Pages

Lagu

Saturday, April 9, 2011

Teori vs Praktikal



Teori VS praktikal


Apa itu teori? Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, teori diterjemahkan sebagai prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar sesuatu perkembangan.
Manakala praktikal pula diterjemahkan sebagai melibatkan atau berkaitan pengalaman atau penggunaan sebanar, bukan teorikal, (praktik dimaksudkan sebagai perbuatan melaksanakan teori)

Jadi, apakah yang menarik tentang kedua-dua terma ini?


Islam bukan sekadar teori

Ramai manusia boleh bercakap, walupun sepatutnya lebih banyak mendengar. Kerana telinga diciptakan dua, mulut pula satu sahaja. Tidak salah bercakap, jika tidak bagaimana kita mahu menyeru manusia ke jalan Allah.
Tetapi, manusia tetap manusia. ‘tidak dinamakan manusia kecuali ada padanya lupa dan lalai’. Itulah takrifan manusia dari segi kitab feqah yang pernah saya belajar dahulu. Apabila kita lebih pandai bercakap daripada membuat apa yang dikatakan itu, maka kita akan menjadi fitnah kepada diri kita sendiri dan lebih teruk, kepada yang yang kita bawa iaitu ISLAM!!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3 ,As-Soff)

Sebagai contoh, apabila seseorang itu lantang bercakap tentang sabar, keburukan marah, marah itu daripada saitan ,dll. Tetapi apabila sesuatu perkara buruk berlaku (mungkin seseorang mengkejinya), dia terus marah dan naik angin. Nah! Pada waktu itu, apa perasaan orang-orang sekelilingny pada waktu itu? ‘huish!, apa dia ni? Cakap tek serupa bikin!’ mungkin lebih teruk ‘tengok orang agama tu! Ceramah ja pandai, habuk pun tarak!’ . Inilah yang saya maksudkan dengan menjadi fitnah kepada ISLAM.

Jadi, apakah penyelasaiannya? Di sini kita perlukan kepda teknik untuk menjadikan teori kepada praktikal. Jika saya boleh pinjam kata saudara Hilal Ashraf, untuk ‘membumikan’ apa yang kita kata itu.

Praktiklah imu yang kita ada

Ya, praktikakkanlah saja!

Pujangga Arab menyebut,

“Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah”

Dan jikalau digubah sedikit,

“Ilmu tanpa amal, ibarat kereta Ferrari tanpa stereng”

Ya? Apa guna kereta yang hebat tanpa stereng? Kita tak kan ke mana-mana bahkan akan ditertawakan. Ilmu itu teori, amal itu praktikal. Tapi bagaimana ya?


Seperti Kelas Memandu

Kalian sudah mempunyai lesen? Jika sudah, tahniah!, jika tidak, tunggulah masa yang sesuai untuk mendudukinya. Bagi yang sudah berpengalaman, pasti anda masih ingat kronologi untuk mendapatkan lessen. Kita perlu mendengar ceramah ‘teori’ selama beberapa jam sebelum dibenarkan memandu. Kemudia kita boleh terus ambil kunci kereta dan drift di trek.

….

Benarkah begitu? TIDAK!! Kita masih lagi perlukan pemantau untuk memantau teknik pemanduan kita. Kita akan duduk di tempat pemandu , di sebelah kita, ya, pemantau kita. Mereka ini mempunyai brek khas, kalau-kalau kita ‘terlebih’ laju dan juga sebelum kita mencederakan siapa-siapa.

Maka, seperti itu jugalah kehidupan kita. Setelah kita mendengar ceramah-ceramah agama, belajar imu dan mendalami kitab, kita perlu memiliki seorang pemantau, atau dalam bahasa modennya ‘murabbi’. Maka , akan adalah orang yang akan mengingatkan kita dalam melangkah dalam kehidupan ini, sebelum kita mampu untuk memiliki ‘lesen full/kompeten’ dan berdikari sendiri.

Tetapi perlu diingat, murabbi sebenar amat payah dicari pada zaman, bak kata Ustaz Zainul Asri. Jadi, sebagai ‘backup plan’, kita perlulah memiliki sahabat, yang bukan sekadar kawan.

Peringatan itu berfaedah

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Az-zariat[56 ]

Apabila kita sedang ‘cuba’ untuk praktikal, dan jika kita ‘tersalah’ . maka akan ada sahabat-sahabat kita untuk mengingatkan kita tentang teori yang kita sedang praktikkan itu. Dan begitulah sebaliknya, dan kepada semua sahabat-sahabat kita. Maka dengan itu, InsyaAllah kita tidak akan tergolang dalam golongan yang hanya pandai bercakap saja.

Cubalah terus mencuba

Jangan takut menyampaikan ilmu, kerana tidak melakukannya, kerana kita perlu cuba untuk melakukanya. Tetapi takutlah untuk menyampaikan ilmu, jika ilmu itu sesat dan salah.

Cari Imu,cari murabbi, cari sahabat dan terjunlah ke medan praktikal ini.

Jom!


1 comment:

  1. “Ilmu tanpa amal, ibarat kereta Ferrari tanpa stereng”

    Teruja dengan pepatah baru....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails