Gol..!!gol.!!gol.!!.Tahniah
kepada pasukan bola sepak Negeri kelahiranku Terengganu Darul Iman yang
baru-baru ini keriangan merangkul piala FA 2011.Tahniah juga buat pasukan
negeri jiran,Kelantan dalam kesungguhan memartabatkan sukan bola sepak buat
negeri tersebut setelah sekian lama tersepi.
Yang
menang tidak semestinya jadi juara.Permainan yg dipamerkan hebat hingga ke
minit terakhir sehingga pada mulanya ada penonton yg sudah meninggalkan tempat
duduk stadium,namun masuk kembali.
Lebih
85000 penyokong kedua-dua pasukan hadir bagi memberi sokongan padu kepada
pasukan masing2 termasuk beberapa tetamu kehormat yg diketuai Ketua Negara
sendiri.Ini membuktikan sukan bola sepak Negara ini sudah jelas merupakan satu
tonik kebangkitan aktiviti sukan yg berprestij ini.
Saat
kesedihan mula terpancar pada diriku sekeluarga sewaktu pasukan Terengganu yg
terkenal dengan jolokan ‘skuad Penyu’ atau ‘skuad Peteh’ ini ketinggalan dengan
hanya baki 5 saat sahaja lagi.Namun dengan ketentuan Allah(Qadarullah),ianya
berubah sekelip mata melalui jaringan penyamaan Terengganu pd saat
akhir.
Alhamdulillah.Wajah keriangan bersinar kembali.
Alhamdulillah.Wajah keriangan bersinar kembali.
Semua
orang gembira hingga menjadi kegilaan dn sumber kekayaan.Main-main juga dan
menang2 juga.Namun jangan lupa belajar dan motivasikan diri disebalik permainan
itu.Terdapat terlalu banyak proses pelajaran yg dapat kita kutip daripada sukan
ini.
Disini,sukanya
saya ingin berkongsi beberapa perkara motivasi melalui sukan bola sepak ini
tanpa memanjangkan lagi saat kegemilangan pada perlawanan akhir Piala FA baru2
ini.Antaranya ialah:
*semua
orang hendak kejar bola,bermati-matian pemain,jurulatih,pengurus pasukan apatah
lagi penyokong,melonjak-lonjak bertempik memberi sokongan.
Apabila
dapat menjaringkan gol,tak terkira sukanya sehingga kehabisan suara.Sebenarnya
gol adalah MATLAMAT dan SEMANGAT mengejar matlamat perlu disematkan.
Kita
akan menjadi seronok apabila jelas dengan matlamat kita.Matlamat sebenarnya
adalah hendak menjadi hamba Allah dan setelah menjadi hamba Allah,baru layak
bergelar KHALIFAH Allah.
Hendak
melaksanakan perintah Allah mesti mendapat sokongan.Kalau pasukan bola sepak
ramai penyokongnya,maka pasukan AGAMA yg ingin melaksanakan agamaNYA kenapa
tidak sama banyaknya?Program masjid dan surau lengang kesepian.
*Main
bola kena bijak atur strategi sebab itu pasukan sanggup berbelanja besar
mencari jurulatih yg pintar mengatur langkah dan taktik sesebuah pasukan.
Apabila
menang,jurulatih terlebih dahulu yg dipuji dan apabila kalah teruk,si jurulatih
juga terkena tempias malah didesak meletak jawatan.
Nak
capai satu matlamat dalam hidup,pernahkah kita merancang dengan teliti atau
main sebat saja.Pernahkah kita buat kajian terlebih dahulu atau main tangkap
muat saja?
Ya,kita
perlu merancang dgn bijak,bijak,baik,teliti,sempurna bagi mencapai sesuatu
matlamat tersebut kerana bak katas Saidina Ali,Kebatilan yg dirancang akan
mengalahkan kebenaran yg dibuat tanpa perancangan.
Kadang2
perancangan sudah elok dn sempurna namun kita pula yg tidak berdisiplin
,mengikut perancangan itu.Sebagai contoh melalui kisah Perang Badar zaman
Rasulullah.Nabi merancang dengan perancangan yg hebat namun terdapt sahabat yg
melanggarnya.
*Hantar
bola sebenarnya samalah seperti mengagihkan tugas.Hendak bagi bola itu kena
tengok orang jugak dimana kedudukannya.Hantaran biarlah tepat jangan pula
tersasar jauh.
Ada
yg hantar bola tapi tak dapat kerana hantaran tak sampai.ada yg mengagihkan
tugas tetapi tak sempurna,maklumat tak penuh,tak lengkap,latihan tak cukup,itu
sebab tak menjadi kerjanya.
Harapan
kita terlalu tinggi sedangkan apa yg nak jalankan tugas tak setinggi
keinginannya.Maka terlepaslah peluang kalau hantaran tak sampai.
Pemain
mestilah kejar sedikit dan berusaha lebih utk dapatkan bola itu.Kalau tugas yg
diberikan tak seberapa,pekerja kena usaha lebih sikit utk dapatkan maklumat
atau tanyalah org yg lebih tahu supaya dgn ilmu itu dapat membantunya.
*Main
bola secara berpasukan,tak boleh main sendirian.Kalau kalah,bersama tanggung
sedih dan kalau menang dikecapi bersama satu pasukan.
Semangat
kerja berpasukan membuatkan yg berat sama dipikul manakala yg ringan sama
dijinjing.Belajarlah jangan sesekali mudah mengalah,dn jgn menyalah walaupun
memang sesekali rakan sepasukan buat salah.Tetapi jgn lupa dia juga banyak kali
menyumbang dgn permainan yg baik.
Belajarlah
berkongsi,jangan hasad dengki nanti makan diri.Yang menjaringkan tidak boleh
bangga sangat kerana ramai pemain lain yg banyak berjasa dengan mengumpan bola
ke arah gol itu.
Kalu
tiada yg mengumpan,mcam mana nk dapatkan peluang?Sebenarnya kita banyak
mengumpan atau memberi peluang kepada rakan dan sesama kita.
Membantulah
jangan membuntu dn membantut.Banyak projek yg tidak dapat jalan kerana ramai yg
tidak ‘mengumpan’.Buat masjid atau surau namun lambat siap,kenapa?
Sebab
tiada yg mengumpan ‘sumbangan’ atau derma utk menyiapkannya.Org kafir kalau nk
bina gereja sekejap saja siap kerana ramai yg membantunya atau kata lain yg
mengumpan ke arah menyiapkannya.
*Main
bola jangan ada sifat dengki.Kenapa perlu dengki?Dia yg jaringkan gol,apabila
menang sama-samalh julang piala.
Masing-masing
di posisi masing2,laksanakanlah tugas dgn baik.
Memang
ada pemain di bawah dengki kpd pemain di atas penyerang oleh kerana dia saja yg
berpeluang utk menjaringkan gol.Dek kerana dengki tak boleh jaringkan
gol,akhirnya rembat gol sendiri.
Alamat
nk kalahlah tu.Ramai org Islam yg ‘rembat’ agamanya sendiri,buat
dosa,rasuah,cerai berai,bunuh,rempit,buang anak, dan sebagainya yg semua ini
merosakkan imej Islam.
Islam
yg indah ini menjadi comot,buruk ,selekeh tak menarik bukan Islam utk menikmati
keindahannya.
Banyak
sebenarnya pelajaran daripada aktiviti bola sepak ini.Namun setakat ini saja
penulis bercadang mengeluarkan beberapa motivasi berpelajaran daripada
permainan ini.Wallahu’alam dn tahniah sekali lagi kepada pasukan juara Piala Fa
2011 iaitu pasukan negeri kesayangan TERENGGANU.