Sewaktu
di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara
yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui
hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana
secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang
berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.
Saya
terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP
Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi.
Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama
ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sejak dari itulah, saya mula
menyedari bahawa blogger itu pendakwah.
Menulis
kerana Allah
Kalau
pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi
manusia pertama yang bertanya:
"Apa
tujuan utama saudara/ saudari berblog?"
Jawapan
yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula
dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan
berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain
yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.
Tetapi,
satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah
suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga
halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
"Sahaja
aku berblogging kerana Allah Taala"
Atau
"Sahaja
aku menulis kerana Allah Taala"
Pengisian
yang Berisi
Tidak
kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami,
motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa
sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi
manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang
dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.
Andai
kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik
perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca
dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan
kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.
Andai
kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil
bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar,
bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta
segalanya.
Jika
kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada
riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual
pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan
berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham
kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang
juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan
kehidupan mereka.
Islam
itu indah, bukan?
"Islah
Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan
dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan
kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.
Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah
kepada yang lain.
Bukan
:
"Islah
nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki
dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas
bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga
mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau
malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas
tiket seorang blogger.
Buang
pemikiran:
"Aku
bukan ustaz."
"Aku
bukan ustazah."
"Aku
bukan baik sangat pun."
"Isy,
seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
Buang,
lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat
kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik.
Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah
s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke
mana-mana.
Berdakwah
bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita
manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha
Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan
terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah
medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri
dan orang lain.
Blogger
itu Pendakwah.
"Blogger
itu Jundullah
salam,nak bg pendpt la jgk. mmg btul la blogger itu pendkwh..kadang bg mereka yg tidak begitu pndai bertutur menyampaikn dkwh melalui lisan, spt ana sndri,kita boleh gunakn blog sbg medn dkwh.jadi,sama2 manfaat peluang yg ada!
ReplyDeleteSangat setuju, bukan semua orang berbakat utk menyampaikan dakwah secara lisan. Manfaatkan kemudahan ICT utk menyeru kabaikan dan mencegah kemunkaran.
ReplyDelete