Diriwayatkan dari Abu
Hurairah,berkata, “Rasulullah bersabda:
‘Di antara tanda-tanda kiamat adalah
tersebarnya kekikiran atau kesombongan/kebanggaan.’
Diriwayatkan dari beliau pula,dari
Nabi,beliau bersabda:
“Zaman saling berdekatan,amal
berkurang dan kekikiran dilemparkan(dalam hati).”
Diriwayatkan dari Mu’awiyah,dia
berkata:
“Aku mendengar Rasulullah bersabda:
“Segala urusan tidak akan bertambah kecuali semakin sulit,dan manusia tidak
akan bertambah kecuali semakin kikir.”
Kikir adalah akhlak tercela yang
dilarang oleh Islam.islam menjelaskan bahawa sesiapa saja yang dijaga dari
kekikiran jiwanya,maka sungguh ia telah berjaya dan beruntung,sebagaimana difirmankan
oleh Allah:
“…dan siapa yang dipelihara dari
kekikiran dirinya,mereka itulah orang-orang yang beruntung.”-Al-Hasyr,9 dan
At-Taghabuun,16.
Diriwayatkan dari Jabir bin
‘Abdillah,bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Jagalah diri kalian dari kezaliman,kerana
kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat,dan jagalah diri kalian dari
kekikiran,kerana kekikiran telah menghancurkan orang-orang sebelum
kalian,kekikiran itulah yang telah mendorong mereka untuk saling menumpahkan
darah dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan bagi mereka.”
Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “mungkin
saja kehancuran di sini adalah kehancuran yang dikhabarkan tentang mereka di
dunia,kerana mereka saling menumpahkan darah,mungkin pula bermakna kehancuran
di akhirat,yang kedua lebih jelas,boleh juga maknanya adalah menghancurkan
mereka di dunia dan di akhirat.”
Keterangan ini jelas menunjukkan
betapa kerana satu sifat ini,kezaliman,pergaduhan dan perpecahan umat manusia
berlaku di mana-mana sahaja sehingga media sudah lali dengan berita-berita tentang
kes ini.Sebagai muhasabah bersama,sama-sama hilangkan sifat sebegini kerana
sifat ini hanya terletak di hati.Hati sukar untuk dibersihkan dan disucikan
melainkan dengan pengamalan-pengamalan ruhiyyah yang merupakan makanan asas
bagi hati.
Jom sama-sama beramal. Jangan
sombong deh.
Peace..
No comments:
Post a Comment