Assalamu’alaikum wbt.. salam dan
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan seluruh ahli baginda. Alhamdulillah
pada 16-18hb Disember 2010 yang lepas,ana dan para sahabat seusia(satu batch)
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya NilamPuri,sama2 meluangkan masa
bersama bagi mengikuti satu program ilmiah di Sweet beach Resort,Tok
Bali,Kelantan.
Program yg lebih berbentuk santai2
namun penuh dengan pengisian dan slot yg bermanfaat bagi kami semua.Program ini
dinamakan KAMI ‘10(Kesatuan Amal Mahasiswa Islam) yg bertemakan ‘Mahasiswa
Islam Ikon Islam’. Ia lebih merujuk kpd peranan diri kita sebagai orang muslim
dan memenuhi title mahasiswa.
Alhamdulillah,program ini anjuran
MPPJTK 10/11 bertujuan utk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami
di samping membuka minda,berfikiran jauh tentang peranan kita sebagai mahasiswa
yg beragama Islam.
Selain itu,kami juga didedahkan tentang kehidupan,suasana
kolej,persatuan dan juga pembelajaran akademik di Universiti Malaya Kuala
Lumpur bagi member kami utk lebih bersiap sedia dari segala aspek termasuk
thaqafah,ilmu,semangat,kesungguhan malah persediaan bagi menghadapi cabaran
suasana yg lebih mencabar di sana berbekalkan IMAN dan ISLAM.
Segala puji bagi Allah sekali
lagi,ana selaku Pengarah program ini bersyukur dengan ketentuan dan perancangan
Allah utk melancarkan dan member pengajran berguna kpd kami.Ana juga begitu
terharu dgn kesungguhan,komitmen,semangat sahabat2 lain sepanjang program ini
berlangsung.
Gelak ketawa dan kegembiraan sahabat2 spnjng program ini juga
menyentuh hati ana kerana ketika saat inilah ana baru merasa ikatan persaudaran
@ ukhuwwah yg betul2 hebat selama menuntut ilmu bersama.ALlahuakbar.!!
Apa-apa pun,hadaf @ motif yg ana
cuba capai, Alhamdulillah tercapai dengan izin Allah antara kami yg terlibat
dalam program ini. Riak-riak gembira di wajah sahabat2 ana membuatkan ana lebih
yakin bahawa pentingnya ukhuwwah terbina dengan semua orang tanpa mengira
pangkat,darjat, keturunan dan sebagainya.
Akhir kalam,moga ukhuwwah terbina
akan terus diikat kemas2 supaya ikatan ini akan sentiasa ‘digunakan’ bagi
memartabatkan keunggulan agama Allah(ISLAM)..
“Dan dikatakan kepada orang-orang
yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka
menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang-orang yang
berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya
kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang
bertakwa”-an-nahl(30)
semoga ukhuwah antra antum smakin mantap.amin
ReplyDelete