Assalamu’alaikum wbt.. ungkapan
kalimah syukur setingginya kerana masih dikurniakan Allah pelbagai nikmat dalam
kehidupan terutamanya Iman dan Islam yang menjadi tunjang pegangan akidah
kita.Firman Allah surah Ibrahim ayat 34, “..dan jika kamu menghitung nikmat
Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya..”.
Maka,tunduklah dan syukurlah kita
kepadaNya.
Kali ini ana nak kongsi serba
sedikit ilmu agama Allah yang ana peroleh ketika mendengar ceramah maghrib
di Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang tadi.Alhamdulillah,ana rasa sangat
beruntung kerana dapat bersama2 mentelaah ilmu walaupun hanya dalam waktu yg
singkat.
Hujan yg melanda disini sedikit
‘melemahkan’ pergerakan aktiviti harian,dan kalau ikutkan hati memang ana tak
nak pergi masjid semalam..Tetapi entah kenapa,ada sebahagian hati memaksa juga
ana untuk pergi..hehe.. Inilah namanya ketentuan Allah(Qadarullah).Cantik
aturan Allah.
Sebaik selesai solat maghrib,seorang
penceramah lantas memulakan bicaranya tanpa mengenalkan identitinya dengan
membaca sepotong ayat Quran dalam surah Ghafir @ Mukmin ayat 60 yg berbunyi,
“Dan Tuhan mu berfirman,berdoalah
kepadaku,nescaya aku akan perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang2 yg ingkar dan
sombong tidak mahu menyembahKU,akan masuk neraka jahannam dalam keadaan Hina
dina”.
Tajuk ceramah memang tidak
dimaklumkan tetapi ana dapat jangka ustaz berkenaan fokus tentang amalan berdoa
seorang mukmin.Ana cuba kongsikan serba sedikit apa yg ana ingat ye..
Apabila seseorang mukmin ni berdoa,xsemestinya
doa itu akan dimakbulkan dengan segera sebagaimana yg kita minta.Tapi
kenapa?sedangkan dlm ayat yg atas itu Allah kata jika kita berdoa,terus
diperkenankan. AllahuAkbar,Allah Maha Bijaksana sheikh..Cuba kita korek kembali kisah
nabi dulu.bagaimana doa Nabi Ibrahim utk dapatkan anak.Perkahwinan pertama dgn
Sarah,tiada kurniaan zuriat sehinggalah Nabi Ibrahim bertemu jodoh dgn Siti
Hajar dan dikurniakan zuriat(anak). “Tetapi ketika itu umur beliau berapa
tuan2 sekalian?..80 lebih kalo sedara nak tahu..,’katanya lagi.
Ini bermakna begitu lama nabi
Ibrahim berdoa untuk peroleh zuriat namun sehingga umur demikian baru
dimakbulkan.Masyaallah..Kita bagaimana.?Tambahnya lagi, “kita tengok lagi
kisah nabi Musa dan Nabi Harun menentang tentera firaun suatu ketika dahulu.Ada
sesetengah riwayat kata beliau berdua menentang 14000 tentera firaun,ada kata
18000,ada kata 2000.Semua itu berhadapan dengan mereka berdua sahaja(Nabi Musa
dan HArun).Namun,mereka berdoa kepada Allah utk minta bantuan.Namun,sehingga
lingkungan 20 tahun (kurang ingat tadi) kemudian,Allah makbulkan doa itu dengan
membinasakan tentera firaun”
..Subhanallah..
Apa nk cerita kat sini ialah proses
Allah menangguh doa kita utk dimakbulkan.Semuanya Allah berkuasa..Tambah ustaz
itu lagi.., “Dalam sebuah kitab(ana lupa),ada mengatakan yg dalam diri
manusia ni ada 3 perkara yg kita kena tahu.1 perkara tu 100% milik Allah,1
perkara 100% miliki kita dan 1 lagi milik bersama(Allah dan manusia).” Tahukah sahabat..?
1.100%milik Allah adalah ROH dan
NYAWA yg kita pinjam sekarang ini.
2.100% milik Kita adalah AMALAN kita
semasa kita bernyawa ini.Semua amalan bergantung pada kita,itu semua hak kita
samada baik atau buruk.
3.Milik bersama adalah DOA.Kita
berpeluang utk minta sebarang doa namun Allah juga berkuasa untuk menentukannya
bila dan bagaimana waktu terbaik untuk diperkenankan.jadi,ia adalah milik
bersama.Masyaallah.Itu kita perlu tahu.
Dah penat baca,sabar2..izinkan ana
teruskan perkongsian.
Seterusnya,menyebut tentang mati ini
seringkali 3 perkara yg menyoal dlm fikiran kita iaitu BILA mati.?BAGAIMANA nak
mati?DIMANA nak mati?..namun,kata ulama’ ketepikan pertanyaan BILA dan DIMANA
itu.Maksudnya janganlah kita fikir sangat tempat dan bila kita nak diri kita
ini apabila mati kelak.Tapi fikirlah BAGAIMANA kita nk mati..
ALLAH AKBAR.
Seterusnya,ketahuilah 3 perkara
syaitan lemparkan pada fikiran manusia sebaik sahaja menjelang waktu pagi iaitu:
1.Apa yg akan aku makan hari ini?
2.Apa yg akan aku pakai.?
3.Kemana akan ku pergi hari ni.?..
Tiga perkara ini syaitan akan lempar
dalam fikiran kita seharian..apa jawapan kita..?tepuk dada tanya
iman…Namun,kita tegok bagaimana jawapan ahli tasawwuf dahulu.Apa yg mereka
makan ialah ‘tanah’(maksudnya kita kelak,tanah akan jadi santapan kita
dikubur).Apa yg mereka pakai?Jawapannya ialah kain kapan.Dan kemana akan
pergi?Ke kubur jawapan mereka.
Masyaallah,tapi sahabat..ini bukan
jawapan mulut,tapi jawapan minda harian mereka..Dengan itu,syaitan2 terus
takut,lari dan x ganggu mereka disebabkan jawapan itu..Kita bagaimana..?
Seterusnya,ada dalam ayat Quran(ana
lupa surah mana) yg menyatakan dialog antara Allah dan Iblis di mana iblis
berjanji utk menyesatkan anak-anak Adam.Iblis menyebut akan datang dari
pelbagai arah untuk mencapai matlamatnya samada dari Depan,belakang,kanan dan
kiri..Tetapi perasan tak,iblis tidak menyebut untuk datang dari arah atas dan
bawah..kenapa.??...
Ini kerana ada dalam kitab ulama’ menyatakan bahawa
TAUFIK dan HIDAYAH Allah muncul melalui saluran dari atas.Hubungan dari atas
sangat kuat Antara kita dan Allah,jadi Iblis sukar untuk mengganggu arah
berkenaan.Dan arah bawah pula dikatakan ulama’ sebagai tempat U’budiyyah
seseorang hamba kepada Allah..dimana tempat kita sujud,berdoa melalui arah itu.
Itulah sebab syaitan sukar ‘masuk’ arah tersebut.
Insyaallah ini perkongsian
terakhir,iaitu PANGKAT DARJAT di dunia x jadi nilaian.Ha,ini ada ssebuah
kisah tentang Bilal bin Rabah.Kisah ini bermula dgn Abu Sufyan,beliau ini
memang mempunyai pangkat yg tinggi,tersohor,orang besar dan dihormati seluruh
tempat itu.(kalau kita seperti Datuk la)..satu hari beliau dan beberapa sahabat
dtg ke rumah Umar al-Khattab(lupa kerana apa).Antara sahabat2nya ialah Salman
al-Farisi,Zubair bin Awwam,Ali bin Abi Thalib dan lain-lain dalam seramai 10
org(lupa daa..)termasuk Bilal bin Raabah.Ketika muncul di pintu rumah Umar,Abu
Sufyan mendahului di depan untuk masuk tetapi dgn kebijaksanaan Umar,beliau
menyuruh pembantu rumahnya(x ingat bukan lupa) utk menyuruh Bilal masuk
dahulu,kemudian Salman al-Farisi,diikuti sahabat2 lain dan yg terakhir Abu
Sufyan.
Disebabkan itu,seorang shbat Abu
Sufyan mendapati wajah kecik hati padanya dgn tindakan Umar itu,seolah-olah
memperkecilkannya sedangkan dia itu org yg besar.Dengan itu,shbt itu bertanya
kpd Abu Sufyan, “aku tahu kamu sedih dan kecik hati dgn tindakan tadi
tu(lebih kurg la)..”Abu Sufyan jawab’ “ya,aku sangat kecik hati dan
berasa sedih..”..Sahabatnya pun kata “bagi aku,aku x kisah pun masuk ke
rumah Umar ini TERAKHIR tetapi aku bimbang aku akan masuk Syurga org yg
terakhir..”.
Allah akbar,bijak tindakan Umar
untuk melunturkan rasa bangga pada Abu Sufyan tu…sahabat-sahabat2 ana semua
macam mana..?satu persoalan bersama.?
Nabi pernah bermimpi dimana tapak
dan langkah Bilal mendahului baginda di syurga.Nabi pun tanya kpd Bilal apakah
amalan yg membuatkan kamu lebih terkedepan drpd aku..?Bilal pun hairan dan
berfikir panjang tentang soalan nabi tadi. Beliau pun kata MUNGKIN kerana aku
sering kali xterlepas SOLAT SUNAT 2 rakaat sebaik saja selesai
azan.Masyaallah..Tetapi MUNGKIN satu lagi kerana aku SERING KALi jadikan diri
aku ini dalam keadaan BERWUDUK. Jika aku berhadas,aku terus bersihkan dan
BERWUDUK.
Nabi pun kata, “ya,sesungguhnya
amalan engkau yg pertama itu membuatkan engkau dapat kelebihan di syurga(SOLAT
SUNAT @2 RAKAAT selepasa azan)”..
Masyaallah,inilah kelebihan Bilal yg
hanya hamba sehaya sahaja.Sahabat2,pangkat darjat x dinilai Tuhan tapi amalan
kita yg menentukannya.Allah Akbar..satu persoalan pada diri kita selama hidup
di dunia ini..
*ana rasa ini sahaja perkongsian ana
nk sampaikan,jika terdapat salah ejaan itu,harap maaf(dah malas nk
check..hehe).Sama2 kita bermuhasabah demi kebaikan diri kita.Ustaz mengakhiri
kalam dengan kisah,seorang ulama’ disoal, “jika datangnya Izrail,kamu nak
(mati) dalam keadaan macam mana.?”..katanya’ “aku nak mati dalam keadaan
MENUNTUT ILMU.”..
Besarnya hikmah menuntut ilmu ini.
Maaf salah dan
silap.Wallahu’alam.Assalamua’laikum..
No comments:
Post a Comment