Anda
dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda
mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang
dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda
tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda
dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar
dengan mereka.
Anda
mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda
fikir boleh dapat.
Anda
dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup
setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda
terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud
anda.
Anda
dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda
memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi
kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda
memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam
perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda
berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang
benar-benar anda minati.
Anda
mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa
malu.
Anda
menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa
sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda
akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk
menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda
dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang
kerananya.
Anda
boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda
dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat
tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya
anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa
berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya
anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara
jujur.