KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
Usahkan
dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk
bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan
manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.
Justeru,
ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan
bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan
anak di laman sosial saja.
Penulis
tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri
manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan
silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan
komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.
Walaupun
gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan
silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara
kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.
Sebab
itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau
senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar.
Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk
membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam
lalai daripada mengingati Allah.
Rasulullah
SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.”(Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Jangan
berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya
diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau
senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan
orang berduka.
Tetapi
perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan
boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya,
jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan
serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan
dengan pahala dari Allah SWT.
Sebaliknya
jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu
menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda
untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu
tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.
Firman
Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak
daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus
puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak
daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus
puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil
antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat
daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah
Al-Hujuraat, ayat 11)
Contoh
paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had
dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan
mengingatkan manusia kepada Allah.
Sudah
tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara
lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak,
menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat
merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.
Antara
senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan
tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah
kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda:
Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu
menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda:
Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam
keadaan dia tua.”
Lalu
dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”
Rasulullah...
ReplyDeleteContoh terbaik...
Kata Aisyah,
Rasulullah berakhlak al-Quran.
Pujian Allah,
wainnaka la'ala khulukin azim... (al-Qalam:4)
Biasa dengar anak2 muda cakap,
xboleh gurau, duk surau la"
(^-^)
Syukran ukhti..
ReplyDeletetapi x faham dgn 'xboleh gurau,duk surau la"..minta penjelasan..
Salam 'alaikum.
ReplyDeleteSaya ada baca adab bergurau di dalam mjlh solusi isu 30,m/s 74.
Hanya berkongsi,untuk lebih pencerahan,insyaALLAH.
wabillahi taufiq wal hidayah.
Menarik post ni,thanx shahrir.semoga mengambil pengajaran..
ReplyDeleteSALAM ALAYKUM...SAYA PERNAH DITEGUR OLEH SAHABAT KRN XNK KETAWA...MRK SERING MENONTON MAHARAJA LAWAK..MRK MENYATAKAN BHW KETAWA BOLEH MENGHILANG STRESS...SAYA BUKAN XNK KETAWA..TP LEBIH SUKA SENYUM=)..KONGSI PENDAPAT SIKIT
ReplyDeletehaha.. bukan smua bnda boleh puaskan hati org kn.
ReplyDeletekalo dh xboleh ketawa,nk buat cmne kn. tpi bgi nk raikan,buat2 ktwa or senyum pn xpe dh