Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau
bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi
Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."
Jika bertemu anak kecil, maka
ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat
kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak
ini jauh lebih baik dariku.."
Jika bertemu orang tua, maka
ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Dia telah beribadah kepada
Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.."
Jika bertemu dengan seorang yang
berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini memperoleh kurnia
yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia
lebih baik dariku.."
Jika bertemu dengan seorang yang
bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada
Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal
aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya
kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."
Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana
keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.."
Tak rugi kita bersangka baik terhadap
insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan
kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.
perkongsian yg bnr2 brmnfaat.jazakallah.
ReplyDeleteperkongsian dan peringatan bersama,..
ReplyDeleteblh tahu sumbr @ rjkn post ni?
ReplyDeleterngks tp padat.
ade dlm sebuah buku..tapi lupa tajuk buku tuu,dah lama dh ade..
ReplyDeleterasanya dlm facebook pon ade di postkan..