Assalamu’alaikum
wbt..saudara-saudara dan sahabat2 sekalian,Alhamdulillah kita masih dikurniakan
pelbagai nikmat dalam kehidupan ini sehingga hari ini.Paparan blog saya kali
ini, ingin berkongsi satu pengalaman manis dalam kepahitan yang saya alami pada
tarikh 26 Disember 2010 pada jam sekitar 3.00-6.00 pagi.
Pada
waktu tersebutlah, saya dan beberapa sahabat mengalami satu kemalangan jalanraya di jalan
Tok Lawit,Kuala Ping,Kuala Berang,Terengganu. Pengalaman manis??ya,kerana
sepanjang kejadian itu,pelbagai hikmah yang saya peroleh dan Allah tunjukkan
pada kami. Dan pengiktibaran ini juga ditujukan kepada semua hambaNya. Sebelum
kejadian,kami berlima menaiki kereta menuju ke Kuala Berang dari tempat
pengajian di Kota Bharu. Kami bertolak pada jam kira-kira 2.00 pagi dari sana
menuju ke rumah saya di Terengganu.
Pemanduan
kereta yang berhikmah daripada sahabat diuji seketika apabila tiba di selekoh
dan kelihatan sebuah lori treler panjang dari arah bertentangan seperti
memasuki ‘line’ tengah jalan di selekoh tersebut. Saya yang berkeadaan mamai
ketika itu lantas terkejut setelah mendengar jeritan suara. Sebaik tercelik
mata,saya dapati lori tersebut berada depan kereta kami. Kereta kami kemudian
cuba mengelak dan membelok ke arah kiri bahu jalan. Namun,kereta tidak dapat dikawal
dengan baik sehingga hampir memasuki ke dalam semak. Dengan itu,,kereta terus
membelok ke arah kanan sebelum berpusing beberapa kali dan terus terbalik.
Ketika
itu Alhamdulillah semua penumpang sedar dan beberapa hentakan kecil berlaku. Cermin
depan kenderaan kami. Kepala saya ketika itu tersembam,terhentak dan rasa sakit
pada tulang pipi sebaik dalam keadaan stabil. Kalimah zikrullah sentiasa dibaca
dalam hati ini melihatkan keadaan kereta dan sahabat saya yang masih
terperangkap dalam kereta tersebut .Alhamdulillah,semua penumpang dalam keadaan
selamat dan hanya mengalami kecederan ringan.Ya,semuanya dari Allah.Ini
tarbiyah dariMu.
Saya
yang masih dalam keadaan trauma,terpaku melihat keadaan kereta itu yang
terbalik hanya sekelip mata sahaja.Ini adalah pengalaman pertama saya mengalami
kemalangan seperti ini. Namun,disebalik itu,pelbagai hikmah yg saya perolehi.
Saya cukup kagum dengan ketabahan,kesabaran,ketenangan,keterbukaan hati
sahabat2 saya yg lain sepanjang kejadian itu. ‘Orang beriman senantiasa akan
diuji oleh Allah”.. Ini antara kata-kata yang terbit dalam kalangan mereka.
Sungguh terpegun.
Saya
tiba di rumah kira2 jam 5.00 pagi menaiki kereta jiran saya. Saya
terfikir2,adakah ini satu ujian,balasan atau bala’ menimpa ke atas kami. Allah,namun
apa yg berlaku semuanya dari Allah dan semuanya yg dtg dari Allah adlah
sentiasa baik.
“Apa
saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang
menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul
kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.”-anNisa’,79.
Sepanjang
kejadian ini,saya cuba untuk menjadi insan yg lebih berfikiran positif,terbuka
hati dan yg penting sentiasa set kan pada diri bahawa setiap perkara yg berlaku
semuanya Allah telah aturkan. Dan yg paling penting,ingatlah Allah sentiasa
melihat,mengawal tingkah laku kita dan senantiasa bersama hambaNya.
“Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu
(masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu
menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu
telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat
petunjuk.”-Ali ‘Imran,103.
Ini
antara beberapa foto yg berjaya saya tampilkan:
subhanallah allahuakbar...
ReplyDeletehebat sungguh tarbiyah Allah...
subhanallah..tarbiyah ALLAH di mana2
ReplyDeletesemoga kta smua dpt mngambil ibrah trhdap apa yg brlaku..akh,,"Allah tdak mmbebani ssorng mlainkn ssuai dgn ksanggupnnya..dia mndapt phala dr kebajikn yg dkerjaknnya dan dia mndapt siksa dr kjahtan yg dperbuatnya"(AL-Baqarah:286)
syukran..Ya,kita perlu meyakini perkara itu..Alhamdulillah,satu peringatan yg terbaik dari Allah.
ReplyDeleteالله أكبر.. teguran straight dari "PENCIPTA KITA" untuk insan2 terpilih dan untuk kita smua amatlah terkesan dan bermkna hanya BG mereka2 yg benar2 "BERFIKIR"....
ReplyDeleteakh shrir,syukran atas perkongsian..
Ya,menjadi golongan ulul albab(yg berakal)..sentiasa brfikir..ana masih belajar semua ni dlm menempuhinya hari demi hari..
ReplyDelete"wamayatazakkaru illa ululalbab"...(tidak akan ada yang mengambil pengajaran kecuali org2 yg berfikir) seram ana mendengarnya.. Semoga ana sama2 mengmbil ibrah..
ReplyDeletesila update blog~~~ persinggahan sementara dari kejauhan..
ReplyDelete