Pages

Lagu


Monday, December 27, 2010

Kemalangan JalanRaya:Manis dalam Kepahitan.




Assalamu’alaikum wbt..saudara-saudara dan sahabat2  sekalian,Alhamdulillah kita masih dikurniakan pelbagai nikmat dalam kehidupan ini sehingga hari ini.Paparan blog saya kali ini, ingin berkongsi satu pengalaman manis dalam kepahitan yang saya alami pada tarikh 26 Disember 2010 pada jam sekitar 3.00-6.00 pagi.

Pada waktu tersebutlah, saya dan beberapa sahabat  mengalami satu kemalangan jalanraya di jalan Tok Lawit,Kuala Ping,Kuala Berang,Terengganu. Pengalaman manis??ya,kerana sepanjang kejadian itu,pelbagai hikmah yang saya peroleh dan Allah tunjukkan pada kami. Dan pengiktibaran ini juga ditujukan kepada semua hambaNya. Sebelum kejadian,kami berlima menaiki kereta menuju ke Kuala Berang dari tempat pengajian di Kota Bharu. Kami bertolak pada jam kira-kira 2.00 pagi dari sana menuju ke rumah saya di Terengganu.

Pemanduan kereta yang berhikmah daripada sahabat diuji seketika apabila tiba di selekoh dan kelihatan sebuah lori treler panjang dari arah bertentangan seperti memasuki ‘line’ tengah jalan di selekoh tersebut. Saya yang berkeadaan mamai ketika itu lantas terkejut setelah mendengar jeritan suara. Sebaik tercelik mata,saya dapati lori tersebut berada depan kereta kami. Kereta kami kemudian cuba mengelak dan membelok ke arah kiri bahu jalan. Namun,kereta tidak dapat dikawal dengan baik sehingga hampir memasuki ke dalam semak. Dengan itu,,kereta terus membelok ke arah kanan sebelum berpusing beberapa kali dan terus terbalik.

Ketika itu Alhamdulillah semua penumpang sedar dan beberapa hentakan kecil berlaku. Cermin depan kenderaan kami. Kepala saya ketika itu tersembam,terhentak dan rasa sakit pada tulang pipi sebaik dalam keadaan stabil. Kalimah zikrullah sentiasa dibaca dalam hati ini melihatkan keadaan kereta dan sahabat saya yang masih terperangkap dalam kereta tersebut .Alhamdulillah,semua penumpang dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederan ringan.Ya,semuanya dari Allah.Ini tarbiyah dariMu.

Saya yang masih dalam keadaan trauma,terpaku melihat keadaan kereta itu yang terbalik hanya sekelip mata sahaja.Ini adalah pengalaman pertama saya mengalami kemalangan seperti ini. Namun,disebalik itu,pelbagai hikmah yg saya perolehi. Saya cukup kagum dengan ketabahan,kesabaran,ketenangan,keterbukaan hati sahabat2 saya yg lain sepanjang kejadian itu. ‘Orang beriman senantiasa akan diuji oleh Allah”.. Ini antara kata-kata yang terbit dalam kalangan mereka. Sungguh terpegun.

Saya tiba di rumah kira2 jam 5.00 pagi menaiki kereta jiran saya. Saya terfikir2,adakah ini satu ujian,balasan atau bala’ menimpa ke atas kami. Allah,namun apa yg berlaku semuanya dari Allah dan semuanya yg dtg dari Allah adlah sentiasa baik.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.”-anNisa’,79.

Sepanjang kejadian ini,saya cuba untuk menjadi insan yg lebih berfikiran positif,terbuka hati dan yg penting sentiasa set kan pada diri bahawa setiap perkara yg berlaku semuanya Allah telah aturkan. Dan yg paling penting,ingatlah Allah sentiasa melihat,mengawal tingkah laku kita dan senantiasa bersama hambaNya.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”-Ali ‘Imran,103.

Ini antara beberapa foto yg berjaya saya tampilkan:














7 comments:

  1. subhanallah allahuakbar...
    hebat sungguh tarbiyah Allah...

    ReplyDelete
  2. subhanallah..tarbiyah ALLAH di mana2
    semoga kta smua dpt mngambil ibrah trhdap apa yg brlaku..akh,,"Allah tdak mmbebani ssorng mlainkn ssuai dgn ksanggupnnya..dia mndapt phala dr kebajikn yg dkerjaknnya dan dia mndapt siksa dr kjahtan yg dperbuatnya"(AL-Baqarah:286)

    ReplyDelete
  3. syukran..Ya,kita perlu meyakini perkara itu..Alhamdulillah,satu peringatan yg terbaik dari Allah.

    ReplyDelete
  4. الله أكبر.. teguran straight dari "PENCIPTA KITA" untuk insan2 terpilih dan untuk kita smua amatlah terkesan dan bermkna hanya BG mereka2 yg benar2 "BERFIKIR"....
    akh shrir,syukran atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. Ya,menjadi golongan ulul albab(yg berakal)..sentiasa brfikir..ana masih belajar semua ni dlm menempuhinya hari demi hari..

    ReplyDelete
  6. "wamayatazakkaru illa ululalbab"...(tidak akan ada yang mengambil pengajaran kecuali org2 yg berfikir) seram ana mendengarnya.. Semoga ana sama2 mengmbil ibrah..

    ReplyDelete
  7. sila update blog~~~ persinggahan sementara dari kejauhan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails