Pages

Lagu


Tuesday, February 22, 2011

Bagaimana Cinta Kita Pada Rasulullah.?


Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,


Pernah ana terdengar sebuah cerita melalui kuliah Ustaz Abdul Basit baru-baru ni kisah tentang hamba sahaya Rasulullah bernama Tsauban.Kisah ini sangat menarik di mana terserlahnya cinta sejati,luhur yang terbit dari hati Tsauban kepada Rasulullah SAW.
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya:

"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69) .

Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketauhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."

Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang- orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)

Dari Anas, dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?' Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, "Cinta pada Allah dan Rasul-Nya." Lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.'"

Anas berkata, "Sungguh kami tidak merasakan setelah Islam kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan Rasulullah, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.""

Anas berkata, "Sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap bisa berkumpul dengan mereka meski aku belum beramal seperti mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Satu persoalan,bagaimanakah cinta dan kasih sayang kita sebagai manusia yang lemah,dhoif,kurangnya ilmu,banyaknya silap terhadap Nabi kita yang sarat dengan mehnah,Khibrah,hidayah,ilmu,kepakaran dan suci dari dosa.AllahuAkbar..!!

Cukupkah dengan sunnah harian yang kita lakukan.Cukupkah dengan Ilmu yang kita dalami di sekolah,kolej,university dan sebagainya??.Itulah perlunya amalan ‘Muhasabah Diri’ dan ‘Tazkiya al-Nafs’..

Sama-sama hayati kisah Tsauban ini.Ayuh,pertingkatkan amalan untuk bekalan dibawa ke akhirat.


3 comments:

  1. alhamdulillah.perkongsian yg baik.kadangkala..bkn sebanyak mne ilmu yg kta peroleh mnjd persoalan..hakikatnya sebnayk mne kta mempraktikkan ape yg diperoleh.wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Muhammad al-Amin..
    dialah Rasul terakhir,
    diutuskan utk mnyempurnakan akhlak mulia..
    (انما بعثت لأتمّم مكارم الأخلاق)
    sebaik-baik contoh dan teladan sepanjang zaman,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails