat,bukannya sebelum solat. Allah,sungguh tegas dalam hal agama
ini. Cikgu Nuar antara pelatih yang sangat tekankan disiplin waktu. Jika
tidak,pelbagai denda yang bakal diterima. Antaranya ialah bersih kawasan kem,
basuh tandas,basuh kolah dan lain-lain. Ini satu didikan yang membina untuk
kami di akhirnya.
Aku
juga dilantik sebagai Ketua Unit Surau. Hal ehwal surau dan kerohanian kem
semuanya dipikul oleh aku dan juga rakan-rakan sejawat. Kami ditetapkan untuk
menyampaikan tazkirah ringkas di surau setiap kali selepas solat fardhu. Pernah
suatu ketika, kami terlupa untuk menyampaikan tazkirah asar disebabkan terlalu
penat balik daripada aktiviti lasak. Namun,apabila perkara ini diketahui oleh
Cikgu Nuar,kami terus dipanggil di depan semua pelatih lelaki ketika ‘roll-call’.
Tanpa alasan munasabah,kami didenda dengan melakukan ‘pusingan tayar kereta
kebal’. Ini kali pertama aku didenda seperti ini. Akibatnya,aku mula cepat
pening dan muntah-muntah. Maklumlah,tak biasa buat benda macam ni. Haha.
Sebenarnya
banyak lagi episode suka dan duka yang mahu aku kongsikan kepada pembaca
semua,namun mungkin terlalu panjang dan bosan untuk kalian ikuti plot cerita
ini. Cuma pointnya yang aku cuba sampaikan ialah sepanjang kem ini lah,aku
dapat merasai pelbagai perkara baru yang aku perlu aplikasikan di kehidupan
seterusnya. Antaranya:
- Aku kini lebih merasa terhitung dengan kurniaan keluarga terutama pengorbanan mak ayah aku. Di plkn ni,terlalu banyak aktiviti yang menekankan kasih sayang kita kepada mak ayah. Aku tidak tahan mengingatinya kembali. Sebaik pulang ke pangkuan mak ayah,aku tidak semena-mena mengucapkan ucapan ‘terima kasih’ kepada mak ayah aku. Itu aksi spontan aku ketika berjumpa.
- Aku juga belajar untuk lebih berdikari dengan apa sahaja kelengkapan yang aku miliki sepanjang aktiviti.
- Aku juga dapat merasai bertuahnya aku ini sebab masih dapat melakukan pelbagai aksi sedangkan masih terdapat insan yang tidak berupaya melakukannya. Ini mengajar aku bagaimana erti syukur kita aplikasikan.
- Aku turut merasakan aku ni bukan sahaja sebagai pelatih khidmat Negara,namun aku ini juga sebagai pendakwah untuk agama Islam. Aku masih ingat kawan rapat aku yang beragama Hindu yang aku panggil namanya Ricky. Dia setiap malam berzikir sebut kalimah Allah sebelum tidur di telingaku. Aku hanya berbalas dengan senyuman yang lebar. Moga suatu hari hatinya aku terbuka oleh Allah untuk menerima hidayah Allah. Kita juga adalah pendakwah sepanjang masa.
Dalam hidup ini apa yang penting
adalah mencari mardhatillah, kerana atas itulah kita akan dimasukkan ke syurga.
sentiasalah berada di jalan mencari mardhatillah itu. we all fall short
sometime. terkadang kita terbabas dari landasan yang sepatutnya. but as long as
we pray five times a day, keep holding on Quran and always follow Sunnah, we
will be a shining star even in the darkest sky.
“Jika Allah memberi hidayah kepada seorang lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” [Riwayat at-Tabrani]
share and spread a good words. it’s dakwah. dakwah itu wajib untuk setiap orang. bukan hanya ustaz dan ustazah.
"jika seseorang itu menunggu
sempurna baru hendak menyampaikan dakwah, nescaya tiadalah pendakwah dan
sedikitlah orang yang memberi peringatan." [Hassan Ali r.a]
Aku
ingin tamatkan episode memori aku di plkn ini dengan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada seluruh penggiat dan pelatih PLKN di Merang Suria,Setiu
Terengganu.
Dalam Rahmat Allah insyaAllah..
Dalam Rahmat Allah insyaAllah..