“Kota Konstantinopel hanya jatuh ke
tangan seorang KETUA yang baik,TENTERA yg baik dan RAKYAT yang baik.Begitu
maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW,”kata Syeikh Bayram semasa mengajar
ilmu hadis di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi selepas solat subuh.
Begitulah hadis nabi yang sering
kali menjadi peringatan pada pemikiran Sultan Muhammad Al-Fateh ketika beliau
memegang tampuk pemerintahan Turki Uthmaniyah menggantikan ayahandanya,Sultan
Murad sewaktu usianya yang terlalu muda itu dipandang sinis oleh puak penentang
tegar ketika itu yang diketuai Maharaja Konstantine.
Benak hati penulis begitu syahdu dan
tercucuk setelah membaca kembali kisah sejarah Islam si penakluk
Konstantinopel(Istanbul sekarang),Sultan Muhammad Al-Fateh. Gaya
pemerintahan,uslub dakwah serta kepelbagaian strategi yang beliau terapkan
cukup mengagumkan. Ketakwaan serta kebergantungan yang tinggi kepada Allah
merupakan satu perintis dalam merencanakan maksud hadis nabi yang mana
kira-kira 800 tahun lamanya Baginda nyatakan.
Akhirnya,dengan takdir Allah,bantuan
Allah,tarikh keramat pada 29 MEI 1453 Masihi,terpacaknya bendera Turki di bumi
Konstantinopel setelah bertahun-tahun lamanya cuba ditawan oleh khalifah Islam
bermula sejak zaman baginda Rasululllah SAW.
Penulis tidak bermaksud ingin
mengulas panjang kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan
Kota Konstantinopel, namun terdapt beberapa kisah yang menarik yang ingin
dikongsi bersama.Semoga ruangan ini memberi manfaat kepada pembaca
khususnya.
Terlebih dahulu,penulis ingin ungkapkan setinggi penghargaan kepada
seorang teman yang menghadiahkan sebuah buku novel sejarah islam yang bertajuk ‘Sultan
Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel’ ini.
Jazakumullahu Khairon jaza’...Pengharapan
beliau sangat tinggi yang menginginkanku menjiwai setiap watak Sultan Muhammmad
dikisahkan dalam novel ini dalam kehidupan seharian.Insyaallah.
Dalam tempoh 1 minggu,penulis
berjaya menghabiskan bacaan novel sejarah islam ini dengan penghayatan yang
tinggi pada setiap kata-kata dan kisah yang tersingkap sepanjang bermula dan
berakhir penaklukan Kota Konstantinopel.Syukur alhamdulillah,penuli berjaya
‘menakluk’ kisah sejarah islam ini juga pada 29 Mei tahun 2011M.
Apa yang menarik tentang sang
penakluk(al-Fateh) ini?
“Sejak kecil Sultan Muhammad dididik
supaya hidup sederhana.Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya
dengannya.Apabila dia berada dalam kumpulan ramai,orang tidak menyangka dia
anak sultan,” kata
sultan Murad(ayahandanya).
Paksaan belajar ilmu agama dengan libasan
rotan(ketika kecil).
Syeikh al-Kurani tidak ada
pilihan.Dia mengeluarkan rotan yang disimpan di dalm jubahnya lalu memukul kaki
Sultan Muhammad dengan izin ayahandanya.Sebatan demi sebatan hinggap di kaki
anak sultan Murad itu.Sultan Muhammad berasa sakit,marah,malu kerana belum
pernah dia diperlakukan begitu.Kawan-kawannya Cuma memerhati sahaja dari jauh
kerana tidak ada sesiapa yang berani membantunya.
Mengapa Kota Konstantinopel mesti
ditakluk?
“Konstantinopel adalah ibu kota
Byzantium.Orang2 Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sehingga
sekarang.Kerana itu baginda member isyarat kota ini mesti ditakluki.Tetapi
bukannya mudah.Kota Konstantinopel hanya dapat ditakluk oleh pemimpin yang
baik,tenteranya yg baik dan rakyatnya yg baik”.
Bagaimana untuk menakluk Kota
tersebut?
“Tuanku(Sultan Muhammad) penuhi
dahulu dada tuanku dengan ilmu.Selain mempelajari ilmu agama dan
peperangan,tuanku juga mesti mempelajari ilmu sejarah.Mengingati sejarah
membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita.Sejarah juga mengajar kita
supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu,”kata panglima Tharhan(panglima ketenteraan/Perdana
Menteri Turki Uthmaniyah)
Dari mana asal-usul nama Uthmaniyah?
“kerajaan Uthmaniyah ini asalnya sebuah
kabilah yang kecil tetapi dipimpin oleh seorang yang berjiwa besar,namanya
Ertoghul.Apabila berlaku peperangan antara Rom dengan Dinasti Seljuk,Ertoghul
menyebelahi Sultan Aluddin(pemimpin Saljuk).Mereka berjaya mengalahkan tentera
Romawi.Sebagai balasanya,Ertoghul dan kabilahnya diberikan sebuah kawasan bagi
diperintah sendiri.
“selepas Ertoghul meninggal
dunia,puteranya bernama Usman yang menggantikannya.Baginda seorang pemimpin
yang berani dan bercita-cita tinggi.Sultan Usman menawan negeri-negeri yang
berhampiran lalu memerintah kawasan yang ditaklukinya.Dengan ini kawasan
pemerintahannya semaikn luas.”
“kemudian terjadi saat yang paling
getir apabila orang2 Monggol menyerang lalu menjatuhkan kesultanan
Seljuk.Sultan Alauddin mangkat dan tanah jajahan serta rakyatnya
bercerai-berai.Sultan usaman berusaha menyatukan semula kawasan itu supaya
berada di bawah pemerintahanya.Dari situ bermula kerajaan Usmaniah yang
mengambil nama sultan Usman.”
Adakah berdamai dengan mereka yang
memusuhi Islam itu dibolehkan?
“Islam adalah agama
perdamaian.Peperangan hanya boleh dilakukan apabila pintu perdamaian
ditutup.Malah sebelum kita menyerang musuh,kita ajak mereka berdamai
dahulu.Sekiranya mereka enggan barulah diperangi.”
Ciri-ciri teladan yang baik Sultan
Muhammad.
“baginda seorang anak muda yang
rajin menutut ilmu dan kuat beramal ibadat.Sejak baginda akil baligh,baginda
tidak pernah meninggalkan solat frdhu lima waktu.Malah solat sunat juga banyak
dilakukannya tanpa jemu,”kata
Syeikh Bayram.
“selain menuntut ilmu agama,baginda
juga diasuh oleh Panglima Tharhan dengan ilmu peperangan.apabila samapai
masanya nanti Sultan Muhammad menunjukkan kemampuannya sebagai pemerintah
Negara Islam.Jiwanya yang bertakwa itu menjadikannya seorang pemimpin yang berjaya
di dunia dan akhirat.”
Tawaran 3 perkara bagi memerangkap
Sultan Muhammah.Apa tindakan beliau?
Sultan Muhammad didatangi utusan
Konstantine bagi memerangkap beliau dengan mengemukan 3 tawaran iaitu
hadiah-hadiah yang berharga daripada Maharaja Konstantine,hiburan daripada
beberapa orang penyanyi dan penari wanita yang jelita serta tawaran bagi mengajar
beliau ilmu adab dan adat isitadat kaum bangsawan secara percuma oleh guru2
terlatih.Tawaran2 ini bagi melekakan Sultan Muhammad.
Dengan tegas beliau menjawab, “saya
tidak tertarik dengan hadiah2 yang kamu bawa.Kembalikan semula kepada maharaja
kamu.”
“saya tidak tertarik dgn hiburan
yang melalaikan.Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat,bukan
melakukan maksiat.”
“haram hukumnya seorang Islam
dididik oleh orang kafir”
Abu Ayub al-Ansari mengajar cara
berdoa yang lebih baik jika ditimpa musibah.
Ketika Abu Ayub al-Ansari jatuh
sakit,tentera Islam datang menziarahinya.Salah seorang daripada mereka berdoa, “Ya
Allah,sihatkanlah dia dan sembuhkanlah penyakitnya.”
Tiba-tiba membuka matanya lalu
berkata, “sebaiknya berdoa begini,ya alllah sekiranya ajalnya sudah
dekat,ampunilah dosanya dan berilah Rahmat-Mu.Sekiranya ajalnya masih belum
tiba,sihatkanlah dia dan sembuhkan segera penyakitnya dan berilah dia ganjaran
pahala.”
Apa pandangan
rakyat,pedagang-pedagang tentang Sultan Muhammad al-Fateh?
“baginda memerintah dengan adil
tetapi maharaja Konstantine zalim.lebih baik kita berada di bawah pemerintahan
Islam,”kata seorang
petani.
Sultan Muhammad seorang yang berjiwa
rakyat.
Ketika pembinaan tembok Rumeli
Hisarri,semua tentera serta rakyat bergotong royong membinanya.Sultan Muhammad
sendiri turun padang.Baginda menanggalkan serban dan bajunya bagi memudahkan
kerja2 dilakukan.
Tentera Turki Uthmaniyah sebaik2
tentera.
“sepanjang menjalani latihan,tentera
kita hendaklah menjaga akhlak dan tingkah laku.Tidak dibenarkan sesiapapun
mengganggu penduduk di pulau ini.malah tanaman ataupun buah-buahan mereka juga
jangan diambil melainkan dengan kebenaran tuannya,” pesan Sultan Muhammad.
“tentera kita bagaikan singa di
siang hari dan menjadi abid pada waktu malam’” puji Khalil Pasya.
“walaupun ramai yg berpuasa sunat pd
siang hari tetapi mereka begitu kuat dan tangkas ketika menjalani latihan
ketenteraan,” kata
Panglima Tharhan.
Dalam mimpi ada petunjuk dari Allah.
Sultan Muhammad mengantuk lalu
terlena.Dalm mimipinya,baginda melihat kapal-kapal perangnya belayar di
Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas.Kemudian baginda terjaga drpd
tidurnya. Kerana menyangka hanya mainan tidur,baginda tidur kembali dan mimpi
perkara sama sebanyak tiga kali menyebabkan baginda yakin itu adalah satu
petunjuk dari Allah.
“saya melihat kapal2 perang kita
berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan kota
Konstantinopel”
Di ambang kemenangan melalui 3
petanda.
“tuanku,di dalam kitab lama
kita(kristian) ada mengatakan apabila terjadi 3 perkara itu,malapetaka bakal
menimpa iaitu kapal belayar di daratan,patung maryam pecah berai dan gereja Aya
Sophia disambar petir.Semua dah berlaku di depan mata kita’” kata paderi kepada
Maharaja Konstantine
Tidak pernah tinggal solat tahajud.
“semenjak dari akil baligh,baginda
tidak pernah tinggal solat fardhu,sunat rawatib dan sunat tahajud…’”kata syeikh syamsudian al-Wali.
Itulah antara detik2 yang memberi
seribu erti yang sangat bermakna buat diri ini.Kisah perjuangan menakluk Kota
Konstantinopel ini telah banyak dirungkaikan di serata tempat melalui
ceramah-ceramah,seminar,kem motivasi dan pelbagai lagi.Dan tidak dinafikan
anak-anak muda ketika ini mula menanamkan semangat yang jitu dan menyeluruh
sebagaimana perwatakan yang lahir pada Sultan Muhammad Al-Fateh.
Semoga kita sama-sama mengambil
ibrah daripada kisah sang penakluk ini.
Assalam wbt..akh,menarik artikel al-fateh ni..dh abeh baca novel tu kn.?bagi la sini plak..hehe.=)
ReplyDeletesalam,, mohon di share...
ReplyDeletemohon share
ReplyDelete