Rasullah
SAW jika keluar untuk berperang,beliau keluar bersama serombongan besar para
sahabatnya:suatu ketika,sampai ditengah jalan,pasukan terbelah menjadi dua
kelompok.Kelompok orang-orang munafik pergi meninggalkan kaum muslimin di medan
perang menghadapi musuh-musuhnya.
Pada
perang Hunain, Abu Bakar RA memandang kepada rombongan pasukan muslimin yg
sedemikian besar,hingga ia takjub dan berkata. "kita tidak akan kalah
hari ini kerana ramainya".
Ketika
perang berkecamuk dan suasana begitu genting,serombongan pasukan tadi bersama
Rasullullah SAW lari mengejar ghanimah(mereka adlh orang2 dari masyarakat
Makkah dan beberapa msyrakat kampung).Kerana itu,pasukan muslimin kucar-kacir
dan hampir saja menderita kekalahan.
Pada
saat yg demikian,dan pasukan musuh hampi2 mengepung kaum muslimin,Rasullullah
menyeru orang2 Ansar.Mereka seketika menjawab, "Labbaik wahai
Rasullullah,kami sentiasa bersamamu".
Serentak
RAsullullah dan para sahabat pilihannya terjun ke medan dengan jiwa
kepahlawanan yg luar biasa hingga Allah menganugerahi baginda dan kaum Muslimin
kemenangan.
Ketika
Baginda duduk untuk membahagi2kan ghanimah,beliau tidak memberi sedikit pun
kepada orang2 Ansar,namun justeru membahagi2kan ghanimah kpd pasukan yg pada
awal pertempuran tadi telah lari mengejar ghanimah.
Demikianlah,memang
ada orang yg lebih dikendalikan oleh perutnya daripada otaknya.Salah satu yg
diungkapkan Rasullullah: "Tidakkah kalian redha wahai sekalian
Ansar,jika orang2 kembali bersama RAsullullah ke kampung halaman kalian?
Demi
zat yg jiwa Muhammad ada di tanganNYA,kalau bukan kerana hijrah,nescaya aku
adalah seorang Ansar.Jika orang2 berjalan melalui suatu jalan dan orang2 Ansar
berjalan melalui jalan yg lain,nescaya aku berjalan bersama orang Ansar.Ya
Allah,rahmatilah orang Ansar,putera Ansar dan anak2 cucu Ansar."
Dengan
tiba2 menangislah orang2 Ansar sambil berkata, "kami redha dgn
Rasullullah sebagai pembahagian."
..Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment