Pages

Lagu


Sunday, January 26, 2014

Pergi atau rugi..



Sabda Rasulullah SAW: “Ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. Imam yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, Orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul & berpisah kerana-Nya, Lelaki yang diajak bezina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan,maka ia mengatakan, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan sepi(sendiri) lalu mengalir air matanya.”
(HR.Buhari & Muslim)

Juga sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkahnya yang satu mengangkat satu tingat darjatnya.”
(HR. Muslim)


Kedua-dua hadis ni sering kali diperdengarkan di merata tempat dalam siri ceramah. Berulang-ulang kali membacanya sudah cukup buat air mata saya menitis. Titis air mata bagaimana Allah telah memberi ‘bonus’ dalam hidup kita dengan begitu mudah nak dapatkannya namun kita sering alpa dan melepaskan peluang ini. Ya,menuntut proses muajahadah yang tinggi untuk mencapai kemanisan iman menepis mainan syaitan.

Saya tertarik untuk highlight ‘orang yang hatinya berpaut pada masjid’. Sungguh,terlalu banyak kelebihan & manfaat apabila kaki melangkah ke masjid samada dari sudut literal mahupun lateral yang dapat kita kecapi. Saya tidak mahu bercakap atas angin,berdasarkan apa yang saya rasai sendiri sudah cukup sebagai bukti hebatnya aura ibadah di masjid. Tidak dapat dinafikan beruntungnya bagi mereka sehingga mendapat naungan Allah. Namun,sering kali yang bernilai inilah berat dilaksanakan. AllahuAkbar.

Jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kusut menjadi damai, dosa yang berbukit lama-kelamaan mula menipis, hati yang keras bertukar lembut, kata-kata hikmah diungkap dibibir, air mata yang beku mengalir saban hari. Solat berjemaah terjaga, salam ukhuwwah terjalin, sunnah kesucian terkawal, niat iktikaf dimanfaatkan. Semestinya syurga nan hakiki menjadi idaman kepada pengunjung rumah Allah.

Tidak terungkap aura melangkah masuk ke rumah Allah ini betapa kesannya serta kelebihan yang dapat dikecapi. Sebelum mata terpejam,ayuh gagahkan diri ke masjid, sebelum usia tua menjengah, ayuh rajinkan kaki ke masjid. Kita mampu buktikan kecanggihan & kemewahan duniawi tidak menghalang diri untuk ke masjid.

Pergilah sebelum kita rugi...



2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails