Pages

Lagu


Tuesday, July 5, 2011

Jauhi Buruk Sangka


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Berzikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah makanan rohani sebagaimana fizikal luaran manusia memerlukan makanan untuk memberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan.




Sahabat yang dirahmati Allah,

Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."
Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.




Sahabat yang dimuliakan,

Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

01. Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. Lebih parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati.

Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su'u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.

02. Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)


Monday, June 20, 2011

Ganu Nelang Guh Maing Bola Sepak




Gol..!!gol.!!gol.!!.Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri kelahiranku Terengganu Darul Iman yang baru-baru ini keriangan merangkul piala FA 2011.Tahniah juga buat pasukan negeri jiran,Kelantan dalam kesungguhan memartabatkan sukan bola sepak buat negeri tersebut setelah sekian lama tersepi.


Yang menang tidak semestinya jadi juara.Permainan yg dipamerkan hebat hingga ke minit terakhir sehingga pada mulanya ada penonton yg sudah meninggalkan tempat duduk stadium,namun masuk kembali.


Lebih 85000 penyokong kedua-dua pasukan hadir bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing2 termasuk beberapa tetamu kehormat yg diketuai Ketua Negara sendiri.Ini membuktikan sukan bola sepak Negara ini sudah jelas merupakan satu tonik kebangkitan aktiviti sukan yg berprestij ini.

Saat kesedihan mula terpancar pada diriku sekeluarga sewaktu pasukan Terengganu yg terkenal dengan jolokan ‘skuad Penyu’ atau ‘skuad Peteh’ ini ketinggalan dengan hanya baki 5 saat sahaja lagi.Namun dengan ketentuan Allah(Qadarullah),ianya berubah sekelip mata melalui jaringan penyamaan Terengganu pd saat akhir.

Alhamdulillah.Wajah keriangan bersinar kembali.










Semua orang gembira hingga menjadi kegilaan dn sumber kekayaan.Main-main juga dan menang2 juga.Namun jangan lupa belajar dan motivasikan diri disebalik permainan itu.Terdapat terlalu banyak proses pelajaran yg dapat kita kutip daripada sukan ini.


Disini,sukanya saya ingin berkongsi beberapa perkara motivasi melalui sukan bola sepak ini tanpa memanjangkan lagi saat kegemilangan pada perlawanan akhir Piala FA baru2 ini.Antaranya ialah:

*semua orang hendak kejar bola,bermati-matian pemain,jurulatih,pengurus pasukan apatah lagi penyokong,melonjak-lonjak bertempik memberi sokongan.

Apabila dapat menjaringkan gol,tak terkira sukanya sehingga kehabisan suara.Sebenarnya gol adalah MATLAMAT dan SEMANGAT mengejar matlamat perlu disematkan.

Kita akan menjadi seronok apabila jelas dengan matlamat kita.Matlamat sebenarnya adalah hendak menjadi hamba Allah dan setelah menjadi hamba Allah,baru layak bergelar KHALIFAH Allah.

Hendak melaksanakan perintah Allah mesti mendapat sokongan.Kalau pasukan bola sepak ramai penyokongnya,maka pasukan AGAMA yg ingin melaksanakan agamaNYA kenapa tidak sama banyaknya?Program masjid dan surau lengang kesepian.





*Main bola kena bijak atur strategi sebab itu pasukan sanggup berbelanja besar mencari jurulatih yg pintar mengatur langkah dan taktik sesebuah pasukan.

Apabila menang,jurulatih terlebih dahulu yg dipuji dan apabila kalah teruk,si jurulatih juga terkena tempias malah didesak meletak jawatan.

Nak capai satu matlamat dalam hidup,pernahkah kita merancang dengan teliti atau main sebat saja.Pernahkah kita buat kajian terlebih dahulu atau main tangkap muat saja?

Ya,kita perlu merancang dgn bijak,bijak,baik,teliti,sempurna bagi mencapai sesuatu matlamat tersebut kerana bak katas Saidina Ali,Kebatilan yg dirancang akan mengalahkan kebenaran yg dibuat tanpa perancangan.

Kadang2 perancangan sudah elok dn sempurna namun kita pula yg tidak berdisiplin ,mengikut perancangan itu.Sebagai contoh melalui kisah Perang Badar zaman Rasulullah.Nabi merancang dengan perancangan yg hebat namun terdapt sahabat yg melanggarnya.








*Hantar bola sebenarnya samalah seperti mengagihkan tugas.Hendak bagi bola itu kena tengok orang jugak dimana kedudukannya.Hantaran biarlah tepat jangan pula tersasar jauh.

Ada yg hantar bola tapi tak dapat kerana hantaran tak sampai.ada yg mengagihkan tugas tetapi tak sempurna,maklumat tak penuh,tak lengkap,latihan tak cukup,itu sebab tak menjadi kerjanya.


Harapan kita terlalu tinggi sedangkan apa yg nak jalankan tugas tak setinggi keinginannya.Maka terlepaslah peluang kalau hantaran tak sampai.


Pemain mestilah kejar sedikit dan berusaha lebih utk dapatkan bola itu.Kalau tugas yg diberikan tak seberapa,pekerja kena usaha lebih sikit utk dapatkan maklumat atau tanyalah org yg lebih tahu supaya dgn ilmu itu dapat membantunya.









*Main bola secara berpasukan,tak boleh main sendirian.Kalau kalah,bersama tanggung sedih dan kalau menang dikecapi bersama satu pasukan.

Semangat kerja berpasukan membuatkan yg berat sama dipikul manakala yg ringan sama dijinjing.Belajarlah jangan sesekali mudah mengalah,dn jgn menyalah walaupun memang sesekali rakan sepasukan buat salah.Tetapi jgn lupa dia juga banyak kali menyumbang dgn permainan yg baik.


Belajarlah berkongsi,jangan hasad dengki nanti makan diri.Yang menjaringkan tidak boleh bangga sangat kerana ramai pemain lain yg banyak berjasa dengan mengumpan bola ke arah gol itu.

Kalu tiada yg mengumpan,mcam mana nk dapatkan peluang?Sebenarnya kita banyak mengumpan atau memberi peluang kepada rakan dan sesama kita.


Membantulah jangan membuntu dn membantut.Banyak projek yg tidak dapat jalan kerana ramai yg tidak ‘mengumpan’.Buat masjid atau surau namun lambat siap,kenapa?

Sebab tiada yg mengumpan ‘sumbangan’ atau derma utk menyiapkannya.Org kafir kalau nk bina gereja sekejap saja siap kerana ramai yg membantunya atau kata lain yg mengumpan ke arah menyiapkannya.






*Main bola jangan ada sifat dengki.Kenapa perlu dengki?Dia yg jaringkan gol,apabila menang sama-samalh julang piala.


Masing-masing di posisi masing2,laksanakanlah tugas dgn baik.
Memang ada pemain di bawah dengki kpd pemain di atas penyerang oleh kerana dia saja yg berpeluang utk menjaringkan gol.Dek kerana dengki tak boleh jaringkan gol,akhirnya rembat gol sendiri.

Alamat nk kalahlah tu.Ramai org Islam yg ‘rembat’ agamanya sendiri,buat dosa,rasuah,cerai berai,bunuh,rempit,buang anak, dan sebagainya yg semua ini merosakkan imej Islam.

Islam yg indah ini menjadi comot,buruk ,selekeh tak menarik bukan Islam utk menikmati keindahannya.

Banyak sebenarnya pelajaran daripada aktiviti bola sepak ini.Namun setakat ini saja penulis bercadang mengeluarkan beberapa motivasi berpelajaran daripada permainan ini.Wallahu’alam dn tahniah sekali lagi kepada pasukan juara Piala Fa 2011 iaitu pasukan negeri kesayangan TERENGGANU.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails