Firman Allah dalam surah al-Hajj,37:
“Daging(haiwan kurban) dan darahnya
itu sesekali tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang samapi kepadaNya adalah
ketakwaan kamu.Demikianlah Dia menundukkannya agar kamu mengagungkan Allah atas
petunjuk yang Dia berikan kepadamu.Dan sampaikan habar gembira kepada
orang-orang yang membuat kebaikan.”.
Assalamu’alaikum wbt..alhamdulillah
sempena kemunculan EidulAdha tahun ini,sy nk berkongsi sedikit tentang
perjalanan dan pengalaman raya tahun ini.Alhamdulillah,dengan izin Allah,sy
dapat solat raya dan meraikan perayaan Hari Besar ini di negeri orang(Kelantan
Darul Naim).Keputusan untuk beraya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Nilampuri bersama sahabat2 lain dalam 100 orang cukup tepat. Syukur padaMu Ya
Rabb.
Sepanjang kami meraikan perayaan di
sana,banyak perkara yang kami praktikkan brsama hasil pembelajaran ilmu agama
selama ini.Antara sempat kami laksanakan ialah solat fardhu berjemaah,takbir
raya, solat sunat tasbih, menziarah penduduk kampong, merebahkan lembu..hehe.
dan aktiviti2 melapah lembu dan sebagainya..
Alhamdulillah,secara jujurnya apa yg
dapat sy rasai sepanjang bekerjasama dengan sahabat2 di sini adalah perkataan
‘Ukhuwwah’.Allah Akbar,baru sy mengerti cara bagaimanakah ukhuwwah itu dapat
terjalin,dapat dieratkan,dapat bersatu dan dapat dirasai..Cukup hebat aturan
Allah.Ukhuwwah antara sahabat2 seusia,yang muda dan yg tua khususnya bersama
pensyarah2 APIUMNP.
Aktiviti penyembelihan lembu cukup
menyeronokkan dengan telatah masing2 sehingga istilah letih tidak wujud di
mulut masing2. “Kesungguhan Pengetua Kolej(Ustaz Hazrul) melapah dan membahagikan
daging kpd 7 bahagian amat sukar di cari”..(kata ustazah wan rohani).
Gelagat
anak2 kecil sepanjang hari tersebut turut memeriahkan
suasana.Alhamdulillah,semngat kerjasama yg ditunjukkan dan pertolongan
Allah,semuanya berjalan lancar tanpa sebarang perkara yg xdiingini berlaku.
Namun,sebgaimana ayat di atas
cukup jelas Allah mengatakan aktiviti2 ini tidak akan sampai kepada Allah
melainkan dengan wujudnya amalan TAKWA di setiap individu dalam menjalankan
ibadat kepada Allah.MasyaAllah,walaubagaimana penat lelah kita sekalipun dalam
beribadat jika ketakwaan ini jauh dari kita,percayalah ia hanyalah sementara
bukan berkekalan.Jika kita bersahabat tetapi tiadanya Ketakwaan kepada
Allah,percayalah akan ade kelompangan sepanjang bersahabat..
Allah,cukup ringkas
pesanan Tuhan kepada Hambanya.Cukup tinggi peringkat Takwa ini.Ayuh sama2
beribadat untuk mencapai ketakwaan pada Allah.Bagaimana.?Jadikan segala amalan
yg dilakukan itu kerana Takut akan Allah Taala.Saya tinggalkan 3 pesanan
bersama iaitu:
“Jika kamu beramal,ingatlah akan
pandangan Tuhanmu,Jika kamu berbicara,perhatikanlah akan pendengaran Tuhanmu
dengan bicaramu itu,dan Jika kamu diam,perhatikanlah pengetahuan Allah atas
dirimu.”(Hatim
Al-Asham)
Kalamku zikir,diamku fikir.Terima kasih..
No comments:
Post a Comment