Pages

Lagu


Monday, December 27, 2010

Kemalangan JalanRaya:Manis dalam Kepahitan.




Assalamu’alaikum wbt..saudara-saudara dan sahabat2  sekalian,Alhamdulillah kita masih dikurniakan pelbagai nikmat dalam kehidupan ini sehingga hari ini.Paparan blog saya kali ini, ingin berkongsi satu pengalaman manis dalam kepahitan yang saya alami pada tarikh 26 Disember 2010 pada jam sekitar 3.00-6.00 pagi.

Pada waktu tersebutlah, saya dan beberapa sahabat  mengalami satu kemalangan jalanraya di jalan Tok Lawit,Kuala Ping,Kuala Berang,Terengganu. Pengalaman manis??ya,kerana sepanjang kejadian itu,pelbagai hikmah yang saya peroleh dan Allah tunjukkan pada kami. Dan pengiktibaran ini juga ditujukan kepada semua hambaNya. Sebelum kejadian,kami berlima menaiki kereta menuju ke Kuala Berang dari tempat pengajian di Kota Bharu. Kami bertolak pada jam kira-kira 2.00 pagi dari sana menuju ke rumah saya di Terengganu.

Pemanduan kereta yang berhikmah daripada sahabat diuji seketika apabila tiba di selekoh dan kelihatan sebuah lori treler panjang dari arah bertentangan seperti memasuki ‘line’ tengah jalan di selekoh tersebut. Saya yang berkeadaan mamai ketika itu lantas terkejut setelah mendengar jeritan suara. Sebaik tercelik mata,saya dapati lori tersebut berada depan kereta kami. Kereta kami kemudian cuba mengelak dan membelok ke arah kiri bahu jalan. Namun,kereta tidak dapat dikawal dengan baik sehingga hampir memasuki ke dalam semak. Dengan itu,,kereta terus membelok ke arah kanan sebelum berpusing beberapa kali dan terus terbalik.

Ketika itu Alhamdulillah semua penumpang sedar dan beberapa hentakan kecil berlaku. Cermin depan kenderaan kami. Kepala saya ketika itu tersembam,terhentak dan rasa sakit pada tulang pipi sebaik dalam keadaan stabil. Kalimah zikrullah sentiasa dibaca dalam hati ini melihatkan keadaan kereta dan sahabat saya yang masih terperangkap dalam kereta tersebut .Alhamdulillah,semua penumpang dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederan ringan.Ya,semuanya dari Allah.Ini tarbiyah dariMu.

Saya yang masih dalam keadaan trauma,terpaku melihat keadaan kereta itu yang terbalik hanya sekelip mata sahaja.Ini adalah pengalaman pertama saya mengalami kemalangan seperti ini. Namun,disebalik itu,pelbagai hikmah yg saya perolehi. Saya cukup kagum dengan ketabahan,kesabaran,ketenangan,keterbukaan hati sahabat2 saya yg lain sepanjang kejadian itu. ‘Orang beriman senantiasa akan diuji oleh Allah”.. Ini antara kata-kata yang terbit dalam kalangan mereka. Sungguh terpegun.

Saya tiba di rumah kira2 jam 5.00 pagi menaiki kereta jiran saya. Saya terfikir2,adakah ini satu ujian,balasan atau bala’ menimpa ke atas kami. Allah,namun apa yg berlaku semuanya dari Allah dan semuanya yg dtg dari Allah adlah sentiasa baik.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.”-anNisa’,79.

Sepanjang kejadian ini,saya cuba untuk menjadi insan yg lebih berfikiran positif,terbuka hati dan yg penting sentiasa set kan pada diri bahawa setiap perkara yg berlaku semuanya Allah telah aturkan. Dan yg paling penting,ingatlah Allah sentiasa melihat,mengawal tingkah laku kita dan senantiasa bersama hambaNya.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”-Ali ‘Imran,103.

Ini antara beberapa foto yg berjaya saya tampilkan:














Monday, December 20, 2010

Lemparan Ukhuwwah dari Allah di Sweet Beach Resort.





Assalamu’alaikum wbt.. salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan seluruh ahli baginda. Alhamdulillah pada 16-18hb Disember 2010 yang lepas,ana dan para sahabat seusia(satu batch) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya NilamPuri,sama2 meluangkan masa bersama bagi mengikuti satu program ilmiah di Sweet beach Resort,Tok Bali,Kelantan.


Program yg lebih berbentuk santai2 namun penuh dengan pengisian dan slot yg bermanfaat bagi kami semua.Program ini dinamakan KAMI ‘10(Kesatuan Amal Mahasiswa Islam) yg bertemakan ‘Mahasiswa Islam Ikon Islam’. Ia lebih merujuk kpd peranan diri kita sebagai orang muslim dan memenuhi title mahasiswa.


Alhamdulillah,program ini anjuran MPPJTK 10/11 bertujuan utk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami di samping membuka minda,berfikiran jauh tentang peranan kita sebagai mahasiswa yg beragama Islam.

Selain itu,kami juga didedahkan tentang kehidupan,suasana kolej,persatuan dan juga pembelajaran akademik di Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi member kami utk lebih bersiap sedia dari segala aspek termasuk thaqafah,ilmu,semangat,kesungguhan malah persediaan bagi menghadapi cabaran suasana yg lebih mencabar di sana berbekalkan IMAN dan ISLAM.


Segala puji bagi Allah sekali lagi,ana selaku Pengarah program ini bersyukur dengan ketentuan dan perancangan Allah utk melancarkan dan member pengajran berguna kpd kami.Ana juga begitu terharu dgn kesungguhan,komitmen,semangat sahabat2 lain sepanjang program ini berlangsung.

Gelak ketawa dan kegembiraan sahabat2 spnjng program ini juga menyentuh hati ana kerana ketika saat inilah ana baru merasa ikatan persaudaran @ ukhuwwah yg betul2 hebat selama menuntut ilmu bersama.ALlahuakbar.!!


Apa-apa pun,hadaf @ motif yg ana cuba capai, Alhamdulillah tercapai dengan izin Allah antara kami yg terlibat dalam program ini. Riak-riak gembira di wajah sahabat2 ana membuatkan ana lebih yakin bahawa pentingnya ukhuwwah terbina dengan semua orang tanpa mengira pangkat,darjat, keturunan dan sebagainya. 


Akhir kalam,moga ukhuwwah terbina akan terus diikat kemas2 supaya ikatan ini akan sentiasa ‘digunakan’ bagi memartabatkan keunggulan agama Allah(ISLAM)..


“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa”-an-nahl(30)











Sunday, December 12, 2010

Penawar Penat Dari Rasulullah..





AssalaMu’alaikum wbt..

dalam saya membelek2 laman buku ilmiah orang punye,satu artikel menarik ini brjaya membuatkan saya tertarik utk terus baca dan menghayati iaitu ‘Penawar Penat Rasulullah”..Masyaallah..sila baca.

Pada suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.


“Bapamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah seorang hamba untuk membantu mu,” kata Ali.


Lalu Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.


“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam,” kata Rasulullah.



Ini merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”


Alhamdulillah,sangat berbeza penawar zaman dulu dan zaman kita sekarang kan.Secara kesimpulannya,penawar dalam berbentuk rohani lebih baik kesannya daripada penawar brbentuk fizikal contohnya tidur,lepak dan sebagainya..Wallahu’alam.

Mudah kan..


Saturday, December 4, 2010

Mustajab Doa Ibu Untuk Anaknya..




Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.


Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"


Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."


Ada pengembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekitar pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.


Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"


Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"


Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."


Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.


Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.



Banyak iktibar daripada kisah Juraij.


-Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.

-Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.

-Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kedua-duanya.

-Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.

-Ibu harus sentiasamenjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.

-Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.


Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."


Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.


Wednesday, December 1, 2010

Surat Umar Untuk Sungai Nil..




Semasa pemerintahan Umar al-Khattab, empayar Islam telah berkembang pesat bukan setakat Semenanjung Arab. Wilayah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.


Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As sebagai Gabenor Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, dan penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka. Oleh kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.


Semasa Amru al-As menjadi Gabenor Mesir, satu peristiwa ganjil dan aneh berlaku. Sungai Nil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat kelihatan mulai surut dan tidak melimpah-limpah seperti biasa. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.


Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.


Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam, masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini adalah khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Dia ingin bertanya kepada Umar dan meminta penduduk menagguhkan permintaan itu kerana dia mahu memuaskan hati penduduk Mesir.


Amru menulis sepucuk surat kepada Umar dan menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya. Dia berharap agar Umar dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat. Apabila Umar menerima surat tersebut, air mukanya berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir.


“Adat ini terang sekali syirik hukumnya, sudah jelas ia bertentangan dengan ajaran agama kita. Bukankah Allah yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini,” katanya dengan marah.


Setelah itu, Umar mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Amru. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, manakala penduduk bertambah gelisah dan cemas.



Amru sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya kepada sungai Nil. Setelah membacanya, Amru terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah, setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekelip mata air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang aneh ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.


Surat Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya “Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepada-Nyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala.”


MashaAllah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails