Syukur pada Allah atas
segala kurniaan,nikmat,rezeki yang sememangnya tidak dapat dihitung peri
banyaknya. Dengan nikmat-nikmat inilah kehidupan kita yang dulu susah kini
bertukar senang,tika dulu menderita kini bahagia,ketika dulu menahan sabar kini
tersenyum lebar. Apakah tidak bersyukur lagi kita?
Aduhai,kisah derita
penyakit Nabi Ayyub sudah cukup menjelmakan pengajaran berguna.
Kata Nabi Ayyub a.s:
"Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah Taala untuk meminta kepada-Nya
sebab waktu cubaan-Nya(ujian) belum memadai jika dibandingkan dengan waktu
senangku.."
Begitulah ungkapan
ringkas Nabi Ayyub ketika beliau menderita penyakit yang dihadapi.Namun
kesabaran,ketabahan malah hadirnya nilai redha dalam diri Nabi Ayyub dengan
penyakit tersebut.
Sungguh,kecekalan hamba
Allah ketika itu tidak dapat dipertikai lagi betapa tingginya berbanding umat
pada masa kini.Penulis bukan mahu bicara panjang tentang ini cuma merupakan
satu ibrah ringkas yang mahu dikongsikan kepada pembaca.
Saya berasa teruja kali
ini kerana dapat meneruskan lagi penulisan di laman blog peribadi ini yang saya
kira idea penulisan ini mula tercetus sejak tahun 2010. Namun tahap
catatan,idea dan inspirasi dalam hati penulis tika itu sangat cetek.
Ditambahkan lagi dengan susunan bahasa yang ‘putar-belit’. Haha
Cuma entry kali ini saya
mahu rungkaikan bagaimana timbulnya idea penubuhan blog ini. Idea asal nama
blog ini (Qadarullah) mula terbit setelah saya membaca sebuah hadis dalam satu
kitab yang diberikan seorang hamba Allah berserta terjemahannya.
Hadis tersebut saya
baca,fahami dan hafaz.Sehinggakan hadis ini seolah-olah cahaya petunjuk bagi
saya menempuh pelbagai mehnah & tarbiyah Allah. Kemudian,ada seorang
kenalan galakkan saya sama-sama untuk cipta blog. Maka,’Qadarullah’ terus
menjadi option pertama saya untuk diletakkan sebagai jenama blog ini.
“Kalamku zikir,diamku
fikir”
Saya ingat-ingat lupa
dari mana datangnya ungkapan ini. Namun secara idealnya,ungkapan ini terbit
hasil pembelajaran satu subjek agama Bahasa Arab di Universiti Malaya cawangan
Nilampuri,Kelantan. Jika tidak silap saya,ini merupakan kata-kata wasiat
seorang tokoh ulama apabila ditanyakan tentang diri untuk dijadikan sebagai
pesanan kepada yang lain. Sejak itu,ungkapan ini terngiang-ngiang dalam fikiran
saya dan sejujurnya perbuatan ‘kalam’ dan ‘diam’ merupakan perkara yang sangat
sinonim dengan peribadi saya. Saya kurang bercakap dan seorang yang pendiam.
Jadi, ungkapan ini sangat
menarik dan menjadikan satu inspirasi & motivasi kepada saya untuk
lebih menjadi diri yang punyai matlamat jelas setiap tindakan.
Apabila bercakap,kata-kata itu tidak lain ingat pada Allah. Apabila diam,jangan buang masa.Perlu manfaatkan nikmat fikiran untuk berfikir tentang Islam & yang bermanfaat.Ironinya,ungkapan inilah saban hari menjadi pegangan saya dalam setiap tindakan. Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih kepada yang
sudi membaca cetusan idea saya ini. Juga buat beberapa sahabat saya yang
menjadi pembakar semangat untuk saya teruskan penulisan ini.
Entry seterusnya masih
dalam pembikinan.. Yang manfaat dijadikan teladan,yang buruk jangan disimpan.
Teruskan ikuti perkembangan blog ini.
goood..
ReplyDelete