Pages

Lagu

Saturday, February 19, 2011

Hanya Lafaz Syukur


"Allahul kaafii, Rabbunal Kaafi, Qashadnal Kaafii, Wajadnal Kaafii, Li Kullin Kaafii, Kafaanal Kaafii, Wanimal Kaafii, Alhamdulillaah. Hasbunallaahu Wa Nimal Wakiil Wa Nimal Maulaa Wa Niman Nashiir. Wa Kafallaahul Mukminiinal Qitaal. Hasbi Allahu La Ilaha Illahu 'Alaihi Tawakkaltu Wa Hua Rabbul Arsyil 'Aziim."

"Allah Yang mencukupkan ku, Tuhan Kami Yang mencukupkan, kami hanya kepada mu yang mencukupkan, Telah kami mendapati kecukupan, Bagi setiap yang mencukupi, Telah cukuplah kami dengan kecukupan dan nikmat yang mencukup, Segala puji bagi Allah. Semoga Allah memelihara kami dan nikmat pergantungan dan nikmat melindungi dan nikmat pertolongan. Dan Allahlah yang memberi kecukupan kepada orang-orang mukmin yang berperang/syahid. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy Yang Agung."


Alhamdulillah kalimah dan lafaz syukur ana ungkapkan pada hari ini padaMU Ya Allah,atas kebesaranMu,KeberkatanMu,HidayahMu dan Kalimah Lailahaillah Yang Tinggi ini.

Engkau masih kurniakan peluang,nikmat Indah dan yg sangat bernilai pada hambaMu ini.
Engkau kurniakan padaku Peringatan,Khibrah yang berguna pada diri ini yg degil lagi lemah ini.

Engkau limpahkan Cahaya Petunujk,Jalan yang cukup sempurna dan lengkap pada HambaMu ini atas satu landasan bagi menegakkan perjuangan KekasihMu Muhammad SAW.

Detik ini,saat ini Alhamdulillah ku dapat gagahkan anggota Anugerah pinjamanMU ini untuk mentelaah ilmu-ilmuMu yang tiada tolak bandingnya.Ku dapat kuatkan Minda AnugerahMu ini untuk memikirkan amanah-amanah,tanggungjawab yang perlu diteruskan dan ditinggalkan RasulMu.

Saat ini ku peroleh kekuatan untuk mengingatiMu Ya Rabb melalui alunan-alunan indah Kalimah-kalimah WahyuMu,ciptaan-ciptaanMu yg luar biasa,serta keprihatinan kasih sayang Hamba-hambaMu yang lain terhadap diri ini.Terima kasih Ya Allah.

Ku masih dapat menggerakkan bibir-bibir ini untuk menyusun hajat-hajatku padaMu agar Engkau perkenankannya walaupun ku tahu bukan semudah itu untuk Engkau Kabulkan. Allah,segalanya adalah dalam KetentuanMu,aku perlu mengimani setiap perkara yg menimpa terhadap diri ini.Ku yakin semuanya dan hanya dalam peraturan yang cantik oleh Mu.Engkau gagahkan lagi kekuatan aqidah dan keimanan diri ini terhadapMu,YA Rahman..
  

شهر بن حوشب قال: قلت لأم سلمة:
يا أم المؤمنين ما كان أكثر دعاء رسول (ص) إذا كان عندك؟
قالت كان أكثر دعائه: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوب ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك

Syahr Bin Hausyab R.A. telah berkata:
Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah,

“Wahai ibu orang-orang yang beriman, do’a apa yang paling banyak (selalu) diucapkan Rasulullah SAW ketika berada di sampingmu?”

Dia (Ummu Salamah) menjawab: “Do’a yang banyak (selalu) diucapkannya ialah:

“YA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA”
(Wahai Yang Maha (berkuasa) membolak-balikkan qalbu (hati), tetapkanlah qalbuku pada agamaMu)

قالت: قلت: يا رسول الله، ما أكثر دعاءك يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك!
قال: يا أم سلمة، إنه ليس آدمي إلا وقلبه بين إصبعين من أصابع الله،
فمن شاء أقام ومن شاء أزاغ.

Ummu Salamah melanjutkan, “Aku pernah bertanya juga,
“Wahai Rasulullah, alangkah seringnya engkau membaca do’a: “Ya Muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika.”
Beliau menjawab: “Wahai Ummu Salamah, tidak ada seorang manusia pun kecuali qalbunya berada antara dua jari daripada jari-jari Allah. Maka siapa saja yang Dia kehendaki, Dia luruskan, dan siapa yang Dia kehendaki, Dia biarkan dalam kesesatan.”
(H.R Ahmad (6/302,315) dan Tirmidzi. Menurutnya hadits ini hasan (3517), Sahih fi Zilal Al-Jannah (223))

عبدالله بن عمرو يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
يَا مُصَرِّفَ القُلُوب ثَبِّتْ قَلْبِي عَلى طَاعَتِك

Abdullah b Amru berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (berdoa):
“YA MUSORRIFAL QULUB, TSABBIT QALBI 'ALA TO'ATIK"
(Wahai Yang Maha (Berkuasa) menukar-nukarkan qalbu (hati), tetapkanlah qalbuku pada ketaatan kepada-Mu).
(Sahih dalam Kitab Zilal Al-Jannah fi Takhrijs Sunah (231)).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails