Pages

Lagu


Tuesday, October 26, 2010

Aku & Angkasawan



Beliau adalah angkasawan negara.

Nama:Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor,doktor bedah ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas selepas diumum oleh Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.Berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007..
apa yang saya kagumnya ialah dia orang Islam pertama yang berpuasa Ramadhan dan sambut raya Aidilfitri di angkasa lepas..benarkah.??

Cukup bertuah mendapat pengalaman seperti itu,bukan senang nak alami kehidupan mencabar sebegitu. Ilmu dan kajian yang beliau dapat di atas sana cukup bermanfaat.
Namun,peristiwa Israk Mikraj Nabi pada kurun lama dahulu cukup hebat dan lagi hebat sehingga dikenang dan diperingati peristiwa itu..

Roket Nabi lagi hebat,Ibadah Nabi di sana lagi hebat. Lagi2 yang hebatnya tak perlu 'menginap' sana,terus pulang ke bumi.

Syariat @ Ilmu yg Nabi dapat lagi bermanfaat dimana seluruh manusia mengamalkannya sehingga hari ini iaitu Solat Fardhu 5 kali seharian...Masyaallah..Sedarkah kita.?Jika di amati balik,cukup indah aturan Allah ini.Maha Bijaksana dan Adil. Kerdilnya kita ni. Tetapi masih ada yang bongkak..ALLAHUAKBAR..!!

Emm,sebenarnya apa kaitan saya nk cerita tentang Sheikh ni,hehe..sebenarnya ada kaitan dengan tarikh keramat Hari Lahir sy pada 24Oktober(16 Zulkaedah 1431H)..kenapa yer..?
Bukan apa,pada hari tersebut ketika duduk menjamu selera bersama keluarga,tiba-tiba mak saya berbisik dengan ayah saya sambil melihat ke arah saya..


Sy buat2 la tak dengar tapi curi2 dengar jugak,then mak saya pun bersuara sambil senyum berkata': "hari ini birthday muszaphar"..

haha..saya pun terkejut la,mana mungkin sama dengan saya.

"betul ke ma..?"..
"kamu la muszaphar".

huhu,terkedu sy dengar,mak menyamakan saya dengan beliau.

"kenapa(dlm loghat ganu)..?".
"muka kan sama,lebih kurang jer.",kata mak sy.

Tersipu2 jugak la sy dibuatnya(sambil cover)..haha..
Jadi,tu la kisahnya knpe sy nk cerita tentang sheikh ni..bertepat pada tarikh 24oktober..tiada yg specialnya cuma sedikit perkongsian sahabat2 jer..Huh,nasib baik mak xcakap muka sy sama dengan Rasulullah..ha,x aman la hidup sy..Mana mungkin kan..??

ada sama ka? hehe.
mak kata sama



Apa2 pun,sebenarnya kata-kata dari ibubapa cukup bermakna,mana tahu itu yang terakhir.Allahu'alam..Entah2 mana tahu sy akan 'terbang' angkasa plak..hehe..

Walaubagaimanapun,tetapkan Rasulullah sebagai tauladan dalam kehidupan seharian.


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (aitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."-al-Ahzab,33.

Allah didahulukan,Keredhaan diutamakan. Terima kasih.



Wednesday, October 20, 2010

Jangan Sombong noh..





Diriwayatkan dari Abu Hurairah,berkata, “Rasulullah bersabda:

‘Di antara tanda-tanda kiamat adalah tersebarnya kekikiran atau kesombongan/kebanggaan.’

Diriwayatkan dari beliau pula,dari Nabi,beliau bersabda:

“Zaman saling berdekatan,amal berkurang dan kekikiran dilemparkan(dalam hati).”

Diriwayatkan dari Mu’awiyah,dia berkata:

“Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Segala urusan tidak akan bertambah kecuali semakin sulit,dan manusia tidak akan bertambah kecuali semakin kikir.”


Kikir adalah akhlak tercela yang dilarang oleh Islam.islam menjelaskan bahawa sesiapa saja yang dijaga dari kekikiran jiwanya,maka sungguh ia telah berjaya dan beruntung,sebagaimana difirmankan oleh Allah:

“…dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya,mereka itulah orang-orang yang beruntung.”-Al-Hasyr,9 dan At-Taghabuun,16.


Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah,bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Jagalah diri kalian dari kezaliman,kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat,dan jagalah diri kalian dari kekikiran,kerana kekikiran telah menghancurkan orang-orang sebelum kalian,kekikiran itulah yang telah mendorong mereka untuk saling menumpahkan darah dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan bagi mereka.”


Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “mungkin saja kehancuran di sini adalah kehancuran yang dikhabarkan tentang mereka di dunia,kerana mereka saling menumpahkan darah,mungkin pula bermakna kehancuran di akhirat,yang kedua lebih jelas,boleh juga maknanya adalah menghancurkan mereka di dunia dan di akhirat.”


Keterangan ini jelas menunjukkan betapa kerana satu sifat ini,kezaliman,pergaduhan dan perpecahan umat manusia berlaku di mana-mana sahaja sehingga media sudah lali dengan berita-berita tentang kes ini.Sebagai muhasabah bersama,sama-sama hilangkan sifat sebegini kerana sifat ini hanya terletak di hati.Hati sukar untuk dibersihkan dan disucikan melainkan dengan pengamalan-pengamalan ruhiyyah yang merupakan makanan asas bagi hati.

Jom sama-sama beramal. Jangan sombong deh.
Peace..



Monday, October 11, 2010

Wuduk sebagai Teman Hidup.




Semua orang ingin cantik. Demi cantik,sekarang orang sanggup bergadai,asalkan nampak cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup lagi mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.


Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang,berpaling dan menjeling, yang penting cantik.



Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.

gambar hiasan




Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar kerana kesan daripada air wuduk,sesiapa berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya,maka lakukanlah."-HR Bukhari Muslim.


Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.




Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. 

Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.

Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. 

Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. 


Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.


Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. 

Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.


Wallahua’lam.jadikan wuduk sebagai teman yang sentiasa mengiringi kita.
Moga bermanfaat teman,sama-sama kita beramal.

Friday, October 8, 2010

Nikah jalan penyelesaian.



Assalamua'laikum..

dipanjangkan usia utk menghirup ruangan udara dari Yang Maha Esa,alhamdulillah..Pada sabtu lepas ana dan beberapa sahabat ana sempat menghadiri ke majlis akad nikah kakak kepada sahabat ana di Dungun,Terengganu.


Perjalanan yang memakan masa kira-kira 5 jam dari Kota Bharu cukup menguji kesabaran kami. Dengan semangat jitu supaya dapat menyaksikan prosedur sempurna majlis akad nikah tersebut.

kami bukan pengantin ye..



"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supayaperkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)


''Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji.Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji(pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yangbaik,dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik(pula)."-surah AnNuur,26..



Gembira dan sebak melihat kelangsungan majlis tersebut.Rasa bersyukur kerana kedua-duanya pasangan tersebut sudah terlepas dari segala fitnah diri sendiri terutamanya dalam kemaksiatan.



Dengan apa yang patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,cukuplah asalkan dikenang atau diingati orang yang dicintai.Begitu juga dengan Allah,ingatlah Dia ke mana pun kita berada.Ingat Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja.Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah.


Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s dan Hawwa' yang berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah swt  kepada mereka berdua. Ini adalah sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia/pejuang2 Islam untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu.

Terima kasih,selamat membaca coretan ringkas yang tak seberapa ini.. Huhu




Saturday, August 28, 2010

Tindakan salah:Mengutamakan Sunnah dan melalaikan Wajib.

Assalamu’alaikum...

di sini saya bawakan satu artikel tentang perkara2 atau ibadah2 yg menjadi keutamaan segenap Muslim yang perlu dilakukan. Seringkali kekhilafan dalam amal ibadah ini menjadi tunjang kejatuhan atau kemerosotan diri sendiri dan umat Muslimin amnya. Saya harap,artikel ini sedikit sebanyak memberi iput yg mendalam pada diri kita sebagai manusia yang mengucap dua kalimah syahadah.

Antara tindakan dan sikap salah yg banyak dilakukan kaum Muslimin adalah utamakn perkara2 Sunnah,samada dlm masalah solat, puasa dan haji ke atas perkara wajib dan fardhu.Contohnya,ada dlm kalangan mereka yang solat malam(tahajjud),kemudian pergi bekerja di pagi hari dgn tenaga dan semangat yg kurang kerana keletihan,sehingga tak dapat melakukan tugas2 di tempat kerjanya dgn sempurna. Apabila org2 yg bersikap seperti ini memahami dan menyedari bahawa melakukan tuntutan agama,seperti sabda  Nabi SAW:

"sesungguhnya Allah Ta'ala telah mewajibkan kesempurnaan dalam segala sesuatu."

Dan sesiapa yg melengah2kan dan tidak melakukan tugas2nya dengan sempurna adalah khianat serta termasuk ke dlm kategori memakan harta org lain dgn cara batal,iaitu gaji dan upah yg diterimanya setiap bulan dan jikalau ditinggalkannya solat malam tersebut,kerana ianya hanyalah perkara Sunnah,nescaya Allah dan RasulNYA tidak akan mewajibkan(solat tersebut) ke atas dirinya.


Juga,orang yg berpuasa sunnah Isnin dan Khamis,kemudian puasa tersebut menyebabkan dirinya kepayahan dan keletihan,khususnya pd musim panas,kemudian dia pergi ke tempat kerjanya dalam keadaan tiada bermaya dan lemah,sehingga boleh sebabkan terabaikan tanggunggjawabnya utk memelihara kepentingan org ramai. Puasa tersebut adalah sunnah,sedangkan memelihara kepentingan orang ramai adlah prkara wajib. Rasullullah telah melarang seorang isteri berpuasa sunnah,walhal suaminya berada di rumah,melainkan atas izinnya.Mengapa?Kerana hak suami ke atas dirinya adalah lebih penting dan utama drpd puasa sunnah.


Sebenarnya,banyak lagi ibadah2 yg kita lakukan kadang kala kita seperti mengabaikan yg fardu atau wajib kerana lebih mengutamakn amalan sunnah. Seandainya kita memahami Fiqh Awlawiyat dan menyedari tuntutan agamanya,nescaya mereka akan lebih mengutamakan usaha2 bagi menyelamtkan saudara2nya daripada kelaparan,kebuluran,pembunuhan dan pengusiran daripada menunaikan haji dan umrah sunnah. Apabila kita faham,pasti kita akan merasakan byk kepuasan hati krn dapat menolong dan menyelamatkan saudara2 Islam drpd kesusahan dan penyeksaaan kerana ini lebih besar dan mendalam drpd melakukan ibadah sunnah tadi. Hal ini kerana mungkin timbul perasaan riyak dan menunujuk2 tanpa disedari melalui ibadah sunnah.



PANDANGAN BERNAS IMAM al-RAGHIB al-ASFAHANI

"ketahuilah,bahawa ibadah itu lebih luas pengertiannya daripada sekadar amalan sunnah.Setiap amalan sunnah adalah ibadah,namun bukan setiap ibadah adalah sunnah.Perbezaan antara keduanya ialah:dalam ibadah ada perkara2 fardhu yg sudah jelas batas2nya,dan sesiapa yg meninggalkannya,bermakna telah melampau dan melakukan kezaliman(ke atas dirinya),sedangkan perkara2 sunnah tidaklah demikian" 


"seseorang Muslim tidak akan dpt sempurnakan amalan2 sunnah,melainkan apabila ia telah-terlebih dahulu menempurnakan amalan2 fardhu kerana memelihara dan menumpukan kepada ibadah2 fardhu adalah prkara paling utama,sedangkan ibadah2 sunnah termasuk perkara2 tambahan.Ibadah sunnah tidak akan diterima,apabila ibadah fardhu disia-siakan.Sesiapa yang meremahkan perkara asas,maka tidak akan sampai kepada tujuan"


"Sesiapa yg sibuk melakukan amalan2 fardhu sehingga luput drpadanya amalan2 sunnah,maka orang tersebut berada dalam keuzuran(boleh dimaafkan),namun sesiapa yang sibuk dengan amalan sunnah,sehingga melupakan amalan fardhu,maka orang tersebut telah terpedaya(hawa nafsu).Allah Ta'ala telah mengsyaria'tkan utk berbuat adil(melakukan amalan fardhu) sebelum berbuat ihsan(melakukan amalan sunnah)"

Firman,surah Al-NAHL,90:

"sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan...."


Para ulamak telah bersatu berpendapat bahawa amalan2 sunnah tidak akan diterima Allah sehingga amalan2 wajib dan fardhu dilaksanakan terlebih dahulu.Wallahu'alam.
Sekian daripada saya. “Kalamku Zikir,Diamku Fikir”..


Saturday, August 7, 2010

1 Doa dari 3 Doa Rasulullah.




`Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: 

"Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.”

Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud:

"Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.”

1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir tepuk tangan dari belakang, apakah cantik kita melihatnya? 
Sejauh mana ukhuwwah sesama saudara Islam kita bina dengan erat?Memang tidak dinafikan penangan syaitan dan nafsu sungguh kuat untuk mengalahkan keimanan,ketakwaan diri hamba-hamba yg berjiwa kental.

Sabda NAbi: “Islam bermula dengan asingnya dan akan kembali secara asingnya(tidak dikenali),maka beruntunglah bagi golongan asing itu”..

Terima kasih sudi membaca. Secebis perkongsian,semoga melimpah manfaat.


Friday, July 30, 2010

Ada di antara mereka yg setia dengan janjinya kepada ALLAH.



Rasullah SAW jika keluar untuk berperang,beliau keluar bersama serombongan besar para sahabatnya:suatu ketika,sampai ditengah jalan,pasukan terbelah menjadi dua kelompok.Kelompok orang-orang munafik pergi meninggalkan kaum muslimin di medan perang menghadapi musuh-musuhnya.

Pada perang Hunain, Abu Bakar RA memandang kepada rombongan pasukan muslimin yg sedemikian besar,hingga ia takjub dan berkata. "kita tidak akan kalah hari ini kerana ramainya".

Ketika perang berkecamuk dan suasana begitu genting,serombongan pasukan tadi bersama Rasullullah SAW lari mengejar ghanimah(mereka adlh orang2 dari masyarakat Makkah dan beberapa msyrakat kampung).Kerana itu,pasukan muslimin kucar-kacir dan hampir saja menderita kekalahan.


Pada saat yg demikian,dan pasukan musuh hampi2 mengepung kaum muslimin,Rasullullah menyeru orang2 Ansar.Mereka seketika menjawab, "Labbaik wahai Rasullullah,kami sentiasa bersamamu".

Serentak RAsullullah dan para sahabat pilihannya terjun ke medan dengan jiwa kepahlawanan yg luar biasa hingga Allah menganugerahi baginda dan kaum Muslimin kemenangan.

Ketika Baginda duduk untuk membahagi2kan ghanimah,beliau tidak memberi sedikit pun kepada orang2 Ansar,namun justeru membahagi2kan ghanimah kpd pasukan yg pada awal pertempuran tadi telah lari mengejar ghanimah.


Demikianlah,memang ada orang yg lebih dikendalikan oleh perutnya daripada otaknya.Salah satu yg diungkapkan Rasullullah: "Tidakkah kalian redha wahai sekalian Ansar,jika orang2 kembali bersama RAsullullah ke kampung halaman kalian?


Demi zat yg jiwa Muhammad ada di tanganNYA,kalau bukan kerana hijrah,nescaya aku adalah seorang Ansar.Jika orang2 berjalan melalui suatu jalan dan orang2 Ansar berjalan melalui jalan yg lain,nescaya aku berjalan bersama orang Ansar.Ya Allah,rahmatilah orang Ansar,putera Ansar dan anak2 cucu Ansar."

Dengan tiba2 menangislah orang2 Ansar sambil berkata, "kami redha dgn Rasullullah sebagai pembahagian."

..Wallahu'alam..


Wednesday, July 21, 2010

'Ucapan Salam hanya ditujukan kepada orang yang dikenali sahaja'


Di antara tanda-tanda kiamat adalah seseorang hanya mengucapkan salam kepada orang yg dikenalinya saja.Dijelaskan dalam sebuah hadith dari Ibnu Mas'ud,beliau berkata..Rasullullah bersabda:

"sesungguhnya diantara tanda2 kiamat adalah seseorang mengucapkan salam kepada yg lainnya,dia mengucapkan salam kepadanya hanya dengan sebab KENAL"(HR Ahmad)

Dalam riwayat lain:"sesungguhnya menjelang hari kiamat akan ada pengucapan salam kepada orang2 tertentu"(HR Ahmad)

Hal ini dapat kita saksikan sekarangBanyak orang mengucapkan salam hanya kepada orang yg dikenali sahaja.Tentu sahaja hal ini bertentangan dengan Sunnah.sedangkan Nabi menganjurkan untuk mengucapkan salam kepada orang yang dikenali atau sebaliknya.

Sesungguhnya hal itu merupakan sebab tersebarnya kecintaan di antara kaum muslimin yang pada akhirnya merupakan satu faktor membawanya ke syurga.Hadith NAbi,

"Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian BERIMAN,dan kalian tidak akan beriman(dengan sempurna hingga kalian saling MENCINTAI.Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian melakukannya,maka kalian akan saling mencintai?
Sebarkanlah SALAM di antara kalian."(HR Muslim).

kitab al-Iimaan,bab Bayaan Annahu la Yadkhulul Jannata Illal Mukminun


Saturday, July 17, 2010

Kata-kata nasihat Ibnu Qayyum







Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.


Wednesday, July 14, 2010

'kelebihan-kelebihan solat tahajjud'.MasyaAllah!



• Solat yang paling afdhol selepas solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit yang dapat melakukannya.


Hadith :Jibril a.s. telah datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:

"Wahai Muhammad hiduplah selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."


• Nabi s.a.w :"2 rakaa't solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".

• Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.




• Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

• Dengannya dapat memadamkan dosa-dosa.

• Dapat menyihatkan badan

• Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: 

"Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta
Italic
petunjuk?maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."


• Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud.


• Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t


• Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa. • Juga ia merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang sedang terbuka.


Jom sama-sama berusaha untuk beramal dan istiqamah.
Moga-moga



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails