Pages

Lagu


Sunday, January 26, 2014

Serupa Tetapi Berbeza..

Mungkin pembaca tertanya-tanya kaitan apakah title yang saya maksudkan ini. Pertama kali ingin saya ulangi segala penulisan dalam blog ini adalah cetusan idea saya sendiri samada ia berbentuk pandangan, ulasan, komentar dan sebagainya. Sedaya upaya saya akan pastikan segala kata-kata & bahasa digunakan dalam blog ini jauh daripada cemuhan,ejekan mahupun berbentuk kesat.

Serupa Tetapi Berbeza.

Ia sebenarnya ada kaitan dengan politik atau siasah(dalam Bahasa Arab). Sebelum itu,sentuh hal politik mungkin mendatangkan rasa bosan,jemu malah terdapat sesetengah pembaca mengeluh dek kerana berbicara soal politik. Hakikatnya,politik ini tidak dapat lari dari kehidupan kita.Hatta ia juga merupakan sebahagian dalam Ad-Deen (Islam). Cakna terhadap suasana politik,masyarakat,semasa seperti kita telah ambil tahu sebahagian juzuk agama kita.

Baiklah,saya terus pada point utama ingin ceritakan. Baru-baru ini, ADUN di kawasan saya mengadakan majlis pengagihan Dana Bakti Remaja. Ini merupakan ‘bonus’ tahunan kepada seluruh pemuda-pemudi di seluruh kawasan semenjak pemerintahan wakil daripada Barisan Nasional. Dana berbentuk wang ringgit berjumlah RM200. Cukup? Padan?. Wallahu’alam. Yang penting tak lepas peluang untuk dapatkan.

Saya tak berniat nak ulas pengagihan dana tersebut. Fokus saya sebenarnya teralih kepada bentuk pengurusan majlis,ucapan wakil pimpinan dan pelbagai lagi. Sepanjang pengalaman saya mula ‘cakna’ & aktif dalam siri isu politik kepartian ini,telah menjadi hobi saya yang suka mengkaji,menilai,malah membandingkan sepak terajang politik pelbagai parti di Negara ini. Tambahan,nialain dapat dibuat melalui hadir program dianjurkan,ceramah, laman social,bacaan akhbar malah bersemuka dengan ahli politik sendiri. 

Apa kaitan entry saya?

Baiklah,berkait dengan tajuk post saya kali ini,jujur saya kata ucapan daripada pemimpin ‘biru’ KURANG menusuk hati & jiwa saya. Walaupun dalam ucapan menyentuh soal agama,nama Allah,Rasul serta beberapa kalimah Islamik, namun ia bagaikan hanya di bibir, tidak di hati. Di sini saya mahu sentuh tentang isi bicara agama pemimpin ‘biru’ yang saya kira tampak berbeza dengan pemimpin parti Islam(memandangkan hanya ‘biru’ dan ‘hijau’ di tempat saya) 

Maaf,saya tidak memperkecilkan sesiapa,ini hanya nilaian rasa hati saya. Kalam pemimpin ‘hijau’ kesannya sampai ke hati saya walaupun hidup tidak mewah,pakaian tidak megah. Tetapi sangat mendalam setiap bibit kalam dikeluarkan seolah-olah matlamat yang ingin dicapai bukan setakat hidup di bunia bahkan sehingga kehidupan selepas mati.

Perbandingan inilah yang saya mahu rungkaikan walaupun saya tahu sesetengah yang lain berpendapat sebaliknya. Kedua-dua pemimpin serupa dalam anutan agama tetapi berbeza kesan penyampaiannya. Mampu berkata tentang Islam itu sudah cukup baik dan satu pujian kerana masih letak Islam dalam sesuatu urusan. Tahniah kepada semua. 

Namun tidak cukup jika membeli Al-Quran tetapi hanya menjadi suci dalam debu di atas almari.Hanya berguna kita waktu terdesak sedangkan ramuan rencah hidup kita semuanya lengkap dalamnya Begitulah diibaratkan dengan perbandingan yang saya cuba luahkan.

Ya,masih terdapat 1001 lagi bezanya samada tersirat atau tersurat. Anda sendiri mungkin boleh kemukakan. Team A mahupun team B masing-masing punyai baik & kurang yang tersendiri. Point yang saya rungkaikan itu mungkin pecahan juzuk melalui rasa hati & pemerhatian saya.

 Sekian. Serupa tapi berbeza,kepada yang berkenaan saya hulurkan ampun.
Selamat membaca.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails