Pages

Lagu


Sunday, December 12, 2010

Penawar Penat Dari Rasulullah..





AssalaMu’alaikum wbt..

dalam saya membelek2 laman buku ilmiah orang punye,satu artikel menarik ini brjaya membuatkan saya tertarik utk terus baca dan menghayati iaitu ‘Penawar Penat Rasulullah”..Masyaallah..sila baca.

Pada suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.


“Bapamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah seorang hamba untuk membantu mu,” kata Ali.


Lalu Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.


“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam,” kata Rasulullah.



Ini merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”


Alhamdulillah,sangat berbeza penawar zaman dulu dan zaman kita sekarang kan.Secara kesimpulannya,penawar dalam berbentuk rohani lebih baik kesannya daripada penawar brbentuk fizikal contohnya tidur,lepak dan sebagainya..Wallahu’alam.

Mudah kan..


1 comment:

  1. mudah caranya...Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails