Pages

Lagu


Thursday, January 23, 2014

Disebalik blog ini..

Syukur pada Allah atas segala kurniaan,nikmat,rezeki yang sememangnya tidak dapat dihitung peri banyaknya. Dengan nikmat-nikmat inilah kehidupan kita yang dulu susah kini bertukar senang,tika dulu menderita kini bahagia,ketika dulu menahan sabar kini tersenyum lebar. Apakah tidak bersyukur lagi kita?
Aduhai,kisah derita penyakit Nabi Ayyub sudah cukup menjelmakan pengajaran berguna.

Kata Nabi Ayyub a.s: "Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah Taala untuk meminta kepada-Nya sebab waktu cubaan-Nya(ujian) belum memadai jika dibandingkan dengan waktu senangku.."

Begitulah ungkapan ringkas Nabi Ayyub ketika beliau menderita penyakit yang dihadapi.Namun kesabaran,ketabahan malah hadirnya nilai redha dalam diri Nabi Ayyub dengan penyakit tersebut.
Sungguh,kecekalan hamba Allah ketika itu tidak dapat dipertikai lagi betapa tingginya berbanding umat pada masa kini.Penulis bukan mahu bicara panjang tentang ini cuma merupakan satu ibrah ringkas yang mahu dikongsikan kepada pembaca.

Saya berasa teruja kali ini kerana dapat meneruskan lagi penulisan di laman blog peribadi ini yang saya kira idea penulisan ini mula tercetus sejak tahun 2010. Namun tahap catatan,idea dan inspirasi dalam hati penulis tika itu sangat cetek. Ditambahkan lagi dengan susunan bahasa yang ‘putar-belit’. Haha

Cuma entry kali ini saya mahu rungkaikan bagaimana timbulnya idea penubuhan blog ini. Idea asal nama blog ini (Qadarullah) mula terbit setelah saya membaca sebuah hadis dalam satu kitab yang diberikan seorang hamba Allah berserta terjemahannya. 
Hadis tersebut saya baca,fahami dan hafaz.Sehinggakan hadis ini seolah-olah cahaya petunjuk bagi saya menempuh pelbagai mehnah & tarbiyah Allah. Kemudian,ada seorang kenalan galakkan saya sama-sama untuk cipta blog. Maka,’Qadarullah’ terus menjadi option pertama saya untuk diletakkan sebagai jenama blog ini.

“Kalamku zikir,diamku fikir”

Saya ingat-ingat lupa dari mana datangnya ungkapan ini. Namun secara idealnya,ungkapan ini terbit hasil pembelajaran satu subjek agama Bahasa Arab di Universiti Malaya cawangan Nilampuri,Kelantan. Jika tidak silap saya,ini merupakan kata-kata wasiat seorang tokoh ulama apabila ditanyakan tentang diri untuk dijadikan sebagai pesanan kepada yang lain. Sejak itu,ungkapan ini terngiang-ngiang dalam fikiran saya dan sejujurnya perbuatan ‘kalam’ dan ‘diam’ merupakan perkara yang sangat sinonim dengan peribadi saya. Saya kurang bercakap dan seorang yang pendiam.

Jadi, ungkapan ini sangat menarik dan menjadikan satu inspirasi & motivasi kepada saya untuk lebih menjadi diri yang punyai matlamat jelas setiap tindakan. 

Apabila bercakap,kata-kata itu tidak lain ingat pada Allah. Apabila diam,jangan buang masa.Perlu manfaatkan nikmat fikiran untuk berfikir tentang Islam & yang bermanfaat.Ironinya,ungkapan inilah saban hari menjadi pegangan saya dalam setiap tindakan. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada yang sudi membaca cetusan idea saya ini. Juga buat beberapa sahabat saya yang menjadi pembakar semangat untuk saya teruskan penulisan ini.
Entry seterusnya masih dalam pembikinan.. Yang manfaat dijadikan teladan,yang buruk jangan disimpan. Teruskan ikuti perkembangan blog ini.




1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails