Pages

Lagu

Sunday, March 27, 2011

Meluruskan Erti Jihad


Terdapat satu isyarat daripada Rasulullah saw dari sahabat baginda Muadz bin Jabal,Rasulullah bersabda:


”Mahukah aku beritahukan kepadamu tentang pokok pangkal dari semua urusan,tiangnya dan puncaknya yang tertinggi?”Aku berkata.”Ya,wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Pokok pangkal dari urusan ini adalah Islam,tiangnya solat dan puncaknya yang tertinggi adalah jihad.”.


Malangnya terdapat umat Islam memberi amalan jihad tanpa dilandasi ilmu yang tepat sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan dan salah faham terhadap Islam.Malah yang lebih berbahaya munculnya penyimpangan yang sedemikian jauh dari pengertian dan tuntutan jihad sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama.


DEFINISI JIHAD.

Kata al-jihad dengan dikasrah(kaedah nahu) huruf jim asalnya secara bahasa bermakna kesulitan,kesukaran,kepayahan.Sedangkan secara syariat bermakna: “mencurahkan segala kemampuan dalam memerangi orang-orang kafir atau musuh.”(kitab Fathul Bari).
Berikut beberapa ucapan Ulama’ Salaf dalam member erti jihad:

-Ibnu Abbas berkata:Jihad adalah mencurahkan kemampuan padanya dan tidak takut kerana Allah terhadap celaan org yg suka mencela.

-Muqatil berkata: “beramallah kalian kerana Allah dengan amalan yang sebenar-benarnya dan beribadahlah kepadaNya dengan ibadah yg sebenar-benarnya.

-Abdullah ibnul Mubarak berkata:Jihad adalah melawan diri sendiri dan hawa nafsu.(Zaadul Maad).


Dalam permasalahan jihad,pada dasarnya manusia terbahagi dalam dua keadaan:

1.Keadaan mereka pada masa kenabian.
2.Keadaan mereka setelah kenabian.

MASA KENABIAN.

Para ulama sepakat bahawa disyariatkannya jihad pertama kali ialah setelah hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah.Setelah itu,muncul perselisihan di antara mereka tentang hukumnya,fardu ain atau fardu Kifayah?

Di dalam Fathul Bari,Al Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullah berkata: “ada dua pendapat yang masyhur di kalangan para ulama.Pertama adalah pendapat dari Al-Mawardi,dia berkata: “hukumnya fardu ain bagi orang2 muhajirin saja,bukan selain mereka”.Pendapat ini dikuatkan dengan perkara tentang wajibnya hijrah atas setiap Muslim ke Madinah dalam usaha menolong Islam.Kemudian As-Suhaili,dia berkata:Fardu ain atas orang2 ansar saja,bukan selain mereka.”

Pendapat ini dikuatkan dengan baiah para sahabt kepada Nabi pada malam al-Aqabah untuk melindungi dan menolong Rasulullah.Dari dua pendapat di atas diperoleh kesimpulan bahawa jihad menjadi fardu ain atas dua kumpulan iaitu Muhajirin dan ansar dan fardu kifayah atas selain mereka.

MASA SETELAH KENABIAN.

Pendapat yang masyhur di kalangan ahlul ilmi adalah fardu kifayah,kecuali jika ada keadaan mendesak seperti ada musuh yang datang dengan tiba-tiba.Ada pula yang kata fardu ain bagi yang ditunjuk oleh imam(penguasa).Kesimpulan dari masalah ini adalah jihad melawan orang kafir menjadi kewajipan atas setiap Muslim baik dengan tangan(kekuatan),lisan,harta atau dengan hatinya.

Allah berfirman:

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan berasa ringan atau berat.Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.”(atTaubah,41).

“Hai Nabi,berjihadlah melawan orang-orang kafir dan orang2 munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka.”(atTaubah,73)

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya”(alHajj,78)

Setelah diketahui bahawa pendapat yang masyhur dikalangan ahlul ilmi tentang hukum jihad pada masa setelah kenabian adalaha fardu kifayah,berikut adalah beberapa keadaan yang menjadikan hukum tersebut berubah menjadi fardu ain,di mana sebahagiannya telah disebut di atas:

1.Apabila bertemu musuh yang sedang menyerang.

“Hai orang2 beriman,apabila kamu bertemu dengan orang2 kafir yang sedang menyerangmu,maka janganlah kamu membelakangi mereka(berundur).Barangsiapa yang membelakangi mereka(berundur) di waktu itu,kecuali berbelok untuk (menyiasat) atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain,maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam.Dan amat buruklah tempat kembalinya”.(Al-Anfal:15-16)

2.Apabila negerinya dikepung musuh.

Dalam keadaan ini wajib atas penduduk negeri tersebut untuk mempertahankan negerinya.Keadaan ini serupa dengan orang yang berada di barisan peperangan.sebab apabila musuh telah mengepung suatu negeri,tidak ada jalan lain bagi penduduknya kecuali untuk membela dan mempertahankannya.

DAlam hal ini,musuh juga akan menahan penduduk negeri tersebut untuk keluar dan mencegah masuknya bantuan samada ketenteraan,makanan dan yang lainnya.Keran itu,wajib atas penduduk negeri untuk berperang melawan musuh sebagai bentuk pembelaan terhadap negerinya.

3.Apabila diperintah imam.

Apabila seseorang diperintah oleh imam untuk berjihad,hendaknya ia mentaatinya.Imam dalm hal ini ialah pemimpin tertinggi Negara dan tidak disyaratkan ia sebagai imam secara umum bagi kaum muslimin semuanya.

“Hai orang2 beriman,apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: ‘Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah,’kamu rasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di dunia ini di bandingkan dengan kehidupan di akhirat adalah sedikit.Jika kamu tidak berangkat untuk berperang,nescaya Allah akn menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan diganti-Nya kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan dapat member kemudaratan kepadaNya sedikit pun.Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”(AtTaubah:38-39)

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin membahagi jihad kepada tiga:

1.JIHADUN NAFS.

iaitu menundukkan jiwa dan menentangnya dalam bermaksiat kepada Allah.Berusaha menundukkan jiwa untuk selalu berada di atas ketaatan kepada Allah dan melawan seruan untuk bermaksiat kepada Allah.Jihad yang seperti ini akan tentunya terasa sangat berat bagi manusia,lebih-lebih ketika mereka tinggal di persekitaran yang tidak baik.Kerana persekitaran yang tidak baik akan melemahkan jiwa dan mengakibatkan manusia jatuh ke dalam perbuatan yang diharamkan Allah,juga meninggalkan apa-apa yang diperintahkanNYa.

2.JIHADUL MUNAFIKIN,

iaitu melawan orang-orang munafik dengan ilmu dan bukan dengan senjata.Kerana orang-orang munafik tidak diperangi dengan senjata.Para sahabat pernah meminta izin kepada Rasulullah untuk membunuh orang-orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya,kemudian baginda bersabda: “jangan,supaya tidak terjadi percakapan oleh orang,bahawa Muhammad membunuh sahabatnya.” HR Mslim
3.JIHADUL KUFFAR,
iaitu memerangi orang2 kafir yang menentang,yang memerangi kaum muslimin dan yang terang-terangan menyatakan kekafirannya,(dan jihad ini dilakukan dengan senjata)
Ibnul Qayyim membahagikan jihad kepada 4 bahagian:

1.Jihadun Nafs(jihad lawan diri sendiri)
2.Jihadusy Syaitan(jihad lawan syaitan)
3.Jihadul Kuffar(Jihad lawan kaum kuffar)
4.Jihadul Munafiqin(jihad lawan kaum munafik).

IBNUL QAYYIM menjelaskan.. “tidak sempurna jihad seseorang kecuali dengan hijrah.Tidak ada hijrah dan jihad kecuali dengan iman.Orang-orang yang mengharap rahmat Allah,mereka adalah yang mampu menegakkan tiga hal tersebut,iaitu IMAN,HIJRAH dan JIHAD.”.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails