Fenomena
dunia hari ini semua tahu akan kemunculan kejadian-kejadian ajaib dari Allah
SWT di atas muka bumi di merata tempat. Hal ini tersebar luas di kaca
tv,website mahupun di media alternative lain. Sungguh,apabila fenomena-fenomena
ini mendapat liputan meluas,akan membuka mata seluruh pihak.
Yang lalai,kembali
tersedar. Yang leka,kembali panik. Hal akhirat dalam ingatan,mati menjadi
persiapan, Allah dalam hati.
Menjadi
fitrah sang manusia apabila ditimpa bencana,musibah,ujian kembali akan ingat
pada Tuhan. Al-quran disimpan bagaikan suci dalam debu kembali dibuka, mulut
kumat-kamit zikrullah, doa tidak putus-putus, masjid sebagai tempat
persinggahan.
Namun,apabila
diuji dengan kesenangan,sungguh kita seolah-olah bertuhankan kepada kebendaan
serta duniawi semata-mata.Manusia dikurniakan nikmat,menjadi sombong. Apabila
diuji berkeluh kesah. Ini bertepatan dalam firman Allah surah al-Ma’arij ayat
20-21:
“Apabila
dia ditimpa kesusahan,dia berkeluh kesah.Dan apabila mendapat kebaikan dia
menjadi kikir(sombong)…”
Maka,kemunculan
fenomena-fenomena ajaib sedikit sebanyak membawa peringatan kepada kita. Berita
kemunculan salji di Mesir menggemparkan seluruh ummat. Juga tersebar khabar angin
salji akn turun di Asia Tenggara berikutan
suhu yang menurun di beberapa tempat.Terlalu banyak kejadian ajaib yang
menunjukkan kekuasaan Allah dapat dilihat. Misalnya,kalimah ALLAH di
telur,buah-buahan dan pada awan di langit. Di website begitu mudah untuk kita
ketahui.
Saya
pula,Allah hadirkan fenomena ajaib sangat dekat dengan saya iaitu sepasang mata
kuci yang berlainan warna. Sungguh,mungkin terdapat faktor dari sudut
sains,namun saya lebih melihat dari sudut kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.
Hari-hari saya menatap sepasang mata kucing peliharaan keluarga saya ni. Pernah
sebak dan menitis air mata melihatnya. Beruntung kami sekeluarga apabila
hari-hari dapat lihat kuasa ajaib Tuhan ini. Tidak lain sekurang-kurangnya
dapat beri kesedaran dengan kejadian ini dan mendekatkan diri pada Rabb.
Syukur
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment