`Amir
bin Said dari bapanya berkata bahwa:
"Satu hari Rasulullah sollallahu
`alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah
sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk
ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat
bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.”
Kemudian
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada
Allah subhanahu wa ta`ala.
Setelah
selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling
kepada kami lalu bersabda yang bermaksud:
"Aku
telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga
perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.”
1.
Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.
2.
Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan
oleh Allah subhanahu wa ta`ala.
3.
Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).
Apa
yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu
sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir tepuk tangan
dari belakang, apakah cantik kita melihatnya?
Sejauh
mana ukhuwwah sesama saudara Islam kita bina dengan erat?Memang tidak dinafikan
penangan syaitan dan nafsu sungguh kuat untuk mengalahkan keimanan,ketakwaan
diri hamba-hamba yg berjiwa kental.
Sabda
NAbi: “Islam bermula dengan asingnya dan akan kembali secara asingnya(tidak
dikenali),maka beruntunglah bagi golongan asing itu”..
Terima
kasih sudi membaca. Secebis perkongsian,semoga melimpah manfaat.
No comments:
Post a Comment