10
jawapan yang baik daripada ulama' yang baik
Bilamana
sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad
radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :
Tak
selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah
diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan
mereka-mereka ini.
Semua
yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini.
Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk
duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis
terus mengajukan soalan :
Soalan
Pertama
"Pada
zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"
Al-Imam
Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :
Allah taala tidaklah sesuatu yang
dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak
melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.
Soalan
Kedua
“
Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Al-Imam
Abu Hanifah seraya menjawab :
Allah taala itu wujud sebelum adanya
zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta
wujud selepas makhluk ciptaanNya
Soalan
Ketiga
“
Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu
yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada
permulaannya?"
Al-Imam
Abu Hanifah menjawab :
Kamu pandai mengira?
Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan
ucapannya:
Bolehkah kamu beritahu aku apakah
nombor sebelum nombor Empat (4)?
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum
3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor
sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor
sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu
memberikan penerangan :
Nah, kamu sendiri mengakui bahawa
nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah
ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta
kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga
kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam
Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda
ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun
telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Soalan
Keempat
“Tahniah
anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam
keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian
manakah Tuhan kamu mengadap?”
Al-Imam
Abu Hanifah :
Jika aku bawa sebuah pelita yang
dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada
api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu
tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itu
pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan
pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua
hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak
kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan
Kelima
“Bolehkah
kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras
seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis
seperti debu dan asap?"
Al-Imam
sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya
perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang
ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh
Sang Anak Muda.
Al-Imam
Abu Hanifah menjawab :
“Kamu semua tentu pernah duduk
disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana
orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana
mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia
mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus
jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi
sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan
jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda?
Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini
kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum
mendengar jawapan mereka lalu berkata:
Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya
telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku
sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi,
atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang
berterbangan?
Tertunduk
kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah
tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Mereka menjawab dengan keadaan penuh
malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”
Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan
bicaranya:
Jika makhluknya seperti ruh itu pun
kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin
menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam
ini?
Soalan
Keenam
“
Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Al-Imam
Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu
sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?
Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut
berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat
menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini
kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam
Abu Hanifah seraya berkata :
“ Kamu sendiri lemah di dalam
memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam
susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan
bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku
pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”
Soalan
Ketujuh
“
Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu
selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada
di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan
akan selama-lamanya di dalam syurga)??”
Al-Imam
Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara
tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan?
Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam
senarai nombor?
Terkelu
kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada
kesudahannya.
Al-Imam
tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan
jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya :
Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk
menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di
hadapan mata kepala kamu
Soalan
Kelapan
“
Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut
Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum?
Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”
Al-Imam
Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab :
Aku dan kamu sebelumnya pernah
berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam
perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah
kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan
di dalamnya?
Sekali
lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda
ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan
malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh
berhikmah.
Baghdad
kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali
malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah
hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang
seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam
Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya
dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah
wafat. Al-Fatihah.
Soalan
Kesembilan
Ada
juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh
kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah
terlampau malu ialah berkenaan :
“Jika
kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka
al-Imam menjawab dengan tenang.
Sebelum aku memberikan jawapan
kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada
tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan
bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies
itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar
tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.Bilamana
al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah
yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang
meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang
Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Kagum
saya bilamana membaca kisah-kisah para ulama terdahulu. Kehebatan dan kesolehan
mereka sukar ditandingi.
Ya,
mereka punya banyak kelebihan yang sukar digapai. Sekurang-kurangnya saya juga
punya kelebihan. Kelebihan saya ialah menceritakan kelebihan orang lain. Walau
diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Soalan
Kesepuluh...
Cari sendiri, mak saya kata usaha tangga kejayaan.
sesungguhnya sungguh hebat manusia yg berfikir akan-Nya..
ReplyDeleteorg yg mati fkirannyer adlh org yg x memikir akan Nya....