Assalamu’alaikum...
di sini saya bawakan satu artikel
tentang perkara2 atau ibadah2 yg menjadi keutamaan segenap Muslim yang perlu
dilakukan. Seringkali kekhilafan dalam amal ibadah ini menjadi tunjang
kejatuhan atau kemerosotan diri sendiri dan umat Muslimin amnya. Saya
harap,artikel ini sedikit sebanyak memberi iput yg mendalam pada diri kita
sebagai manusia yang mengucap dua kalimah syahadah.
Antara tindakan dan sikap salah yg
banyak dilakukan kaum Muslimin adalah utamakn perkara2 Sunnah,samada dlm
masalah solat, puasa dan haji ke atas perkara wajib dan fardhu.Contohnya,ada
dlm kalangan mereka yang solat malam(tahajjud),kemudian pergi bekerja di pagi
hari dgn tenaga dan semangat yg kurang kerana keletihan,sehingga tak dapat
melakukan tugas2 di tempat kerjanya dgn sempurna. Apabila org2 yg bersikap
seperti ini memahami dan menyedari bahawa melakukan tuntutan agama,seperti
sabda Nabi SAW:
"sesungguhnya Allah Ta'ala
telah mewajibkan kesempurnaan dalam segala sesuatu."
Dan sesiapa yg melengah2kan dan
tidak melakukan tugas2nya dengan sempurna adalah khianat serta termasuk ke
dlm kategori memakan harta org lain dgn cara batal,iaitu gaji dan upah yg
diterimanya setiap bulan dan jikalau ditinggalkannya solat malam
tersebut,kerana ianya hanyalah perkara Sunnah,nescaya Allah dan RasulNYA tidak
akan mewajibkan(solat tersebut) ke atas dirinya.
Juga,orang yg berpuasa sunnah Isnin
dan Khamis,kemudian puasa tersebut menyebabkan dirinya kepayahan dan
keletihan,khususnya pd musim panas,kemudian dia pergi ke tempat kerjanya dalam
keadaan tiada bermaya dan lemah,sehingga boleh sebabkan terabaikan
tanggunggjawabnya utk memelihara kepentingan org ramai. Puasa tersebut adalah
sunnah,sedangkan memelihara kepentingan orang ramai adlah prkara wajib.
Rasullullah telah melarang seorang isteri berpuasa sunnah,walhal suaminya
berada di rumah,melainkan atas izinnya.Mengapa?Kerana hak suami ke atas dirinya
adalah lebih penting dan utama drpd puasa sunnah.
Sebenarnya,banyak lagi ibadah2 yg
kita lakukan kadang kala kita seperti mengabaikan yg fardu atau wajib kerana
lebih mengutamakn amalan sunnah. Seandainya kita memahami Fiqh Awlawiyat dan
menyedari tuntutan agamanya,nescaya mereka akan lebih mengutamakan usaha2 bagi
menyelamtkan saudara2nya daripada kelaparan,kebuluran,pembunuhan dan pengusiran
daripada menunaikan haji dan umrah sunnah. Apabila kita faham,pasti kita akan
merasakan byk kepuasan hati krn dapat menolong dan menyelamatkan saudara2 Islam
drpd kesusahan dan penyeksaaan kerana ini lebih besar dan mendalam drpd
melakukan ibadah sunnah tadi. Hal ini kerana mungkin timbul perasaan riyak dan
menunujuk2 tanpa disedari melalui ibadah sunnah.
PANDANGAN BERNAS IMAM al-RAGHIB
al-ASFAHANI
"ketahuilah,bahawa ibadah itu
lebih luas pengertiannya daripada sekadar amalan sunnah.Setiap amalan sunnah
adalah ibadah,namun bukan setiap ibadah adalah sunnah.Perbezaan antara keduanya
ialah:dalam ibadah ada perkara2 fardhu yg sudah jelas batas2nya,dan sesiapa yg
meninggalkannya,bermakna telah melampau dan melakukan kezaliman(ke atas
dirinya),sedangkan perkara2 sunnah tidaklah demikian"
"seseorang
Muslim tidak akan dpt sempurnakan amalan2 sunnah,melainkan apabila ia
telah-terlebih dahulu menempurnakan amalan2 fardhu kerana memelihara dan
menumpukan kepada ibadah2 fardhu adalah prkara paling utama,sedangkan ibadah2
sunnah termasuk perkara2 tambahan.Ibadah sunnah tidak akan diterima,apabila
ibadah fardhu disia-siakan.Sesiapa yang meremahkan perkara asas,maka tidak akan
sampai kepada tujuan"
"Sesiapa
yg sibuk melakukan amalan2 fardhu sehingga luput drpadanya amalan2 sunnah,maka
orang tersebut berada dalam keuzuran(boleh dimaafkan),namun sesiapa yang sibuk
dengan amalan sunnah,sehingga melupakan amalan fardhu,maka orang tersebut telah
terpedaya(hawa nafsu).Allah Ta'ala telah mengsyaria'tkan utk berbuat
adil(melakukan amalan fardhu) sebelum berbuat ihsan(melakukan amalan
sunnah)"
Firman,surah Al-NAHL,90:
"sesungguhnya Allah menyuruh
kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan...."
Para ulamak telah bersatu
berpendapat bahawa amalan2 sunnah tidak akan diterima Allah sehingga amalan2
wajib dan fardhu dilaksanakan terlebih dahulu.Wallahu'alam.
Sekian daripada saya. “Kalamku
Zikir,Diamku Fikir”..
No comments:
Post a Comment