• Solat yang paling afdhol selepas solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit yang dapat melakukannya.
Hadith :Jibril a.s. telah datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepada
baginda:
"Wahai Muhammad hiduplah selama mana yang engkau suka namun engkau
akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah
meninggalkannya dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat
balasannya. Dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."
•
Nabi s.a.w :"2 rakaa't solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya,
kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku
fardhukan ia".
•
Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.
•
Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
•
Dengannya dapat memadamkan dosa-dosa.
•
Dapat menyihatkan badan
•
Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian
memanggil:
"Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku
ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada
yang meminta
petunjuk?maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka
ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan
dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."
•
Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian
taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud.
•
Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t
•
Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa. • Juga ia
merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya
pintu Raja segala raja yang sedang terbuka.
Jom
sama-sama berusaha untuk beramal dan istiqamah.
Moga-moga
No comments:
Post a Comment