أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga
ke hari kiamat.
Berzikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah makanan rohani sebagaimana fizikal luaran manusia memerlukan makanan untuk memberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat buruk sangka, bangga diri,
ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita
sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan
menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah
S.W.T.
Terdapat satu kisah seorang ulama
sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang
wanita.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah,
Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang
wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah
jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
Tiba-tiba Hassan melihat sebuah
perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai
tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari
tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah
Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada
saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya
tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah
menyelamatkan enam orang."
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal
menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan,
sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan
botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji
tuan."
Hassan al-Basri terpegun lalu
berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam
orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya
daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."
Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan
Allah mengabulkan permohonan tuan."
Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu
merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih
daripada orang lain.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai pengajaran untuk di ambil
sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.
01. Jangan berburuk sangka
dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang
lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan
perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah.
Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah
diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh
Allah S.W.T ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang
oleh-Nya.
Buruk sangka kepada orang lain atau
yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering
hinggap di hati kita. Lebih parahnya, terkadang persangkaan kita tiada
mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka
curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut
bersemayam di dalam hati.
Bahkan kita membicarakan serta
menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su'u zhan kepada sesama kaum
muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.
02. Perkara yang patut kita
ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan
perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah
kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan
menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan
orang lain.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang
percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu
kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan
diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan
penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah
as-Sajadah:15-16)
lama menunggu enrty bru nta..
ReplyDeletedan da lama kita x bersua muka, realiti ataupun dlm alam maya...bila agaknya ye kita bleh bersua??
Entri yg sgt bagus. Alhmdulillah. :). Moga kta boleh husnuzon slalu. InsyaAllah, mudah2an .
ReplyDeleteHasan Basri dh x ada,ana tunggu Shahrir Basri pulak
ReplyDeleteentry yg baik..mga jauh dr sft2 mazmumah
ReplyDelete