Pages

Lagu


Monday, December 27, 2010

Kemalangan JalanRaya:Manis dalam Kepahitan.




Assalamu’alaikum wbt..saudara-saudara dan sahabat2  sekalian,Alhamdulillah kita masih dikurniakan pelbagai nikmat dalam kehidupan ini sehingga hari ini.Paparan blog saya kali ini, ingin berkongsi satu pengalaman manis dalam kepahitan yang saya alami pada tarikh 26 Disember 2010 pada jam sekitar 3.00-6.00 pagi.

Pada waktu tersebutlah, saya dan beberapa sahabat  mengalami satu kemalangan jalanraya di jalan Tok Lawit,Kuala Ping,Kuala Berang,Terengganu. Pengalaman manis??ya,kerana sepanjang kejadian itu,pelbagai hikmah yang saya peroleh dan Allah tunjukkan pada kami. Dan pengiktibaran ini juga ditujukan kepada semua hambaNya. Sebelum kejadian,kami berlima menaiki kereta menuju ke Kuala Berang dari tempat pengajian di Kota Bharu. Kami bertolak pada jam kira-kira 2.00 pagi dari sana menuju ke rumah saya di Terengganu.

Pemanduan kereta yang berhikmah daripada sahabat diuji seketika apabila tiba di selekoh dan kelihatan sebuah lori treler panjang dari arah bertentangan seperti memasuki ‘line’ tengah jalan di selekoh tersebut. Saya yang berkeadaan mamai ketika itu lantas terkejut setelah mendengar jeritan suara. Sebaik tercelik mata,saya dapati lori tersebut berada depan kereta kami. Kereta kami kemudian cuba mengelak dan membelok ke arah kiri bahu jalan. Namun,kereta tidak dapat dikawal dengan baik sehingga hampir memasuki ke dalam semak. Dengan itu,,kereta terus membelok ke arah kanan sebelum berpusing beberapa kali dan terus terbalik.

Ketika itu Alhamdulillah semua penumpang sedar dan beberapa hentakan kecil berlaku. Cermin depan kenderaan kami. Kepala saya ketika itu tersembam,terhentak dan rasa sakit pada tulang pipi sebaik dalam keadaan stabil. Kalimah zikrullah sentiasa dibaca dalam hati ini melihatkan keadaan kereta dan sahabat saya yang masih terperangkap dalam kereta tersebut .Alhamdulillah,semua penumpang dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederan ringan.Ya,semuanya dari Allah.Ini tarbiyah dariMu.

Saya yang masih dalam keadaan trauma,terpaku melihat keadaan kereta itu yang terbalik hanya sekelip mata sahaja.Ini adalah pengalaman pertama saya mengalami kemalangan seperti ini. Namun,disebalik itu,pelbagai hikmah yg saya perolehi. Saya cukup kagum dengan ketabahan,kesabaran,ketenangan,keterbukaan hati sahabat2 saya yg lain sepanjang kejadian itu. ‘Orang beriman senantiasa akan diuji oleh Allah”.. Ini antara kata-kata yang terbit dalam kalangan mereka. Sungguh terpegun.

Saya tiba di rumah kira2 jam 5.00 pagi menaiki kereta jiran saya. Saya terfikir2,adakah ini satu ujian,balasan atau bala’ menimpa ke atas kami. Allah,namun apa yg berlaku semuanya dari Allah dan semuanya yg dtg dari Allah adlah sentiasa baik.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.”-anNisa’,79.

Sepanjang kejadian ini,saya cuba untuk menjadi insan yg lebih berfikiran positif,terbuka hati dan yg penting sentiasa set kan pada diri bahawa setiap perkara yg berlaku semuanya Allah telah aturkan. Dan yg paling penting,ingatlah Allah sentiasa melihat,mengawal tingkah laku kita dan senantiasa bersama hambaNya.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”-Ali ‘Imran,103.

Ini antara beberapa foto yg berjaya saya tampilkan:














Monday, December 20, 2010

Lemparan Ukhuwwah dari Allah di Sweet Beach Resort.





Assalamu’alaikum wbt.. salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan seluruh ahli baginda. Alhamdulillah pada 16-18hb Disember 2010 yang lepas,ana dan para sahabat seusia(satu batch) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya NilamPuri,sama2 meluangkan masa bersama bagi mengikuti satu program ilmiah di Sweet beach Resort,Tok Bali,Kelantan.


Program yg lebih berbentuk santai2 namun penuh dengan pengisian dan slot yg bermanfaat bagi kami semua.Program ini dinamakan KAMI ‘10(Kesatuan Amal Mahasiswa Islam) yg bertemakan ‘Mahasiswa Islam Ikon Islam’. Ia lebih merujuk kpd peranan diri kita sebagai orang muslim dan memenuhi title mahasiswa.


Alhamdulillah,program ini anjuran MPPJTK 10/11 bertujuan utk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami di samping membuka minda,berfikiran jauh tentang peranan kita sebagai mahasiswa yg beragama Islam.

Selain itu,kami juga didedahkan tentang kehidupan,suasana kolej,persatuan dan juga pembelajaran akademik di Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi member kami utk lebih bersiap sedia dari segala aspek termasuk thaqafah,ilmu,semangat,kesungguhan malah persediaan bagi menghadapi cabaran suasana yg lebih mencabar di sana berbekalkan IMAN dan ISLAM.


Segala puji bagi Allah sekali lagi,ana selaku Pengarah program ini bersyukur dengan ketentuan dan perancangan Allah utk melancarkan dan member pengajran berguna kpd kami.Ana juga begitu terharu dgn kesungguhan,komitmen,semangat sahabat2 lain sepanjang program ini berlangsung.

Gelak ketawa dan kegembiraan sahabat2 spnjng program ini juga menyentuh hati ana kerana ketika saat inilah ana baru merasa ikatan persaudaran @ ukhuwwah yg betul2 hebat selama menuntut ilmu bersama.ALlahuakbar.!!


Apa-apa pun,hadaf @ motif yg ana cuba capai, Alhamdulillah tercapai dengan izin Allah antara kami yg terlibat dalam program ini. Riak-riak gembira di wajah sahabat2 ana membuatkan ana lebih yakin bahawa pentingnya ukhuwwah terbina dengan semua orang tanpa mengira pangkat,darjat, keturunan dan sebagainya. 


Akhir kalam,moga ukhuwwah terbina akan terus diikat kemas2 supaya ikatan ini akan sentiasa ‘digunakan’ bagi memartabatkan keunggulan agama Allah(ISLAM)..


“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa”-an-nahl(30)











Sunday, December 12, 2010

Penawar Penat Dari Rasulullah..





AssalaMu’alaikum wbt..

dalam saya membelek2 laman buku ilmiah orang punye,satu artikel menarik ini brjaya membuatkan saya tertarik utk terus baca dan menghayati iaitu ‘Penawar Penat Rasulullah”..Masyaallah..sila baca.

Pada suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.


“Bapamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah seorang hamba untuk membantu mu,” kata Ali.


Lalu Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.


“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam,” kata Rasulullah.



Ini merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”


Alhamdulillah,sangat berbeza penawar zaman dulu dan zaman kita sekarang kan.Secara kesimpulannya,penawar dalam berbentuk rohani lebih baik kesannya daripada penawar brbentuk fizikal contohnya tidur,lepak dan sebagainya..Wallahu’alam.

Mudah kan..


Saturday, December 4, 2010

Mustajab Doa Ibu Untuk Anaknya..




Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.


Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"


Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."


Ada pengembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekitar pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.


Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"


Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"


Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."


Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.


Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.



Banyak iktibar daripada kisah Juraij.


-Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.

-Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.

-Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kedua-duanya.

-Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.

-Ibu harus sentiasamenjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.

-Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.


Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."


Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.


Wednesday, December 1, 2010

Surat Umar Untuk Sungai Nil..




Semasa pemerintahan Umar al-Khattab, empayar Islam telah berkembang pesat bukan setakat Semenanjung Arab. Wilayah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.


Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As sebagai Gabenor Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, dan penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka. Oleh kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.


Semasa Amru al-As menjadi Gabenor Mesir, satu peristiwa ganjil dan aneh berlaku. Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat kelihatan mulai surut dan tidak melimpah-limpah seperti biasa. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.


Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.


Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam, masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini adalah khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Dia ingin bertanya kepada Umar dan meminta penduduk menagguhkan permintaan itu kerana dia mahu memuaskan hati penduduk Mesir.


Amru menulis sepucuk surat kepada Umar dan menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya. Dia berharap agar Umar dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat. Apabila Umar menerima surat tersebut, air mukanya berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir.


“Adat ini terang sekali syirik hukumnya, sudah jelas ia bertentangan dengan ajaran agama kita. Bukankah Allah yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini,” katanya dengan marah.


Setelah itu, Umar mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Amru. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, manakala penduduk bertambah gelisah dan cemas.



Amru sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya kepada sungai Nil. Setelah membacanya, Amru terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah, setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekelip mata air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang aneh ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.


Surat Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya “Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepada-Nyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala.”


MashaAllah.




Thursday, November 25, 2010

Hanya kerana sebiji kurma.









Assalamu’alaikum….sy ada terdengar dan terbaca kisah yg menarik ini ,seorang pemuda bernama Ibrahim bin Adham(seorang ulama’ yg alim dan zuhud).Kisah ini cukup ringkas tetapi sangat2 bermakna kepada seluruh manusia yg menumpang bertapak di atas muka bumi Allah.Jom baca….

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan,dia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua dekat Masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.


Setelah itu dia berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah di sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Dia solat dan berdoa dengan khusyuk. Tiba- tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata malaikat yang satu.

“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di masjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi..


Ibrahim bin adham terkejut sangat, dia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.


“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Dia terus untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.


Setelah sampai di Makkah,dia menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak dapat bertemu pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?” tanya Ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

“Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita,
“Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mewakilikan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”
“Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.”


Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.


4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.” “O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas.”


Masyaallah,banyak pengajaran yg kita peroleh melalui kisah ini.Selama kita hidup,apakah HAK milik kita sebenarnya.??Sama-sama kita perbaiki diri tingkatkan ibadah dan ketakwaan pada Allah.Terima kasih Wallahu’alam..



Monday, November 22, 2010

Nasihat Syeikh Abdul Kadir al-Jailani..


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

    Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.."


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.."





Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.



Friday, November 19, 2010

Lembu itu...




Firman Allah dalam surah al-Hajj,37:

“Daging(haiwan kurban) dan darahnya itu sesekali tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang samapi kepadaNya adalah ketakwaan kamu.Demikianlah Dia menundukkannya agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu.Dan sampaikan habar gembira kepada orang-orang yang membuat kebaikan.”.


Assalamu’alaikum wbt..alhamdulillah sempena kemunculan EidulAdha tahun ini,sy nk berkongsi sedikit tentang perjalanan dan pengalaman raya tahun ini.Alhamdulillah,dengan izin Allah,sy dapat solat raya dan meraikan perayaan Hari Besar ini di negeri orang(Kelantan Darul Naim).Keputusan untuk beraya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilampuri bersama sahabat2 lain dalam 100 orang cukup tepat. Syukur padaMu Ya Rabb.


Sepanjang kami meraikan perayaan di sana,banyak perkara yang kami praktikkan brsama hasil pembelajaran ilmu agama selama ini.Antara sempat kami laksanakan ialah solat fardhu berjemaah,takbir raya, solat sunat tasbih, menziarah penduduk kampong, merebahkan lembu..hehe. dan aktiviti2 melapah lembu dan sebagainya..


Alhamdulillah,secara jujurnya apa yg dapat sy rasai sepanjang bekerjasama dengan sahabat2 di sini adalah perkataan ‘Ukhuwwah’.Allah Akbar,baru sy mengerti cara bagaimanakah ukhuwwah itu dapat terjalin,dapat dieratkan,dapat bersatu dan dapat dirasai..Cukup hebat aturan Allah.Ukhuwwah antara sahabat2 seusia,yang muda dan yg tua khususnya bersama pensyarah2 APIUMNP.


Aktiviti penyembelihan lembu cukup menyeronokkan dengan telatah masing2 sehingga istilah letih tidak wujud di mulut masing2. “Kesungguhan Pengetua Kolej(Ustaz Hazrul) melapah dan membahagikan daging kpd 7 bahagian amat sukar di cari”..(kata ustazah wan rohani). 


Gelagat anak2 kecil sepanjang hari tersebut turut memeriahkan suasana.Alhamdulillah,semngat kerjasama yg ditunjukkan dan pertolongan Allah,semuanya berjalan lancar tanpa sebarang perkara yg xdiingini berlaku.


Namun,sebgaimana ayat di atas cukup jelas Allah mengatakan aktiviti2 ini tidak akan sampai kepada Allah melainkan dengan wujudnya amalan TAKWA di setiap individu dalam menjalankan ibadat kepada Allah.MasyaAllah,walaubagaimana penat lelah kita sekalipun dalam beribadat jika ketakwaan ini jauh dari kita,percayalah ia hanyalah sementara bukan berkekalan.Jika kita bersahabat tetapi tiadanya Ketakwaan kepada Allah,percayalah akan ade kelompangan sepanjang bersahabat..

Allah,cukup ringkas pesanan Tuhan kepada Hambanya.Cukup tinggi peringkat Takwa ini.Ayuh sama2 beribadat untuk mencapai ketakwaan pada Allah.Bagaimana.?Jadikan segala amalan yg dilakukan itu kerana Takut akan Allah Taala.Saya tinggalkan 3 pesanan bersama iaitu:


“Jika kamu beramal,ingatlah akan pandangan Tuhanmu,Jika kamu berbicara,perhatikanlah akan pendengaran Tuhanmu dengan bicaramu itu,dan Jika kamu diam,perhatikanlah pengetahuan Allah atas dirimu.”(Hatim Al-Asham)

Kalamku zikir,diamku fikir.Terima kasih..


Sunday, October 31, 2010

Nak Jadi HAmba Allah Atau Hamba Dunia.?






Assalamu’alaikum wbt.. ungkapan kalimah syukur setingginya kerana masih dikurniakan Allah pelbagai nikmat dalam kehidupan terutamanya Iman dan Islam yang menjadi tunjang pegangan akidah kita.Firman Allah surah Ibrahim ayat 34, “..dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya..”.

Maka,tunduklah dan syukurlah kita kepadaNya.

Kali ini ana nak kongsi serba sedikit ilmu agama Allah yang ana peroleh ketika mendengar ceramah maghrib di Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang tadi.Alhamdulillah,ana rasa sangat beruntung kerana dapat bersama2 mentelaah ilmu walaupun hanya dalam waktu yg singkat.

Hujan yg melanda disini sedikit ‘melemahkan’ pergerakan aktiviti harian,dan kalau ikutkan hati memang ana tak nak pergi masjid semalam..Tetapi entah kenapa,ada sebahagian hati memaksa juga ana untuk pergi..hehe.. Inilah namanya ketentuan Allah(Qadarullah).Cantik aturan Allah.

Sebaik selesai solat maghrib,seorang penceramah lantas memulakan bicaranya tanpa mengenalkan identitinya dengan membaca sepotong ayat Quran dalam surah Ghafir @ Mukmin ayat 60 yg berbunyi, 

“Dan Tuhan mu berfirman,berdoalah kepadaku,nescaya aku akan perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang2 yg ingkar dan sombong tidak mahu menyembahKU,akan masuk neraka jahannam dalam keadaan Hina dina”.

Tajuk ceramah memang tidak dimaklumkan tetapi ana dapat jangka ustaz berkenaan fokus tentang amalan berdoa seorang mukmin.Ana cuba kongsikan serba sedikit apa yg ana ingat ye..

Apabila seseorang mukmin ni berdoa,xsemestinya doa itu akan dimakbulkan dengan segera sebagaimana yg kita minta.Tapi kenapa?sedangkan dlm ayat yg atas itu Allah kata jika kita berdoa,terus diperkenankan. AllahuAkbar,Allah Maha Bijaksana sheikh..Cuba kita korek kembali kisah nabi dulu.bagaimana doa Nabi Ibrahim utk dapatkan anak.Perkahwinan pertama dgn Sarah,tiada kurniaan zuriat sehinggalah Nabi Ibrahim bertemu jodoh dgn Siti Hajar dan dikurniakan zuriat(anak). “Tetapi ketika itu umur beliau berapa tuan2 sekalian?..80 lebih kalo sedara nak tahu..,’katanya lagi.


Ini bermakna begitu lama nabi Ibrahim berdoa untuk peroleh zuriat namun sehingga umur demikian baru dimakbulkan.Masyaallah..Kita bagaimana.?Tambahnya lagi, “kita tengok lagi kisah nabi Musa dan Nabi Harun menentang tentera firaun suatu ketika dahulu.Ada sesetengah riwayat kata beliau berdua menentang 14000 tentera firaun,ada kata 18000,ada kata 2000.Semua itu berhadapan dengan mereka berdua sahaja(Nabi Musa dan HArun).Namun,mereka berdoa kepada Allah utk minta bantuan.Namun,sehingga lingkungan 20 tahun (kurang ingat tadi) kemudian,Allah makbulkan doa itu dengan membinasakan tentera firaun

..Subhanallah..

Apa nk cerita kat sini ialah proses Allah menangguh doa kita utk dimakbulkan.Semuanya Allah berkuasa..Tambah ustaz itu lagi.., “Dalam sebuah kitab(ana lupa),ada mengatakan yg dalam diri manusia ni ada 3 perkara yg kita kena tahu.1 perkara tu 100% milik Allah,1 perkara 100% miliki kita dan 1 lagi milik bersama(Allah dan manusia).”  Tahukah sahabat..?

1.100%milik Allah adalah ROH dan NYAWA yg kita pinjam sekarang ini.
2.100% milik Kita adalah AMALAN kita semasa kita bernyawa ini.Semua amalan bergantung pada kita,itu semua hak kita samada baik atau buruk.
3.Milik bersama adalah DOA.Kita berpeluang utk minta sebarang doa namun Allah juga berkuasa untuk menentukannya bila dan bagaimana waktu terbaik untuk diperkenankan.jadi,ia adalah milik bersama.Masyaallah.Itu kita perlu tahu.


Dah penat baca,sabar2..izinkan ana teruskan perkongsian.

Seterusnya,menyebut tentang mati ini seringkali 3 perkara yg menyoal dlm fikiran kita iaitu BILA mati.?BAGAIMANA nak mati?DIMANA nak mati?..namun,kata ulama’ ketepikan pertanyaan BILA dan DIMANA itu.Maksudnya janganlah kita fikir sangat tempat dan bila kita nak diri kita ini apabila mati kelak.Tapi fikirlah BAGAIMANA kita nk mati..

ALLAH AKBAR.

Seterusnya,ketahuilah 3 perkara syaitan lemparkan pada fikiran manusia sebaik sahaja menjelang waktu pagi iaitu:

1.Apa yg akan aku makan hari ini?
2.Apa yg akan aku pakai.?
3.Kemana akan ku pergi hari ni.?..

Tiga perkara ini syaitan akan lempar dalam fikiran kita seharian..apa jawapan kita..?tepuk dada tanya iman…Namun,kita tegok bagaimana jawapan ahli tasawwuf dahulu.Apa yg mereka makan ialah ‘tanah’(maksudnya kita kelak,tanah akan jadi santapan kita dikubur).Apa yg mereka pakai?Jawapannya ialah kain kapan.Dan kemana akan pergi?Ke kubur jawapan mereka.

Masyaallah,tapi sahabat..ini bukan jawapan mulut,tapi jawapan minda harian mereka..Dengan itu,syaitan2 terus takut,lari dan x ganggu mereka disebabkan jawapan itu..Kita bagaimana..?


Seterusnya,ada dalam ayat Quran(ana lupa surah mana) yg menyatakan dialog antara Allah dan Iblis di mana iblis berjanji utk menyesatkan anak-anak Adam.Iblis menyebut akan datang dari pelbagai arah untuk mencapai matlamatnya samada dari Depan,belakang,kanan dan kiri..Tetapi perasan tak,iblis tidak menyebut untuk datang dari arah atas dan bawah..kenapa.??... 

Ini kerana ada dalam kitab ulama’ menyatakan bahawa TAUFIK dan HIDAYAH Allah muncul melalui saluran dari atas.Hubungan dari atas sangat kuat Antara kita dan Allah,jadi Iblis sukar untuk mengganggu arah berkenaan.Dan arah bawah pula dikatakan ulama’ sebagai tempat U’budiyyah seseorang hamba kepada Allah..dimana tempat kita sujud,berdoa melalui arah itu. Itulah sebab syaitan sukar ‘masuk’ arah tersebut.


Insyaallah ini perkongsian terakhir,iaitu PANGKAT DARJAT di dunia x jadi nilaian.Ha,ini ada ssebuah kisah tentang Bilal bin Rabah.Kisah ini bermula dgn Abu Sufyan,beliau ini memang mempunyai pangkat yg tinggi,tersohor,orang besar dan dihormati seluruh tempat itu.(kalau kita seperti Datuk la)..satu hari beliau dan beberapa sahabat dtg ke rumah Umar al-Khattab(lupa kerana apa).Antara sahabat2nya ialah Salman al-Farisi,Zubair bin Awwam,Ali bin Abi Thalib dan lain-lain dalam seramai 10 org(lupa daa..)termasuk Bilal bin Raabah.Ketika muncul di pintu rumah Umar,Abu Sufyan mendahului di depan untuk masuk tetapi dgn kebijaksanaan Umar,beliau menyuruh pembantu rumahnya(x ingat bukan lupa) utk menyuruh Bilal masuk dahulu,kemudian Salman al-Farisi,diikuti sahabat2 lain dan yg terakhir Abu Sufyan. 


Disebabkan itu,seorang shbat Abu Sufyan mendapati wajah kecik hati padanya dgn tindakan Umar itu,seolah-olah memperkecilkannya sedangkan dia itu org yg besar.Dengan itu,shbt itu bertanya kpd Abu Sufyan, “aku tahu kamu sedih dan kecik hati dgn tindakan tadi tu(lebih kurg la)..”Abu Sufyan jawab’ “ya,aku sangat kecik hati dan berasa sedih..”..Sahabatnya pun kata “bagi aku,aku x kisah pun masuk ke rumah Umar ini TERAKHIR tetapi aku bimbang aku akan masuk Syurga org yg terakhir..”.

Allah akbar,bijak tindakan Umar untuk melunturkan rasa bangga pada Abu Sufyan tu…sahabat-sahabat2 ana semua macam mana..?satu persoalan bersama.?

Nabi pernah bermimpi dimana tapak dan langkah Bilal mendahului baginda di syurga.Nabi pun tanya kpd Bilal apakah amalan yg membuatkan kamu lebih terkedepan drpd aku..?Bilal pun hairan dan berfikir panjang tentang soalan nabi tadi. Beliau pun kata MUNGKIN kerana aku sering kali xterlepas SOLAT SUNAT 2 rakaat sebaik saja selesai azan.Masyaallah..Tetapi MUNGKIN satu lagi kerana aku SERING KALi jadikan diri aku ini dalam keadaan BERWUDUK. Jika aku berhadas,aku terus bersihkan dan BERWUDUK.

Nabi pun kata, “ya,sesungguhnya amalan engkau yg pertama itu membuatkan engkau dapat kelebihan di syurga(SOLAT SUNAT @2 RAKAAT selepasa azan)”..


Masyaallah,inilah kelebihan Bilal yg hanya hamba sehaya sahaja.Sahabat2,pangkat darjat x dinilai Tuhan tapi amalan kita yg menentukannya.Allah Akbar..satu persoalan pada diri kita selama hidup di dunia ini..


*ana rasa ini sahaja perkongsian ana nk sampaikan,jika terdapat salah ejaan itu,harap maaf(dah malas nk check..hehe).Sama2 kita bermuhasabah demi kebaikan diri kita.Ustaz mengakhiri kalam dengan kisah,seorang ulama’ disoal, “jika datangnya Izrail,kamu nak (mati) dalam keadaan macam mana.?”..katanya’ “aku nak mati dalam keadaan MENUNTUT ILMU.”..  



Besarnya hikmah menuntut ilmu ini.
Maaf salah dan silap.Wallahu’alam.Assalamua’laikum..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails