Pages

Lagu


Tuesday, May 31, 2011

Sultan Muhammad al-Fateh sang Penakluk



“Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang KETUA yang baik,TENTERA yg baik dan RAKYAT yang baik.Begitu maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW,”kata Syeikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi selepas solat subuh.


Begitulah hadis nabi yang sering kali menjadi peringatan pada pemikiran Sultan Muhammad Al-Fateh ketika beliau memegang tampuk pemerintahan Turki Uthmaniyah menggantikan ayahandanya,Sultan Murad sewaktu usianya yang terlalu muda itu dipandang sinis oleh puak penentang tegar ketika itu yang diketuai Maharaja Konstantine.


Benak hati penulis begitu syahdu dan tercucuk setelah membaca kembali kisah sejarah Islam si penakluk Konstantinopel(Istanbul sekarang),Sultan Muhammad Al-Fateh. Gaya pemerintahan,uslub dakwah serta kepelbagaian strategi yang beliau terapkan cukup mengagumkan. Ketakwaan serta kebergantungan yang tinggi kepada Allah merupakan satu perintis dalam merencanakan maksud hadis nabi yang mana kira-kira 800 tahun lamanya Baginda nyatakan.


Akhirnya,dengan takdir Allah,bantuan Allah,tarikh keramat pada 29 MEI 1453 Masihi,terpacaknya bendera Turki di bumi Konstantinopel setelah bertahun-tahun lamanya cuba ditawan oleh khalifah Islam bermula sejak zaman baginda Rasululllah SAW.


Penulis tidak bermaksud ingin mengulas panjang kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Kota Konstantinopel, namun terdapt beberapa kisah yang menarik yang ingin dikongsi bersama.Semoga ruangan ini memberi manfaat kepada pembaca khususnya.

Terlebih dahulu,penulis ingin ungkapkan setinggi penghargaan kepada seorang teman yang menghadiahkan sebuah buku novel sejarah islam yang bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel’ ini.

 Jazakumullahu Khairon jaza’...Pengharapan beliau sangat tinggi yang menginginkanku menjiwai setiap watak Sultan Muhammmad dikisahkan dalam novel ini dalam kehidupan seharian.Insyaallah.


Dalam tempoh 1 minggu,penulis berjaya menghabiskan bacaan novel sejarah islam ini dengan penghayatan yang tinggi pada setiap kata-kata dan kisah yang tersingkap sepanjang bermula dan berakhir penaklukan Kota Konstantinopel.Syukur alhamdulillah,penuli berjaya ‘menakluk’ kisah sejarah islam ini juga pada 29 Mei tahun 2011M.







Apa yang menarik tentang sang penakluk(al-Fateh) ini?

“Sejak kecil Sultan Muhammad dididik supaya hidup sederhana.Dia dibiarkan berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya.Apabila dia berada dalam kumpulan ramai,orang tidak menyangka dia anak sultan,” kata sultan Murad(ayahandanya).


Paksaan belajar ilmu agama dengan libasan rotan(ketika kecil).

Syeikh al-Kurani tidak ada pilihan.Dia mengeluarkan rotan yang disimpan di dalm jubahnya lalu memukul kaki Sultan Muhammad dengan izin ayahandanya.Sebatan demi sebatan hinggap di kaki anak sultan Murad itu.Sultan Muhammad berasa sakit,marah,malu kerana belum pernah dia diperlakukan begitu.Kawan-kawannya Cuma memerhati sahaja dari jauh kerana tidak ada sesiapa yang berani membantunya.


Mengapa Kota Konstantinopel mesti ditakluk?

“Konstantinopel adalah ibu kota Byzantium.Orang2 Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang.Kerana itu baginda member isyarat kota ini mesti ditakluki.Tetapi bukannya mudah.Kota Konstantinopel hanya dapat ditakluk oleh pemimpin yang baik,tenteranya yg baik dan rakyatnya yg baik”.


Bagaimana untuk menakluk Kota tersebut?

“Tuanku(Sultan Muhammad) penuhi dahulu dada tuanku dengan ilmu.Selain mempelajari ilmu agama dan peperangan,tuanku juga mesti mempelajari ilmu sejarah.Mengingati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita.Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu,”kata panglima Tharhan(panglima ketenteraan/Perdana Menteri Turki Uthmaniyah)


Dari mana asal-usul nama Uthmaniyah?

“kerajaan Uthmaniyah ini asalnya sebuah kabilah yang kecil tetapi dipimpin oleh seorang yang berjiwa besar,namanya Ertoghul.Apabila berlaku peperangan antara Rom dengan Dinasti Seljuk,Ertoghul menyebelahi Sultan Aluddin(pemimpin Saljuk).Mereka berjaya mengalahkan tentera Romawi.Sebagai balasanya,Ertoghul dan kabilahnya diberikan sebuah kawasan bagi diperintah sendiri.


“selepas Ertoghul meninggal dunia,puteranya bernama Usman yang menggantikannya.Baginda seorang pemimpin yang berani dan bercita-cita tinggi.Sultan Usman menawan negeri-negeri yang berhampiran lalu memerintah kawasan yang ditaklukinya.Dengan ini kawasan pemerintahannya semaikn luas.”

“kemudian terjadi saat yang paling getir apabila orang2 Monggol menyerang lalu menjatuhkan kesultanan Seljuk.Sultan Alauddin mangkat dan tanah jajahan serta rakyatnya bercerai-berai.Sultan usaman berusaha menyatukan semula kawasan itu supaya berada di bawah pemerintahanya.Dari situ bermula kerajaan Usmaniah yang mengambil nama sultan Usman.”


Adakah berdamai dengan mereka yang memusuhi Islam itu dibolehkan?

Islam adalah agama perdamaian.Peperangan hanya boleh dilakukan apabila pintu perdamaian ditutup.Malah sebelum kita menyerang musuh,kita ajak mereka berdamai dahulu.Sekiranya mereka enggan barulah diperangi.”




Ciri-ciri teladan yang baik Sultan Muhammad.

“baginda seorang anak muda yang rajin menutut ilmu dan kuat beramal ibadat.Sejak baginda akil baligh,baginda tidak pernah meninggalkan solat frdhu lima waktu.Malah solat sunat juga banyak dilakukannya tanpa jemu,”kata Syeikh Bayram.

“selain menuntut ilmu agama,baginda juga diasuh oleh Panglima Tharhan dengan ilmu peperangan.apabila samapai masanya nanti Sultan Muhammad menunjukkan kemampuannya sebagai pemerintah Negara Islam.Jiwanya yang bertakwa itu menjadikannya seorang pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat.”


Tawaran 3 perkara bagi memerangkap Sultan Muhammah.Apa tindakan beliau?

Sultan Muhammad didatangi utusan Konstantine bagi memerangkap beliau dengan mengemukan 3 tawaran iaitu hadiah-hadiah yang berharga daripada Maharaja Konstantine,hiburan daripada beberapa orang penyanyi dan penari wanita yang jelita serta tawaran bagi mengajar beliau ilmu adab dan adat isitadat kaum bangsawan secara percuma oleh guru2 terlatih.Tawaran2 ini bagi melekakan Sultan Muhammad.

Dengan tegas beliau menjawab, “saya tidak tertarik dengan hadiah2 yang kamu bawa.Kembalikan semula kepada maharaja kamu.”

“saya tidak tertarik dgn hiburan yang melalaikan.Kenikmatan bagi saya adalah apabila beramal ibadat,bukan melakukan maksiat.”

“haram hukumnya seorang Islam dididik oleh orang kafir”


Abu Ayub al-Ansari mengajar cara berdoa yang lebih baik jika ditimpa musibah.

Ketika Abu Ayub al-Ansari jatuh sakit,tentera Islam datang menziarahinya.Salah seorang daripada mereka berdoa, “Ya Allah,sihatkanlah dia dan sembuhkanlah penyakitnya.”

Tiba-tiba membuka matanya lalu berkata, “sebaiknya berdoa begini,ya alllah sekiranya ajalnya sudah dekat,ampunilah dosanya dan berilah Rahmat-Mu.Sekiranya ajalnya masih belum tiba,sihatkanlah dia dan sembuhkan segera penyakitnya dan berilah dia ganjaran pahala.”


Apa pandangan rakyat,pedagang-pedagang tentang Sultan Muhammad al-Fateh?

“baginda memerintah dengan adil tetapi maharaja Konstantine zalim.lebih baik kita berada di bawah pemerintahan Islam,”kata seorang petani.


Sultan Muhammad seorang yang berjiwa rakyat.

Ketika pembinaan tembok Rumeli Hisarri,semua tentera serta rakyat bergotong royong membinanya.Sultan Muhammad sendiri turun padang.Baginda menanggalkan serban dan bajunya bagi memudahkan kerja2 dilakukan.


Tentera Turki Uthmaniyah sebaik2 tentera.


“sepanjang menjalani latihan,tentera kita hendaklah menjaga akhlak dan tingkah laku.Tidak dibenarkan sesiapapun mengganggu penduduk di pulau ini.malah tanaman ataupun buah-buahan mereka juga jangan diambil melainkan dengan kebenaran tuannya,” pesan Sultan Muhammad.

“tentera kita bagaikan singa di siang hari dan menjadi abid pada waktu malam’” puji Khalil Pasya.

“walaupun ramai yg berpuasa sunat pd siang hari tetapi mereka begitu kuat dan tangkas ketika menjalani latihan ketenteraan,” kata Panglima Tharhan.


Dalam mimpi ada petunjuk dari Allah.

Sultan Muhammad mengantuk lalu terlena.Dalm mimipinya,baginda melihat kapal-kapal perangnya belayar di Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas.Kemudian baginda terjaga drpd tidurnya. Kerana menyangka hanya mainan tidur,baginda tidur kembali dan mimpi perkara sama sebanyak tiga kali menyebabkan baginda yakin itu adalah satu petunjuk dari Allah.

“saya melihat kapal2 perang kita berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan kota Konstantinopel”


Di ambang kemenangan melalui 3 petanda.

“tuanku,di dalam kitab lama kita(kristian) ada mengatakan apabila terjadi 3 perkara itu,malapetaka bakal menimpa iaitu kapal belayar di daratan,patung maryam pecah berai dan gereja Aya Sophia disambar petir.Semua dah berlaku di depan mata kita’” kata paderi kepada Maharaja Konstantine


Tidak pernah tinggal solat tahajud.

“semenjak dari akil baligh,baginda tidak pernah tinggal solat fardhu,sunat rawatib dan sunat tahajud…’”kata syeikh syamsudian al-Wali.


Itulah antara detik2 yang memberi seribu erti yang sangat bermakna buat diri ini.Kisah perjuangan menakluk Kota Konstantinopel ini telah banyak dirungkaikan di serata tempat melalui ceramah-ceramah,seminar,kem motivasi dan pelbagai lagi.Dan tidak dinafikan anak-anak muda ketika ini mula menanamkan semangat yang jitu dan menyeluruh sebagaimana perwatakan yang lahir pada Sultan Muhammad Al-Fateh.

Semoga kita sama-sama mengambil ibrah daripada kisah sang penakluk ini.



3 comments:

  1. Assalam wbt..akh,menarik artikel al-fateh ni..dh abeh baca novel tu kn.?bagi la sini plak..hehe.=)

    ReplyDelete
  2. salam,, mohon di share...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails