Pages

Lagu


Sunday, April 8, 2012

Model Musyawarah Rasulullah



Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua rakan2,teman2 serta follower2 yang setia.Setelah sekian lama kalam artikel tidak saya terbitkan di laman blog saya ini atas faktor kekangan masa mungkin.Apa-apa pun,kali ini terdetik hati dan diri saya in untuk kembali mengaktifkan ruangan blog ini denga beberapa artikel2,pandangan2 serta pendapat2 samada ilham dari saya sendiri mahupun munculnya dari pelbgai sumber lain.

Sebelum itu,kalimah “basmalah” didahului kerana dalamnya bacaan ini terdapat keberkatannya.Malah pada permulaan surah-surah Al-Quran,sentiasa dimulai dengan bacaan tersebut.Inilah akhlak Al-Quran yg perlu kita contohi dalam aplikasi kehidupan seharian.

Baiklah,saya sebenarnya tertarik dengan perkongsian pandangan dan juga artikel yg dikeluarkan oleh pensyarah UIAM iaitu ustaz Azrul Azlen Abd Hamid yg juga meneruskan legasi seorang mahasiswa di universiti tersebut peringkat sarjana muda dan ijazah.Beliau berkongsi tentang satu model bentuk musyawarah Rasulullah SAW.Ini adalah salah satu intisari pedoman sirah baginda.Model musyawarah ni(berbincang) bertepatan dengan satu hadis baginda iaitu:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yg selalu mengajak para sahabat bermusyawarah,kecuali baginda,”(HR al-Hakim).

Rasulullah SAW seorang yg terkenal dengan kebijaksanaannya meneruskan pelbagai perkara,daripada sekecil-kecil urusan rumah tangga hinggalah sebesar-besar perkara seperti urusan pemerintahan.

Teman-teman sekalian,saya Cuma ingin kongsikan bentuk/kaedah/model baginda dalam 
berbincang khusus dalam pengurusan organisasi.

Kebiasaannya,pengurusan ini selalunya dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin negara, negeri, daerah hatta pemimpin di peringkat kampung sekalipun yg mempunyai autoriti/kuasa dalam melaksanakan sesuatu perkara.Tidak dilupakan juga pemuda-pemudi mahasiswa/ di segenap kampus samada IPT di seluruh negara. Sudut perbincangan merupakan perkara asas dan utama yg digerakkan bagi menjayakan sesuatu urusan gerak kerja seorang mahasiswa/i di IPT.

Dalam perbincangan sesebuah organisasi,kebanyakan cadangan seorang pemimpin ditolak bukan disebabkan cadangan itu tidak baik tetapi disebabkan cadangan tersebut tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak yg terlibat.Justeru,timbullah rasa ketidakpuashatian,kecewa dan sebagainya dengan hasil keputusan yg dijalankan hanya disebabkan tidak dibincangkan.Namun,saya yakin masih terdapat jga perkara2 yg mana peru dibincangkan bersama dan perkara2 yg perlu diputuskan dengan segera mengira situasi yg berlaku ketika itu.Apapun,inilah prinsip yg diamalkan oleh Rasulullah apabila baginda ingin membuat satu keputusan yg BESAR,maka musyawarah adalah platformnya.

1)Tidak membuat keputusan terburu-buru.

Baginda tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan kerana percaya bahawa keputusan bersama lebih hebat dan tepat.

2)Tidak bermati-matian mempertahan cadangan sendiri.

Apabila Rasulullah SAW mempunyai sesuatu cadangan,Baginda akan membentangkannya terlebih dahulu.Ini bermaksud,pandangan baginda bukanlah suatu cadangan yg muktamad,sebaliknya ia adalah satu rancangan yg bersifat tentatif sahaja.Cadangan tersebut masih boleh dpinda dan dibuka utk perbincangan.Baginda bukanlah seorang pemimpin yg autokratik yg membuat keputusan sendiri tanpa melibatkan para sahabat dan org dibawah pimpinannya.

Sebagai contoh dalam peperangan Uhud,setelah berita mengenai kemaraan tentera Quraisy sampai kepada umat Islam,Baginda SAW telah mengadakan satu perbincangan ketenteraan bagi membincangkan perancangan dan strategi terbaik yg bakal diambil untuk menghadapi musuh yg semakin mara menghancurkan umat Islam.

3)Tidak menolak terus mana-mana idea.

Rasulullah SAW tidak terus menolak mana-mana idea yg disampaikan oleh para sahabat walaupun pada mulanya kelihatan seperti tidak sesuai atau tidak praktikal.Baginda percaya,penolakan idea tanpa dibincangkan terlebih dahulu akan mematikan semangat org yg memberi idea tersebut.Justeru itu,Baginda sering menggalakkan para sahabat dan rakyat di bawah pemerintahan baginda untuk mengemukakan pendapat atau idea.

Sebagai contoh,sebelum bermulanya perang Khandaq,baginda bersama-sama para sahabat telah berbincang tentang strategi pertahanan utk mempertahankan kota Madinah.Baginda membuka peluang kepada para sahabat utk mengemukakan idea dan pendapat.Ketika itu,Salman al-Farisi r.a mencadangkan agar mempertahankan kota Madinah dengan menggali parit di mengelilinginya.

Setelah mengadakan sidang rundingan,Rasulullah SAW dan para sahabat telah bersepakat utk menerima idea,pengalaman dan kepakaran Salman.Selepas itu,baginda telah mengarahkan kepada setiap 10 lelaki supaya menggali parit seluas 40 hasta.

4)Menghargai sumbangan.

Rasulullah SAW sering menghargai sumbangan para sahabat dan tenteranya melalui pujian dan doa.Baginda mengadakan sidang perbincangan peringkat tertinggi.Di sini,baginda SAW bertukar-tukar pendapat dengan semua anggota tentera serta para pimpinannya.Ketika itu,Abu Bakar as-Siddik,Umar al-Khattab,al-Miqdad bin Amru dan Sa’ad bin Mua’dh memberi pandangan masing-masing.Rasulullah SAW amat gembira dengan pandangan tersebut,lalu memuji dan mendoakan kebaikan utk mereka.



Berdasarkan analisis terhadap model musyawarah yg diamalkan oleh Rasulullah SAW.

     i. Tidak membuat keputusan terburu-buru.Berbincanglah terlebih dahulu.

    ii.  Mengikis sikap ego terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan.

 iii.  Tidak mementingkan pendapat kita sendiri,sebaliknya cuba meraikan setiap pandangan yg diberikan oleh anggota organisasi.

   iv.  Mencatatkan semua cadangan yg dikemukakan dan dibentangkan utk perbincangan.

   v. Tidak menolak mana-mana idea yg diberikan secara melulu.Sebaliknya,amati dan kaji dengan teliti idea2 yg diberikan.

   vi.  Sekiranya keputusan telah diperoleh,tolaklah idea2 yg lain yg dikemukakan dengan cara yg baik dan betul.

  vii.  Hargailah sumbangan yg diberikan oleh anggota organisasi kerana mereka telah sedaya upaya utk memberikan pendapat utk kejayaan sesebuah organisasi.Pujian dan hadiah salah satu cara utk menghargai mereka.

Sekian dari saya.Terima kasih sudi membaca. Kalamku zikir,diamku fikir.


3 comments:

  1. shahrir,sangat menarik..berguna utk setiap org mahupun pemimpin..terima kasih..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails