Teori VS praktikal
Apa itu teori? Mengikut Kamus Dewan
edisi keempat, teori diterjemahkan sebagai prinsip-prinsip am atau asas-asas
kasar yang menjadi dasar sesuatu perkembangan.
Manakala praktikal pula
diterjemahkan sebagai melibatkan atau berkaitan pengalaman atau penggunaan
sebanar, bukan teorikal, (praktik dimaksudkan sebagai perbuatan melaksanakan
teori)
Jadi, apakah yang menarik tentang
kedua-dua terma ini?
Islam bukan sekadar teori
Ramai manusia boleh bercakap,
walupun sepatutnya lebih banyak mendengar. Kerana telinga diciptakan dua, mulut
pula satu sahaja. Tidak salah bercakap, jika tidak bagaimana kita mahu menyeru
manusia ke jalan Allah.
Tetapi, manusia tetap manusia.
‘tidak dinamakan manusia kecuali ada padanya lupa dan lalai’. Itulah takrifan
manusia dari segi kitab feqah yang pernah saya belajar dahulu. Apabila kita
lebih pandai bercakap daripada membuat apa yang dikatakan itu, maka kita akan
menjadi fitnah kepada diri kita sendiri dan lebih teruk, kepada yang yang kita
bawa iaitu ISLAM!!
Amat besar kebenciannya di sisi
Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3 ,As-Soff)
Sebagai contoh, apabila seseorang
itu lantang bercakap tentang sabar, keburukan marah, marah itu daripada saitan
,dll. Tetapi apabila sesuatu perkara buruk berlaku (mungkin seseorang
mengkejinya), dia terus marah dan naik angin. Nah! Pada waktu itu, apa perasaan
orang-orang sekelilingny pada waktu itu? ‘huish!, apa dia ni? Cakap tek serupa
bikin!’ mungkin lebih teruk ‘tengok orang agama tu! Ceramah ja pandai, habuk
pun tarak!’ . Inilah yang saya maksudkan dengan menjadi fitnah kepada ISLAM.
Jadi, apakah penyelasaiannya? Di
sini kita perlukan kepda teknik untuk menjadikan teori kepada praktikal. Jika
saya boleh pinjam kata saudara Hilal Ashraf, untuk ‘membumikan’ apa yang kita
kata itu.
Praktiklah imu yang kita ada
Ya, praktikakkanlah saja!
Pujangga Arab menyebut,
“Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang
tidak berbuah”
Dan jikalau digubah sedikit,
“Ilmu tanpa amal, ibarat kereta
Ferrari tanpa stereng”
Ya? Apa guna kereta yang hebat tanpa
stereng? Kita tak kan ke mana-mana bahkan akan ditertawakan. Ilmu itu teori,
amal itu praktikal. Tapi bagaimana ya?
Seperti Kelas Memandu
Kalian sudah mempunyai lesen? Jika
sudah, tahniah!, jika tidak, tunggulah masa yang sesuai untuk mendudukinya.
Bagi yang sudah berpengalaman, pasti anda masih ingat kronologi untuk
mendapatkan lessen. Kita perlu mendengar ceramah ‘teori’ selama beberapa jam
sebelum dibenarkan memandu. Kemudia kita boleh terus ambil kunci kereta dan
drift di trek.
….
Benarkah begitu? TIDAK!! Kita masih
lagi perlukan pemantau untuk memantau teknik pemanduan kita. Kita akan duduk di
tempat pemandu , di sebelah kita, ya, pemantau kita. Mereka ini mempunyai brek
khas, kalau-kalau kita ‘terlebih’ laju dan juga sebelum kita mencederakan
siapa-siapa.
Maka, seperti itu jugalah kehidupan
kita. Setelah kita mendengar ceramah-ceramah agama, belajar imu dan mendalami
kitab, kita perlu memiliki seorang pemantau, atau dalam bahasa modennya
‘murabbi’. Maka , akan adalah orang yang akan mengingatkan kita dalam melangkah
dalam kehidupan ini, sebelum kita mampu untuk memiliki ‘lesen full/kompeten’
dan berdikari sendiri.
Tetapi perlu diingat, murabbi
sebenar amat payah dicari pada zaman, bak kata Ustaz Zainul Asri. Jadi, sebagai
‘backup plan’, kita perlulah memiliki sahabat, yang bukan sekadar kawan.
Peringatan itu berfaedah
Dan tetap tekunlah engkau memberi
peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada
orang-orang yang beriman.
Az-zariat[56 ]
Apabila kita sedang ‘cuba’ untuk
praktikal, dan jika kita ‘tersalah’ . maka akan ada sahabat-sahabat kita untuk
mengingatkan kita tentang teori yang kita sedang praktikkan itu. Dan begitulah
sebaliknya, dan kepada semua sahabat-sahabat kita. Maka dengan itu, InsyaAllah
kita tidak akan tergolang dalam golongan yang hanya pandai bercakap saja.
Cubalah terus mencuba
Jangan takut menyampaikan ilmu,
kerana tidak melakukannya, kerana kita perlu cuba untuk melakukanya. Tetapi
takutlah untuk menyampaikan ilmu, jika ilmu itu sesat dan salah.
Cari Imu,cari murabbi, cari sahabat
dan terjunlah ke medan praktikal ini.
Jom!
“Ilmu tanpa amal, ibarat kereta Ferrari tanpa stereng”
ReplyDeleteTeruja dengan pepatah baru....