AssalaMu’alaikum
wbt..
dalam saya membelek2 laman buku ilmiah orang punye,satu artikel menarik
ini brjaya membuatkan saya tertarik utk terus baca dan menghayati iaitu
‘Penawar Penat Rasulullah”..Masyaallah..sila baca.
Pada
suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib tentang kesakitan
pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
“Bapamu
telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah
seorang hamba untuk membantu mu,”
kata Ali.
Lalu
Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang
hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w.
pergi menemui puterinya serta menantu itu.
“Apa
kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu
minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah
(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir
(Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang
khadam,” kata
Rasulullah.
Ini
merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali
terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak
pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Alhamdulillah,sangat
berbeza penawar zaman dulu dan zaman kita sekarang kan.Secara kesimpulannya,penawar
dalam berbentuk rohani lebih baik kesannya daripada penawar brbentuk fizikal
contohnya tidur,lepak dan sebagainya..Wallahu’alam.
Mudah kan..
mudah caranya...Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad...
ReplyDelete