Pages

Lagu


Showing posts with label Kisah teladan... Show all posts
Showing posts with label Kisah teladan... Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Surat Umar Untuk Sungai Nil..




Semasa pemerintahan Umar al-Khattab, empayar Islam telah berkembang pesat bukan setakat Semenanjung Arab. Wilayah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.


Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As sebagai Gabenor Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, dan penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka. Oleh kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.


Semasa Amru al-As menjadi Gabenor Mesir, satu peristiwa ganjil dan aneh berlaku. Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat kelihatan mulai surut dan tidak melimpah-limpah seperti biasa. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.


Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.


Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam, masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini adalah khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Dia ingin bertanya kepada Umar dan meminta penduduk menagguhkan permintaan itu kerana dia mahu memuaskan hati penduduk Mesir.


Amru menulis sepucuk surat kepada Umar dan menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya. Dia berharap agar Umar dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat. Apabila Umar menerima surat tersebut, air mukanya berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir.


“Adat ini terang sekali syirik hukumnya, sudah jelas ia bertentangan dengan ajaran agama kita. Bukankah Allah yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini,” katanya dengan marah.


Setelah itu, Umar mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Amru. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, manakala penduduk bertambah gelisah dan cemas.



Amru sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya kepada sungai Nil. Setelah membacanya, Amru terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah, setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekelip mata air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang aneh ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.


Surat Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya “Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepada-Nyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala.”


MashaAllah.




Thursday, November 25, 2010

Hanya kerana sebiji kurma.









Assalamu’alaikum….sy ada terdengar dan terbaca kisah yg menarik ini ,seorang pemuda bernama Ibrahim bin Adham(seorang ulama’ yg alim dan zuhud).Kisah ini cukup ringkas tetapi sangat2 bermakna kepada seluruh manusia yg menumpang bertapak di atas muka bumi Allah.Jom baca….

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan,dia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua dekat Masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.


Setelah itu dia berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah di sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Dia solat dan berdoa dengan khusyuk. Tiba- tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu.

“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di masjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi..


Ibrahim bin adham terkejut sangat, dia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.


“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Dia terus untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.


Setelah sampai di Makkah,dia menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak dapat bertemu pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?” tanya Ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

“Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita,
“Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mewakilikan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”
“Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.”


Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.


4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.” “O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas.”


Masyaallah,banyak pengajaran yg kita peroleh melalui kisah ini.Selama kita hidup,apakah HAK milik kita sebenarnya.??Sama-sama kita perbaiki diri tingkatkan ibadah dan ketakwaan pada Allah.Terima kasih Wallahu’alam..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails