Pages

Lagu


Saturday, April 16, 2011

Indahnya ZIKRULLAH..





Abu Darda r. a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya r. a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu?” Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?",Sabdanya:"Zikrullah."

KETERANGAN:

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).


Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah).Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terkontek (terhubung) dengan ALLAH buat selama-lamanya. 

Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala inadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.





Seorang bertanya pada Salman Al-Farisi r.a bahawa amalan mana yang terbesar. Sahutnya, “Adakah engkau tidak membaca Al-Quran;

WALAZIKRULLAHI AKHBAR- Dan sesungguhnya zikrullah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Ayat ini ialah ayat pertama juzuk 21.

Pengarang kitab ‘Majaalisul Abraar’ berkata di dalam hadis ini disebutkan bahawa zikrullah lebih besar dari sedekah, jihad dan ibadat lainnya kerana zikrullah merupakan tujuan asas sedang ibadat lain sebagai alat baginya.

Zikir terbahagi dua, Pertama: zikir dengan lidah; Kedua: zikir dengan hati. Namun yang lebih afdhal ialah mengingati Allah dengan hati. Itulah yang dimaksudkan dengan sepotong hadis yang berbunyi: “Fikir sesaat itu lebih utama dari ibadat tujuh puluh tahun”.

Hazrat sahal r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Zikrullah adalah tujuh ratus ribu kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah SWT”.

SELAMAT BERAMAL..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails