Pages

Lagu


Tuesday, May 31, 2011

Sultan Muhammad al-Fateh sang Penakluk



“Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang KETUA yang baik,TENTERA yg baik dan RAKYAT yang baik.Begitu maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW,”kata Syeikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi selepas solat subuh.


Begitulah hadis nabi yang sering kali menjadi peringatan pada pemikiran Sultan Muhammad Al-Fateh ketika beliau memegang tampuk pemerintahan Turki Uthmaniyah menggantikan ayahandanya,Sultan Murad sewaktu usianya yang terlalu muda itu dipandang sinis oleh puak penentang tegar ketika itu yang diketuai Maharaja Konstantine.


Benak hati penulis begitu syahdu dan tercucuk setelah membaca kembali kisah sejarah Islam si penakluk Konstantinopel(Istanbul sekarang),Sultan Muhammad Al-Fateh. Gaya pemerintahan,uslub dakwah serta kepelbagaian strategi yang beliau terapkan cukup mengagumkan. Ketakwaan serta kebergantungan yang tinggi kepada Allah merupakan satu perintis dalam merencanakan maksud hadis nabi yang mana kira-kira 800 tahun lamanya Baginda nyatakan.


Akhirnya,dengan takdir Allah,bantuan Allah,tarikh keramat pada 29 MEI 1453 Masihi,terpacaknya bendera Turki di bumi Konstantinopel setelah bertahun-tahun lamanya cuba ditawan oleh khalifah Islam bermula sejak zaman baginda Rasululllah SAW.


Penulis tidak bermaksud ingin mengulas panjang kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Kota Konstantinopel, namun terdapt beberapa kisah yang menarik yang ingin dikongsi bersama.Semoga ruangan ini memberi manfaat kepada pembaca khususnya.

Terlebih dahulu,penulis ingin ungkapkan setinggi penghargaan kepada seorang teman yang menghadiahkan sebuah buku novel sejarah islam yang bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel’ ini.

 Jazakumullahu Khairon jaza’...Pengharapan beliau sangat tinggi yang menginginkanku menjiwai setiap watak Sultan Muhammmad dikisahkan dalam novel ini dalam kehidupan seharian.Insyaallah.


Dalam tempoh 1 minggu,penulis berjaya menghabiskan bacaan novel sejarah islam ini dengan penghayatan yang tinggi pada setiap kata-kata dan kisah yang tersingkap sepanjang bermula dan berakhir penaklukan Kota Konstantinopel.Syukur alhamdulillah,penuli berjaya ‘menakluk’ kisah sejarah islam ini juga pada 29 Mei tahun 2011M.







Apa yang menarik tentang sang penakluk(al-Fateh) ini?

“Sejak kecil Sultan Muhammad dididik supaya hidup sederhana.Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya.Apabila dia berada dalam kumpulan ramai,orang tidak menyangka dia anak sultan,” kata sultan Murad(ayahandanya).


Paksaan belajar ilmu agama dengan libasan rotan(ketika kecil).

Syeikh al-Kurani tidak ada pilihan.Dia mengeluarkan rotan yang disimpan di dalm jubahnya lalu memukul kaki Sultan Muhammad dengan izin ayahandanya.Sebatan demi sebatan hinggap di kaki anak sultan Murad itu.Sultan Muhammad berasa sakit,marah,malu kerana belum pernah dia diperlakukan begitu.Kawan-kawannya Cuma memerhati sahaja dari jauh kerana tidak ada sesiapa yang berani membantunya.


Mengapa Kota Konstantinopel mesti ditakluk?

“Konstantinopel adalah ibu kota Byzantium.Orang2 Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang.Kerana itu baginda member isyarat kota ini mesti ditakluki.Tetapi bukannya mudah.Kota Konstantinopel hanya dapat ditakluk oleh pemimpin yang baik,tenteranya yg baik dan rakyatnya yg baik”.


Bagaimana untuk menakluk Kota tersebut?

“Tuanku(Sultan Muhammad) penuhi dahulu dada tuanku dengan ilmu.Selain mempelajari ilmu agama dan peperangan,tuanku juga mesti mempelajari ilmu sejarah.Mengingati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita.Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu,”kata panglima Tharhan(panglima ketenteraan/Perdana Menteri Turki Uthmaniyah)


Dari mana asal-usul nama Uthmaniyah?

“kerajaan Uthmaniyah ini asalnya sebuah kabilah yang kecil tetapi dipimpin oleh seorang yang berjiwa besar,namanya Ertoghul.Apabila berlaku peperangan antara Rom dengan Dinasti Seljuk,Ertoghul menyebelahi Sultan Aluddin(pemimpin Saljuk).Mereka berjaya mengalahkan tentera Romawi.Sebagai balasanya,Ertoghul dan kabilahnya diberikan sebuah kawasan bagi diperintah sendiri.


“selepas Ertoghul meninggal dunia,puteranya bernama Usman yang menggantikannya.Baginda seorang pemimpin yang berani dan bercita-cita tinggi.Sultan Usman menawan negeri-negeri yang berhampiran lalu memerintah kawasan yang ditaklukinya.Dengan ini kawasan pemerintahannya semaikn luas.”

“kemudian terjadi saat yang paling getir apabila orang2 Monggol menyerang lalu menjatuhkan kesultanan Seljuk.Sultan Alauddin mangkat dan tanah jajahan serta rakyatnya bercerai-berai.Sultan usaman berusaha menyatukan semula kawasan itu supaya berada di bawah pemerintahanya.Dari situ bermula kerajaan Usmaniah yang mengambil nama sultan Usman.”


Adakah berdamai dengan mereka yang memusuhi Islam itu dibolehkan?

Islam adalah agama perdamaian.Peperangan hanya boleh dilakukan apabila pintu perdamaian ditutup.Malah sebelum kita menyerang musuh,kita ajak mereka berdamai dahulu.Sekiranya mereka enggan barulah diperangi.”




Ciri-ciri teladan yang baik Sultan Muhammad.

“baginda seorang anak muda yang rajin menutut ilmu dan kuat beramal ibadat.Sejak baginda akil baligh,baginda tidak pernah meninggalkan solat frdhu lima waktu.Malah solat sunat juga banyak dilakukannya tanpa jemu,”kata Syeikh Bayram.

“selain menuntut ilmu agama,baginda juga diasuh oleh Panglima Tharhan dengan ilmu peperangan.apabila samapai masanya nanti Sultan Muhammad menunjukkan kemampuannya sebagai pemerintah Negara Islam.Jiwanya yang bertakwa itu menjadikannya seorang pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat.”


Tawaran 3 perkara bagi memerangkap Sultan Muhammah.Apa tindakan beliau?

Sultan Muhammad didatangi utusan Konstantine bagi memerangkap beliau dengan mengemukan 3 tawaran iaitu hadiah-hadiah yang berharga daripada Maharaja Konstantine,hiburan daripada beberapa orang penyanyi dan penari wanita yang jelita serta tawaran bagi mengajar beliau ilmu adab dan adat isitadat kaum bangsawan secara percuma oleh guru2 terlatih.Tawaran2 ini bagi melekakan Sultan Muhammad.

Dengan tegas beliau menjawab, “saya tidak tertarik dengan hadiah2 yang kamu bawa.Kembalikan semula kepada maharaja kamu.”

“saya tidak tertarik dgn hiburan yang melalaikan.Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat,bukan melakukan maksiat.”

“haram hukumnya seorang Islam dididik oleh orang kafir”


Abu Ayub al-Ansari mengajar cara berdoa yang lebih baik jika ditimpa musibah.

Ketika Abu Ayub al-Ansari jatuh sakit,tentera Islam datang menziarahinya.Salah seorang daripada mereka berdoa, “Ya Allah,sihatkanlah dia dan sembuhkanlah penyakitnya.”

Tiba-tiba membuka matanya lalu berkata, “sebaiknya berdoa begini,ya alllah sekiranya ajalnya sudah dekat,ampunilah dosanya dan berilah Rahmat-Mu.Sekiranya ajalnya masih belum tiba,sihatkanlah dia dan sembuhkan segera penyakitnya dan berilah dia ganjaran pahala.”


Apa pandangan rakyat,pedagang-pedagang tentang Sultan Muhammad al-Fateh?

“baginda memerintah dengan adil tetapi maharaja Konstantine zalim.lebih baik kita berada di bawah pemerintahan Islam,”kata seorang petani.


Sultan Muhammad seorang yang berjiwa rakyat.

Ketika pembinaan tembok Rumeli Hisarri,semua tentera serta rakyat bergotong royong membinanya.Sultan Muhammad sendiri turun padang.Baginda menanggalkan serban dan bajunya bagi memudahkan kerja2 dilakukan.


Tentera Turki Uthmaniyah sebaik2 tentera.


“sepanjang menjalani latihan,tentera kita hendaklah menjaga akhlak dan tingkah laku.Tidak dibenarkan sesiapapun mengganggu penduduk di pulau ini.malah tanaman ataupun buah-buahan mereka juga jangan diambil melainkan dengan kebenaran tuannya,” pesan Sultan Muhammad.

“tentera kita bagaikan singa di siang hari dan menjadi abid pada waktu malam’” puji Khalil Pasya.

“walaupun ramai yg berpuasa sunat pd siang hari tetapi mereka begitu kuat dan tangkas ketika menjalani latihan ketenteraan,” kata Panglima Tharhan.


Dalam mimpi ada petunjuk dari Allah.

Sultan Muhammad mengantuk lalu terlena.Dalm mimipinya,baginda melihat kapal-kapal perangnya belayar di Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas.Kemudian baginda terjaga drpd tidurnya. Kerana menyangka hanya mainan tidur,baginda tidur kembali dan mimpi perkara sama sebanyak tiga kali menyebabkan baginda yakin itu adalah satu petunjuk dari Allah.

“saya melihat kapal2 perang kita berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan kota Konstantinopel”


Di ambang kemenangan melalui 3 petanda.

“tuanku,di dalam kitab lama kita(kristian) ada mengatakan apabila terjadi 3 perkara itu,malapetaka bakal menimpa iaitu kapal belayar di daratan,patung maryam pecah berai dan gereja Aya Sophia disambar petir.Semua dah berlaku di depan mata kita’” kata paderi kepada Maharaja Konstantine


Tidak pernah tinggal solat tahajud.

“semenjak dari akil baligh,baginda tidak pernah tinggal solat fardhu,sunat rawatib dan sunat tahajud…’”kata syeikh syamsudian al-Wali.


Itulah antara detik2 yang memberi seribu erti yang sangat bermakna buat diri ini.Kisah perjuangan menakluk Kota Konstantinopel ini telah banyak dirungkaikan di serata tempat melalui ceramah-ceramah,seminar,kem motivasi dan pelbagai lagi.Dan tidak dinafikan anak-anak muda ketika ini mula menanamkan semangat yang jitu dan menyeluruh sebagaimana perwatakan yang lahir pada Sultan Muhammad Al-Fateh.

Semoga kita sama-sama mengambil ibrah daripada kisah sang penakluk ini.



Thursday, May 19, 2011

Bergurau Dapatkan CInta?





KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.


Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.

Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.

Penulis tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.

Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.

Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:  “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.”(Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)




Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.


Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.

Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)







Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah.

Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.

Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”

Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”


Friday, May 6, 2011

Susahnya Menjaga Hati,Raja Diri



Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan. 


Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu, rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa.




Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita. Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka. Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya. 

Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita. Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya.

Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul. Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?

Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? 

Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.




Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina. Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja . Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.


Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Kerana itulah kita disuruh berdoa: “Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”





Tuesday, May 3, 2011

Ku Ingin Mengenali Beliau:Sheikh Ahmed Deedat




Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918 M. Ketika dilahirkan, ayahnya Hoosen, seorang tukang jahit telah pun berhijrah ke Afrika Selatan. Maka dengan sebab itu, Ahmed Deedat tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang ayahnya. Ahmed Deedat sejak kecilnya hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain.

Negara yang dipilihnya itu adalah negara yang telah dijejaki oleh ayahnya, Afrika Selatan. Beliau meninggalkan tanah airnya, India bersama tangisan ibunya pada tahun 1927. Selang beberapa bulan kemudian, beliau dilanda kejutan emosi akibat perkhabaran ibunya yang telah kembali ke rahmatullah. Di Afrika Selatan, Ahmed Deedat akhirnya telah Berjaya menemui ayahnya yang terpisah sejak dilahirkan.

Ketika berada di bumi asing ini, beliau telah memulakan episod baru dalam hidupnya. Semasa berumur 9 tahun, beliau telah memulakan pengajiannya secara formal di sebuah sekolah Inggeris. Berkat ketekunan dan ketabahannya, beliau telah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam tempoh yang sangat singkat malah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. 

Namun, akibat kesempitan dan kekurangan wang yang berlaku pada dirinya sewaktu berusia 16 tahun, beliau terpaksa berhenti dari persekolahannya lalu menampung kesempitan tersebut dengan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit.

Tahun 1936 merupakan detik sejarah yang besar baginya di mana bermula dari situlah kisah hidupnya sebagai seorang pendakwah Islam yang termasyhur diseluruh dunia hari ini bermula. Pada waktu itu, beliau bekerja di salah sebuah gedung membeli-belah milik seorang peniaga Islam. Gedung tersebut pula bersebelahan dengan pusat penyebaran dakyah Kristian yang terkenal sebagai pusat misionari Kristian dengan nama Natal South Coast. Setiap waktu sepanjang menjalankan tugas di gedung tersebut, beliau kerap menerima tetamu misionaris yang ingin benar cuba mempengaruhinya supaya memeluk Kristian di samping mencela agama yang dianuti iaitu Islam.


Dengan keteguhan Iman yang tersemai di dadanya di samping hidayah Allah s.w.t yang diturunkan,muncul di lubuk hatinya satu cetusan dan semangat berkobar-kobar untuk menghalang kegiatan dan propaganda kristian yang palsu ini. Guru pertama beliau yang telah banyak memberi maklumat dan panduan dalam menghadapi serangan dakyah kristian ini adalah sebuah kitab dalam bahasa Urdu yang terkenal dengan terjemahan Arabnya dengan nama Izhaarul Haq.


Kitab tersebut telah dikarang oleh seorang ulama India yang bernama Rahmatullah al-Hindi yang digunakan untuk mempertahankan Islam dari serangan Kristianisasi yang berleluasa ketika itu semasa penjajahan British di India. Ahmed Deedat juga telah mengkaji kandungan kitab Bible sebagai maklumat untuk menghentam kembali kepalsuan yang terdapat dalam agama Kristian.

Hasilnya, Ahmed Deedat telah berjaya melawan tetamu misionaris tersebut malah dapat mematahkan hujah mereka satu persatu ketika mereka mengemukakan celaan terhadap Islam. Beliau juga telah menyusun banyak perdebatan dengan paderi-paderi yang tinggal di daerahnya di mana kesemua debat tersebut dimenangi oleh Ahmed Deedat sendiri bahkan menjadikan Ahmed Deedat sebagai guru mereka. Kejayaan yang beliau perolehi ini menyebabkan beliau terkenal sebagai seorang pendakwah dan pembela Islam.


Saban hari kedengaran gerakan Kristianisasi dan misionaris Kristian makin berkembang dengan pesatnya di kebanyakan negara Islam, menyebabkan tekad dan semangatnya semakin bernyala-nyala untuk menyekatnya. Ketika beliau berumur 30 tahun ke atas, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya, penubuhan Institut As-Salam, mengadakan kelas pengajian Bible di samping kerap menyampaikan syarahan di merata dunia. Beliau juga merupakan ahli dan menjawat jawatan Presiden pertubuhan Pusat Propagasi Islam Sedunia (IPCI) yang berpusat di London dan Dubai.

Ahmed Deedat juga kerap kali dijemput oleh institusi gereja di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Britain, Sweden, dan beberapa negara Eropah yang lain untuk perdebatan mencari kebenaran antara Islam dan Kristian. Kemenangan acapkali berpihak kepada beliau. Berkat kebijaksanaan dan ketabahan beliau, ramai penganut Kristian mula curiga dengan agama yamg mereka anuti selama ini. Tidak kurang juga yang kembali kepada Islam. Seorang paderi terulung Amerika yang bernama Murrock Jemmi Sogart, ketika tertewas di dalam siri perdebatan dengan Ahmed Deedat, akhirnya mengakui kepalsuan agama Kristian lantas melafazkan kalimah syahadah, Allahu Akhbar!

Pada tahun 1986, Ahmed Deedat telah dikurniakan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi sebagai tanda menghargai jasa beliau dalam memartabatkan Islam dan membelanya dari serangan Kristianisasi.

Ahmed Deedat mempunyai lebih 20 karangan mengenai siri pemurniaan Islam dan pembelaannya yang telah tersebar di seluruh dunia pelusuk dunia. Antara karangan beliau yang terkenal adalah:

Combat Kit (Tentera Yang Bersiap Sedia)
Christ In Islam (Nabi Isa di dalam Islam)
Al-Quran, The Miracles of Miracles (Al-Quran, Keajaiban dari segala Keajaiban)
Cruxifixion or Cruci-Fixtion? (Penyaliban, Rekaan atau Benar?)
Is The Bible God’s Word? (Adakah Bible Kalam Tuhan?)
What The Bible Says About Muhammad PBUH? (Apa yang diUngkapkan Bible tentang Nabi Muhammad s.a.w?)

Sesungguhnya Ahmed Deedat antara salah satu tokoh teragung Islam yang berjuang di atas rasa kesedaran yang perlu dijadikan idola oleh umat Islam. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas usaha beliau selayaknya. Amin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails