Nabi Muhammad SAW orang luar biasa
yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan
manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan
para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan
tubuhnya manusia,
Kalau ada orang mengata dan
menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya
senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang
atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan
kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran
‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’,
dikalangan rasul-rasul,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu
malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan
isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh
isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Pernah ana terdengar sebuah cerita
melalui kuliah Ustaz Abdul Basit baru-baru ni kisah tentang hamba sahaya
Rasulullah bernama Tsauban.Kisah ini sangat menarik di mana terserlahnya cinta
sejati,luhur yang terbit dari hati Tsauban kepada Rasulullah SAW.
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban
amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia
rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika
tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali
menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa
hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa
Rasulullah saw. Katanya:
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya
tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira
sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut
tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi,
manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling
membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu
tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat
terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.
Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa
yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka
yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan
mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69) .
Mendengarkan jaminan Allah ini,
Tsauban menjadi gembira semula.
"Wahai manusia, dengarkan dan
fahamilah; ketauhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan
para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal
mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."
Seseorang Badui berkata, "Wahai
Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas
tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka
adalah orang- orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan
satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan.
Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk
mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat
manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah,
mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan
Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)
Dari Anas, dia berkata,
"Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah,
bilakah datangnya kiamat?' Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu
persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, "Cinta pada Allah dan
Rasul-Nya." Lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya kamu akan bersama
dengan orang yang kamu cintai.'"
Anas berkata, "Sungguh kami
tidak merasakan setelah Islam kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan
Rasulullah, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu
cintai.""
Anas berkata, "Sesungguhnya aku
mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap bisa
berkumpul dengan mereka meski aku belum beramal seperti mereka." (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Satu persoalan,bagaimanakah cinta
dan kasih sayang kita sebagai manusia yang lemah,dhoif,kurangnya ilmu,banyaknya
silap terhadap Nabi kita yang sarat dengan
mehnah,Khibrah,hidayah,ilmu,kepakaran dan suci dari dosa.AllahuAkbar..!!
Cukupkah dengan sunnah harian yang
kita lakukan.Cukupkah dengan Ilmu yang kita dalami di sekolah,kolej,university
dan sebagainya??.Itulah perlunya amalan ‘Muhasabah Diri’ dan ‘Tazkiya
al-Nafs’..
Sama-sama hayati kisah Tsauban
ini.Ayuh,pertingkatkan amalan untuk bekalan dibawa ke akhirat.
alhamdulillah.perkongsian yg baik.kadangkala..bkn sebanyak mne ilmu yg kta peroleh mnjd persoalan..hakikatnya sebnayk mne kta mempraktikkan ape yg diperoleh.wallahua'lam
ReplyDeleteMuhammad al-Amin..
ReplyDeletedialah Rasul terakhir,
diutuskan utk mnyempurnakan akhlak mulia..
(انما بعثت لأتمّم مكارم الأخلاق)
sebaik-baik contoh dan teladan sepanjang zaman,,
mantap=)
ReplyDelete