Assalamu’alaikum
wbt.. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. pertama
sekali,selamat menempuh dan beramal di tahun baru Masihi 2011 untuk semua
kenalan2 ku sejak di bangku sekolah rendah, menengah, plkn,university, adik2, abg2,
akak2, shbt2 seusia dan seterusnya.
Dengan ucapan tulus ikhlas,sama2 kita
bermuhasabah.kita hitung@hisab balik amalan kita sebelum2 ini sama ada ibadah
khusus atau am.Dan sama2 pertingkatkan diri kita dengan amalan2 yg mendekatkan
diri kepada Pencipta kita,AllahuRabbuna.Ungkapan azam ‘jadikan hari ini
lebih baik dari semalam’ adalah satu ungkapan yg seharusnya terbit di
benak hati kita seharian.Ya,itu azam saya sendiri.
Entry
blog saya kali ini yg pertama pd tahun baru 2011 ini nk kisahkan tentang ayah
kesayangan saya sendiri la. Jika Nabi Muhammad insan pertama di atas muka bumi
ini yg merupakan Qudwah terbaik, dikesempatan ini saya nak menceritakan tentang
Insan no1 dalam keluarga saya sendiri iaitu seorang yang bergelar ayah.
Semua
tahu,dalam ayat al-quran juga jelas satu pesanan kepada seluruh manusia agar
berbuat baik kepada ibubapa anda. Perintah ini cukup jelas dan sangat mudah
difahami. Namun,bak kata Ustaz Najah,kalau ada al-Quran pun, belum tentu baca, kalau
baca belum tentu hafal, kalau hafal, belum tentu faham, kalau faham, belum
tentu amal ,kalau amal,belum tentu jadi, kalau jadi belum tentu Istiqamah, kalau
istiqamah belum tentu capai keredhaanNya. Ha,ini sedikit celoteh saya
la,nampaknya cukup sukar nk capai peringkat tertinggi tu.Allah Akbar..!!
“Sembahlah
Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat
baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu
sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong dan membangga-banggakan diri,”-an-Nisa’,36.
Ayat
ni antara pesanan utk berbuat baik kepada ibubapa. Jadi untuk tahun baru 2011
ini,satu pesanan bersama diri ini dan sahabat sekalian,berbuat baiklah kepada
ibubapa(jika masih wujud). Jika sudah tiada,kaum kerabat.
Tanggal
31 Disember 2010 lepas, kami anak2 sempat meraikan sambutan ulangtahun ayah yg
ke-47 dirumah.Dalam suasana hujan lebat,satu kemeriahan yg xdisangka2 telah
kami lakukan utk meraikan sambutan kelahiran ayah kami(Mohd Suhaimi Mohd Noor)
tanpa pengetahuan beliau..HEHE,,
Alhamdulillah,saya rasa bertuah dan
bersyukur sangat2 kerana mempunyai seorang ayah yg begitu ambil berat khususnya
kpd kami anak2,berkorban wang,harta benda,masa,tenaga dll. Namun,itu adalah di
depan mata kami. Tanpa pengetahuan kami??Allah sahaja yg tahu,mungkin lebih
besar JASA beliau kepada kami sebenarnya..ALLAH.!!
Serba
sedikit tentang beliau.Dilahirkan di Kg Manir,Kuala Terengganu pada 31 Disember
1963.Anak ke-3 drpd 4 adik beradik,berkahwin dengan seorang Muslimah bernama
Nor Salwa bnti Abd Aziz(mak) pd tahun 1989.Dan ini beberapa foto sepanjang
meraikan sambutan kelahiran beliau dalam suasana yang bersederhana.Selamat
menjenguk dan ambillah segala yang postif drpd penulisan sy ini.
Ayuh,tingkatkan
amalan diri ini Taqarrub kepada Allah..Hidup Mulia atau Mati
Syahid.!Wallahu’alam.
Assalamualaikum..wah,betul2 tampan wajah anak beranak ni..alhamdulillah.=)
ReplyDelete