Beliau adalah angkasawan negara.
Nama:Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Shukor,doktor bedah ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke
angkasa lepas selepas diumum oleh Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi.Berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007..
apa yang saya kagumnya ialah dia
orang Islam pertama yang berpuasa Ramadhan dan sambut raya Aidilfitri di
angkasa lepas..benarkah.??
Cukup bertuah mendapat pengalaman
seperti itu,bukan senang nak alami kehidupan mencabar sebegitu. Ilmu dan kajian
yang beliau dapat di atas sana cukup bermanfaat.
Namun,peristiwa Israk Mikraj Nabi
pada kurun lama dahulu cukup hebat dan lagi hebat sehingga dikenang dan
diperingati peristiwa itu..
Roket Nabi lagi hebat,Ibadah Nabi di
sana lagi hebat. Lagi2 yang hebatnya tak perlu 'menginap' sana,terus pulang ke
bumi.
Syariat @ Ilmu yg Nabi dapat lagi
bermanfaat dimana seluruh manusia mengamalkannya sehingga hari ini iaitu Solat
Fardhu 5 kali seharian...Masyaallah..Sedarkah kita.?Jika di amati balik,cukup
indah aturan Allah ini.Maha Bijaksana dan Adil. Kerdilnya kita ni. Tetapi masih
ada yang bongkak..ALLAHUAKBAR..!!
Emm,sebenarnya apa kaitan saya nk
cerita tentang Sheikh ni,hehe..sebenarnya ada kaitan dengan tarikh keramat Hari
Lahir sy pada 24Oktober(16 Zulkaedah 1431H)..kenapa yer..?
Bukan apa,pada hari tersebut ketika
duduk menjamu selera bersama keluarga,tiba-tiba mak saya berbisik dengan ayah saya
sambil melihat ke arah saya..
Sy buat2 la tak dengar tapi curi2
dengar jugak,then mak saya pun bersuara sambil senyum berkata': "hari
ini birthday muszaphar"..
haha..saya pun terkejut la,mana
mungkin sama dengan saya.
"betul ke ma..?"..
"kamu la muszaphar".
huhu,terkedu sy dengar,mak
menyamakan saya dengan beliau.
"kenapa(dlm loghat
ganu)..?".
"muka kan sama,lebih kurang
jer.",kata mak
sy.
Tersipu2 jugak la sy
dibuatnya(sambil cover)..haha..
Jadi,tu la kisahnya knpe sy nk
cerita tentang sheikh ni..bertepat pada tarikh 24oktober..tiada yg specialnya
cuma sedikit perkongsian sahabat2 jer..Huh,nasib baik mak xcakap muka sy sama
dengan Rasulullah..ha,x aman la hidup sy..Mana mungkin kan..??
ada sama ka? hehe. mak kata sama |
Apa2 pun,sebenarnya kata-kata dari
ibubapa cukup bermakna,mana tahu itu yang terakhir.Allahu'alam..Entah2 mana
tahu sy akan 'terbang' angkasa plak..hehe..
Walaubagaimanapun,tetapkan
Rasulullah sebagai tauladan dalam kehidupan seharian.
"Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (aitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah."-al-Ahzab,33.
Allah didahulukan,Keredhaan
diutamakan. Terima kasih.
salam...em, hepi befday belated...smga perjalanan hidup sentiasa dredhai Allah...Insya Allah.
ReplyDelete