Assalamua'laikum..
dipanjangkan usia utk menghirup
ruangan udara dari Yang Maha Esa,alhamdulillah..Pada sabtu lepas ana dan
beberapa sahabat ana sempat menghadiri ke majlis akad nikah kakak kepada
sahabat ana di Dungun,Terengganu.
Perjalanan yang memakan masa
kira-kira 5 jam dari Kota Bharu cukup menguji kesabaran kami. Dengan semangat
jitu supaya dapat menyaksikan prosedur sempurna majlis akad nikah tersebut.
kami bukan pengantin ye.. |
"Daripada Abu Hurairah RA
berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin
dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya
tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supayaperkahwinan
kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
''Wanita-wanita yang keji untuk
lelaki yang keji.Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji(pula) dan
wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yangbaik,dan lelaki yang baik
diperuntukkan bagi wanita yang baik(pula)."-surah AnNuur,26..
Gembira dan sebak melihat
kelangsungan majlis tersebut.Rasa bersyukur kerana kedua-duanya pasangan
tersebut sudah terlepas dari segala fitnah diri sendiri terutamanya dalam
kemaksiatan.
Dengan apa yang patut kita balas
nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang
bercinta,cukuplah asalkan dikenang atau diingati orang yang dicintai.Begitu
juga dengan Allah,ingatlah Dia ke mana pun kita berada.Ingat Allah bukan
semestinya di tikar sembahyang saja.Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama
Allah agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah.
Agama-agama wahyu memperakui bahawa
perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s dan Hawwa'
yang berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah swt kepada mereka berdua. Ini adalah sistem
perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia/pejuang2 Islam untuk
memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu.
Terima kasih,selamat membaca coretan
ringkas yang tak seberapa ini.. Huhu
No comments:
Post a Comment