Pages

Lagu


Saturday, August 7, 2010

1 Doa dari 3 Doa Rasulullah.




`Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: 

"Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.”

Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud:

"Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.”

1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir tepuk tangan dari belakang, apakah cantik kita melihatnya? 
Sejauh mana ukhuwwah sesama saudara Islam kita bina dengan erat?Memang tidak dinafikan penangan syaitan dan nafsu sungguh kuat untuk mengalahkan keimanan,ketakwaan diri hamba-hamba yg berjiwa kental.

Sabda NAbi: “Islam bermula dengan asingnya dan akan kembali secara asingnya(tidak dikenali),maka beruntunglah bagi golongan asing itu”..

Terima kasih sudi membaca. Secebis perkongsian,semoga melimpah manfaat.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails