Terdapat satu isyarat daripada
Rasulullah saw dari sahabat baginda Muadz bin Jabal,Rasulullah bersabda:
”Mahukah aku beritahukan kepadamu
tentang pokok pangkal dari semua urusan,tiangnya dan puncaknya yang
tertinggi?”Aku berkata.”Ya,wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Pokok pangkal
dari urusan ini adalah Islam,tiangnya solat dan puncaknya yang tertinggi adalah
jihad.”.
Malangnya terdapat umat Islam memberi amalan jihad tanpa dilandasi ilmu yang tepat sehingga menyebabkan berlaku
kekeliruan dan salah faham terhadap Islam.Malah yang lebih berbahaya munculnya
penyimpangan yang sedemikian jauh dari pengertian dan tuntutan jihad
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama.
DEFINISI JIHAD.
Kata al-jihad dengan dikasrah(kaedah
nahu) huruf jim asalnya secara bahasa bermakna
kesulitan,kesukaran,kepayahan.Sedangkan secara syariat bermakna: “mencurahkan
segala kemampuan dalam memerangi orang-orang kafir atau musuh.”(kitab Fathul
Bari).
Berikut beberapa ucapan Ulama’ Salaf
dalam member erti jihad:
-Ibnu Abbas berkata:Jihad
adalah mencurahkan kemampuan padanya dan tidak takut kerana Allah terhadap
celaan org yg suka mencela.
-Muqatil berkata: “beramallah
kalian kerana Allah dengan amalan yang sebenar-benarnya dan beribadahlah
kepadaNya dengan ibadah yg sebenar-benarnya.
-Abdullah ibnul Mubarak
berkata:Jihad adalah melawan diri sendiri dan hawa nafsu.(Zaadul Maad).
Dalam permasalahan jihad,pada
dasarnya manusia terbahagi dalam dua keadaan:
1.Keadaan mereka pada masa kenabian.
2.Keadaan mereka setelah kenabian.
MASA KENABIAN.
Para ulama sepakat bahawa
disyariatkannya jihad pertama kali ialah setelah hijrah Nabi dari Makkah ke
Madinah.Setelah itu,muncul perselisihan di antara mereka tentang hukumnya,fardu
ain atau fardu Kifayah?
Di dalam Fathul Bari,Al Hafidz Ibnu
Hajar Rahimahullah berkata: “ada dua pendapat yang masyhur di kalangan para
ulama.Pertama adalah pendapat dari Al-Mawardi,dia berkata: “hukumnya fardu ain
bagi orang2 muhajirin saja,bukan selain mereka”.Pendapat ini dikuatkan dengan
perkara tentang wajibnya hijrah atas setiap Muslim ke Madinah dalam usaha
menolong Islam.Kemudian As-Suhaili,dia berkata:Fardu ain atas orang2 ansar
saja,bukan selain mereka.”
Pendapat ini dikuatkan dengan baiah para sahabt
kepada Nabi pada malam al-Aqabah untuk melindungi dan menolong Rasulullah.Dari
dua pendapat di atas diperoleh kesimpulan bahawa jihad menjadi fardu ain atas
dua kumpulan iaitu Muhajirin dan ansar dan fardu kifayah atas selain mereka.
MASA SETELAH KENABIAN.
Pendapat yang masyhur di kalangan
ahlul ilmi adalah fardu kifayah,kecuali jika ada keadaan mendesak seperti ada
musuh yang datang dengan tiba-tiba.Ada pula yang kata fardu ain bagi yang
ditunjuk oleh imam(penguasa).Kesimpulan dari masalah ini adalah jihad melawan orang
kafir menjadi kewajipan atas setiap Muslim baik dengan
tangan(kekuatan),lisan,harta atau dengan hatinya.
Allah berfirman:
“Berangkatlah kamu
baik dalam keadaan berasa ringan atau berat.Dan berjihadlah dengan harta dan
dirimu di jalan Allah.”(atTaubah,41).
“Hai Nabi,berjihadlah melawan
orang-orang kafir dan orang2 munafik dan bersikap keraslah terhadap
mereka.”(atTaubah,73)
“Dan berjihadlah kamu pada jalan
Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya”(alHajj,78)
Setelah diketahui bahawa pendapat
yang masyhur dikalangan ahlul ilmi tentang hukum jihad pada masa setelah
kenabian adalaha fardu kifayah,berikut adalah beberapa keadaan yang menjadikan
hukum tersebut berubah menjadi fardu ain,di mana sebahagiannya telah disebut di
atas:
1.Apabila bertemu musuh yang sedang
menyerang.
“Hai orang2 beriman,apabila kamu
bertemu dengan orang2 kafir yang sedang menyerangmu,maka janganlah kamu
membelakangi mereka(berundur).Barangsiapa yang membelakangi mereka(berundur) di
waktu itu,kecuali berbelok untuk (menyiasat) atau hendak menggabungkan diri
dengan pasukan yang lain,maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa
kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam.Dan amat buruklah
tempat kembalinya”.(Al-Anfal:15-16)
2.Apabila negerinya dikepung musuh.
Dalam keadaan ini wajib atas
penduduk negeri tersebut untuk mempertahankan negerinya.Keadaan ini serupa
dengan orang yang berada di barisan peperangan.sebab apabila musuh telah
mengepung suatu negeri,tidak ada jalan lain bagi penduduknya kecuali untuk
membela dan mempertahankannya.
DAlam hal ini,musuh juga akan menahan penduduk
negeri tersebut untuk keluar dan mencegah masuknya bantuan samada
ketenteraan,makanan dan yang lainnya.Keran itu,wajib atas penduduk negeri untuk
berperang melawan musuh sebagai bentuk pembelaan terhadap negerinya.
3.Apabila diperintah imam.
Apabila seseorang diperintah oleh
imam untuk berjihad,hendaknya ia mentaatinya.Imam dalm hal ini ialah pemimpin
tertinggi Negara dan tidak disyaratkan ia sebagai imam secara umum bagi kaum
muslimin semuanya.
“Hai orang2 beriman,apakah sebabnya
apabila dikatakan kepada kamu: ‘Berangkatlah untuk berperang pada jalan
Allah,’kamu rasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu puas dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup
di dunia ini di bandingkan dengan kehidupan di akhirat adalah sedikit.Jika kamu
tidak berangkat untuk berperang,nescaya Allah akn menyeksa kamu dengan seksa
yang pedih dan diganti-Nya kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan dapat
member kemudaratan kepadaNya sedikit pun.Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”(AtTaubah:38-39)
Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin membahagi jihad kepada tiga:
1.JIHADUN NAFS.
iaitu menundukkan jiwa dan
menentangnya dalam bermaksiat kepada Allah.Berusaha menundukkan jiwa untuk
selalu berada di atas ketaatan kepada Allah dan melawan seruan untuk bermaksiat
kepada Allah.Jihad yang seperti ini akan tentunya terasa sangat berat bagi
manusia,lebih-lebih ketika mereka tinggal di persekitaran yang tidak
baik.Kerana persekitaran yang tidak baik akan melemahkan jiwa dan mengakibatkan
manusia jatuh ke dalam perbuatan yang diharamkan Allah,juga meninggalkan
apa-apa yang diperintahkanNYa.
2.JIHADUL MUNAFIKIN,
iaitu melawan orang-orang munafik
dengan ilmu dan bukan dengan senjata.Kerana orang-orang munafik tidak diperangi
dengan senjata.Para sahabat pernah meminta izin kepada Rasulullah untuk
membunuh orang-orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya,kemudian
baginda bersabda: “jangan,supaya tidak terjadi percakapan oleh orang,bahawa
Muhammad membunuh sahabatnya.” HR Mslim
3.JIHADUL KUFFAR,
iaitu memerangi orang2 kafir yang
menentang,yang memerangi kaum muslimin dan yang terang-terangan menyatakan
kekafirannya,(dan jihad ini dilakukan dengan senjata)
Ibnul Qayyim membahagikan jihad
kepada 4 bahagian:
1.Jihadun Nafs(jihad lawan diri sendiri)
2.Jihadusy Syaitan(jihad lawan
syaitan)
3.Jihadul Kuffar(Jihad lawan kaum
kuffar)
4.Jihadul Munafiqin(jihad lawan kaum
munafik).
IBNUL QAYYIM menjelaskan.. “tidak
sempurna jihad seseorang kecuali dengan hijrah.Tidak ada hijrah dan jihad
kecuali dengan iman.Orang-orang yang mengharap rahmat Allah,mereka adalah yang
mampu menegakkan tiga hal tersebut,iaitu IMAN,HIJRAH dan JIHAD.”.
No comments:
Post a Comment